trust in Allah
ramadhan 1433H
Tahun ni Allah uji benda basic je. sangka baik pada Dia. DItarbiyah dgn ayat ni....sekali tadabur dgn adik2, terus Allah nak uji
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".(Al-Baqarah 2:286)
NS yg sgt hectic, kes rabies yg xtau nak bagi card apa sampai pending ke jumaat, system x pandai2. what to do? doa. before dtg NS dah doa, kecut perut. Minta adik2 tadarus doakan juga. sebab cuak sgt. End up, it didn't go smooth. Almost cried twice. Sampai 1 tahap, bersangka buruk pd Allah why Kau tak tolong aku, tak ringankan masalah aku, x bagi smooth malam ni? And list goes on.
Almost 3 days dlm keadaan moody, nangis, diam seribu. Akhwat tegur, ignore je. 1 ptg, usrati dtg dan tegur cam biasa. But still mood down onz, ignore dia juga. I knew dia akan terasa but who care. Next morning, she shared this ayat also. Zupp...berderai air mata lagi.
Daurah...mood stable sikit. Task share dgn 2 ukhties ayat menjadi ghoyah (tujuan). Aku share ayat ni. Dibalas dgn ukhti An Allah bukan nak bgi ujian sebab dosa tp nak beri kasih sayang pd kamu. Hadis yg dia share pun aku tersentuh, ihfazillah yafazka. Berderai lagi..
2nd ukhti At sebab dia share kemenangan utk org beramal yg mampu beramal dan juga quote ayat 2:286 juga, berderai lagi. Katanya, mungkin aku dah tahan lama sgt perit kerja ni, dan kemuncaknya NS tu.
Allah, ampunkan salah silap ku, bersangka2 buruk pdMu atas ujian yg Kau hadirkan. Sedangkan nabi dan sahabat2 dulu lagi dahsyat ujiannya pertahankan Islam atas bumi ni. Tapi aku melemah hanya ujian sekecil ini yg menggores perasaan, dah tergugah iman. Sahabat dikecam nyawa, diserang fizikal..tapi masih teguh imannya padaMu. Moga Kau kuatkan aku ghoyah hanya pdMu, dan tunjuki aku jalan menunaikannya.
2100
10042022
















