Repost from @yayasan_artis_1malaysia using @RepostRegramApp - New Sunday Times: The Show Goes On @maestroclubhouse1 for #ya1m #newspaper #highlights #igmalaysia #roycesaayan

seen from United States

seen from United States
seen from Austria
seen from United States

seen from Malaysia

seen from Türkiye

seen from United States
seen from Malaysia
seen from United States
seen from United Kingdom

seen from United States
seen from United States
seen from China

seen from Brazil
seen from United Kingdom

seen from Netherlands
seen from Italy
seen from Canada
seen from China
seen from Türkiye
Repost from @yayasan_artis_1malaysia using @RepostRegramApp - New Sunday Times: The Show Goes On @maestroclubhouse1 for #ya1m #newspaper #highlights #igmalaysia #roycesaayan
27/5/2017 Persembahan pertama #RoyceSaayan dan #MdNoorHendrix di #pentas @maestroclubhouse1 sempena #bukapuasamaestro #terimakasih @yayasan_artis_1malaysia memberi #platform terbaek buat #artismalaysia #ya1m #instafood #foodvenue #tourism #makananmalaysia #instafamous #singer #singersongwriter #musicians #live (at Maestro Clubhouse)
#kopstar #ya1m #lhdn #karyawanseni (at Le Meridien Kuala Lumpur)
New Post has been published on The Rakyat Post
New Post has been published on http://www.therakyatpost.com/news/2015/03/27/jamali-shadat-and-atan-still-a-hit-with-audience-today/
Jamali Shadat and 'Atan', still a hit with audience today
KUALA LUMPUR, March 27, 2015:
The voice of “Atan”, the young boy who often bullies his grandfather “Atuk”, has changed little over the 44 years of Malaysian stage and screen comedy presented by none other than veteran comedian Datuk Jamali Shadat, now 73.
The tickled audience at the Sebutir Bintang (A Single Star) programme staged recently at the Malaysia Tourism Centre (Matic) was amazed at the enthusiasm Jamali displayed in bringing to life the Atan character with his close friend and fellow comedian Hamid Gurkha.
The programme was organised jointly by the 1Malaysia Artistes Foundation (YA1M) in collaboration with Bernama’s Lifestyle & Youth.
Propelled to fame in 1971 after having won the Bakat TV talent contest, Jamali has been entertaining audiences with the form of comedy that unites the people of all races through laughter in a way that only he knows best.
At 73, Jamali seems to have shed little of his charming personality, and is in good health, without the ailments that usually come with age.
At his home in Kampung Datuk Razali, Pulau Indah, Klang, Jamali was at ease as he talked of the characters he brought to life in his comedy.
“The Atan character is portrayed along with Atuk, the grandfather, and they have made me well-known among the people,” he said.
Jamali always drove home the message of unity, something which he was able to do well through his comedy.
“During the floods that struck the country in the 1980s, I used my comedy to keep the people — Malays, Chinese and Indians — united in facing the calamity,” he said.
Jamali explained that he was able to converse in the many languages of Malaysia as he had mingled a lot with the people of the other communities as he grew up.
“I can speak Tamil because I have worked in an estate. I speak Chinese dialects as I have worked for a Chinese grocer at his shop.
“As a Javanese, I speak the Javanese language,” he said.
Jamali said he kept himself busy with activities in his village and, off and on, accepted invitations to perform his brand of comedy.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/17/ya1m-bantu-ringan-beban-artis/
YA1M bantu ringan beban artis
KUALA LUMPUR, 17 Disember:
Sempena sambutan Hari Natal pada minggu depan, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) menyampaikan sumbangan RM2,000 setiap seorang kepada artis berbangsa Melayu, Cina dan India.
Pengerusinya, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai DJ Dave berkata, sumbangan itu diberikan kepada artis yang mencecah usia 60 tahun dan memerlukan bantuan kewangan untuk tujuan perubatan.
“Sumbangan ini adalah untuk menjaga kebajikan dan memberikan pembelaan kepada artis tempatan yang merangkumi penyanyi, pemuzik dan pelakon.
“Setakat ini, YA1M telah menyampaikan sumbangan kepada 600 artis yang memerlukan bantuan dari segi kewangan dan lain-lain,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada artis tanah air, menjelang ketibaan Krismas.
Menurutnya, selain mereka yang beragama Kristian, YA1M turut menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukannya.
“Salah seorang penerima sumbangan adalah Sazali P. Ramlee yang merupakan seorang pelakon pada suatu ketika dahulu dan kini beliau memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani pembedahan lutut.
“Dengan bantuan yang YA1M hulurkan, dapatlah sedikit sebanyak menampung rawatan itu.
“Selain itu, Suhaimi Abu Bakar atau Amy XPDC yang cacat kekal, kerana terlibat dalam kemalangan pada awal 1990 turut dibantu,” katanya.
Jelasnya, Amy kini menampung kehidupan dengan memandu teksi di Johor, tetapi masih aktif dengan kumpulan XPDC.
“Beliau hidup dalam kedaifan sejak kemalangan itu dan tidak berupaya melakukan kerja berat dan kini menerima undangan persembahan yang semakin berkurangan serta terpaksa menanggung anak-anak seramai enam orang dan isteri,” katanya.
Dalam pada itu, YA1M turut meraikan rakan artis yang bakal menyambut Hari Natal, pada Khamis depan.
Antara yang menerima bantuan adalah Philip Robert Anthonysamy, Neemalladas Sargunan, S. Vasantha Kumar Chinia, Tan Tee Eng, MS Breetoe Mariakando, Dominic Gerard Beins, Cheo Ah Ngan @ Chew Kwai Lan, Wong Kim Yuu, Yean Chu Chai, Mohd. Adnan Mohd. Hussein, Yap Chu Hock, Mohd. Arif ( Ito Blues Gang), Kung Koon Tuck, Nedunchelian Raman Krishnan, Aznir Md. Sazali, Chan Yan Ming, Rockiah Mohamed dan Susai Amalanathan Duraisamy @ Peter.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/11/ya1m-bantu-anak-seni/
YA1M bantu anak seni
KUALA LUMPUR, 11 Julai:
Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) memberi sumbangan kepada 35 anak seni tanah air yang memerlukan bantuan.
Pengerusinya, Datuk DJ Dave berkata, sumbangan itu diberikan untuk menjaga kepentingan artis-artis yang jatuh sakit, ditimpa kemalangan dan juga yang berumur 60 tahun ke atas.
“Setiap tahun pada bulan Ramadan, YA1M memberikan sumbangan kepada golongan artis yang memerlukan dan berumur lebih daripada 60 tahun ke atas.
“Golongan artis veteran diberi perhatian, kerana pada usia lebih 60 tahun, mereka lebih memerlukan sumbangan berbentuk kewangan yang secara tak langsung boleh meringankan bebanan mereka dalam membuat persiapan Aidilfitri,” katanya pada Majlis Iftar Bersama YA1M, di Restoran Saloma Theatre.
Menurutnya, YA1M juga akan mengadakan Kejohanan Badminton Piala YAIM antara artis dan pengamal media.
“Kejohanan berkenaan diadakan bagi merapatkan hubungan di antara anak seni dan pengamal media, kerana kedua-dua pihak memerlukan satu sama lain,” katanya.
Dalam majlis itu juga, Datuk Rahim Razali menerima anugerah Tokoh Seni YA1M 2013.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/30/kerajaan-lulus-skim-perlindungan-insurans-artis/
Kerajaan lulus skim perlindungan insurans artis
Oleh Izlin Hanim
KUALA LUMPUR, 30 April:
Skim perlindungan insurans bagi golongan artis dan seniman akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Menurut Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M), Datuk Irwan Shah Abdullah atau DJ Dave, ia dibuat selepas mendapat kelulusan kerajaan.
Katanya, perkara itu telah dibincangkan sejak penubuhannya pada 2012 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Alhamdulillah segala usaha yang diperjuangkan YA1M untuk melindungi artis-artis ini telahpun berhasil nampaknya.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri kita yang begitu prihatin kepada golongan yang telah banyak berjasa dan juga telah menyatupadukan kaum di Malaysia ini, iaitu anak-anak seni tanah air,” katanya dalam satu kenyataan media.
Bagi mengumpul dana, YA1M akan mengadakan Festival Artis 1Malaysia pada hujung tahun ini yang akan dijayakan anak seni.
Selain itu, satu Program “Sembang Santai Bersama Lagenda” juga bakal diadakan.
Program berbentuk perkongsian itu akan mengumpulkan penggiat seni yang telah lama bersara daripada bidang seni hiburan untuk berkongsi pengalaman bersama artis-artis baru.
Kepada artis yang berminat, mereka boleh menghubungi YA1M melalui emel [email protected].
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/29/ya1m-anjur-ceramah-kesihatan-untuk-anggota/
YA1M anjur ceramah kesihatan untuk anggota
Oleh Izlin Hanim
KUALA LUMPUR, 29 April
Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) baru-baru ini telah mengadakan satu majlis ceramah kesihatan.
Bertemakan “Bad Bones Painful Joints. What shall I do?”, ceramah khas itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Trauma Ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr CS Kumar.
Ceramah yang berlangsung di Pejabat YA1M ini memberi penekanan mengenai kepentingan menjaga sendi dan tulang serta cara penjagaan dan pemakanan yang betul.
Antara artis-artis yang datang memberi sokongan adalah daripada Persatuan Artis Veteran, Persatuan Karyawan, Persatuan Artis Veteran RTM, Seniman, Persatuan Artis Pelapis dan juga Persatuan Artis India (MIEWA).
Turut hadir sama adalah Datuk Paduka Julie Sudiro, Mimi Loma, Jamaluddin Mat, Kamariah Ariffin, Mariani Ahmad, Nik Sinar Suria, Rahmat Paduka, Eddy Chin, Abdul Rahman Awang Kechil dan ramai lagi.
Yayasan Artis 1Malaysia ditubuhkan pada 25 Jun 2012 bertujuan untuk menjaga kepentingan artis-artis yang jatuh sakit, memerlukan bantuan dan terlibat dengan kemalangan.
Ia juga memberi keutamaan kepada golongan artis yang mencecah 60 tahun ke atas dan yang uzur serta memerlukan bantuan perubatan.