Instagram: Alhamdulillah malam 27 warga dapat memeluk dan mencium Jibril serta dapat mendengar alunan al-Quran yang merdu.. Ini bukan khurafat malam tujuh likur dan , bahkan kami direzekikan oleh Allah swt dapat solat Tarawih di belakang Sheikh Jibril, qari Mesir terkenal. Mengambil kata-kata sahabat saya @harithroslizar solat di belakang imam seumpama ini, anda rasa seolah-olah mi'raj ke langit. Entah berapa kali saya pernah membaca surah Taha dalam hidup saya, namun mendengar alunan beliau seolah-olah kali pertama mendengarnya, benar-benar kelihatan surah itu dari sisi yang lain, seolah-olah Allah swt berbicara dengan kita dalam kalimat-kalimat firmannya kepada Musa! Mungkin demikianlah yang 'Umar rasakan Tatkala Abu Bakr menegurnya dengan ayat al selepas wafatnya Nabi s.a.w. 'Seolah-olah aku tidak pernah mendengar ayat itu!' Tatkala Nabi s.a.w. mengalirkan air mata mendengar alunan al-Quran Abdullah ibn Mas'ud, demikianlah seluruh 3 tingkat isi masjid al-Rahma Liverpool menangis mendengar alunan Sheikh Jibril. Magis apakah yang dimiliki oleh para qurra' luar biasa ini?! Mendengar tilawahnya tanpa sedar air mata mengalir di pipi.. Kali pertama solat berimamkan beliau kira-kira 20 tahun lalu di Masjid Negeri Shah Alam, tilawah Sheikh tidak pernah menghampakan daku. Mengambil kata-kata seorang lagi sahabat, alunan lagu al-Fatihah oleh Sheikh pasti berbeza setiap rakaat sepanjang malam! Tidak hairanlah saban tahun Masjid 'Amr al-As di Mesir kebanjiran manusia yang mahukan tarawih bersama beliau, sehingga melimpah ke jalanan dan seluruh isi masjid dipenuhi manusia, termasuk tempat mengambil wuduk menjadi tempat sujud! Namun bencana apakah yang menyebabkan Kerajaan Mesir telah mensenaraikan hitam beliau tahun lalu semata-mata kerana doa qunutnya mendoakan keburukan buat para pemerintah yang zalim.. Sedangkan inilah antara sebaik-baik qari yang mengalunkan al-Quran, daripada Jibril a.s. kepada Nabi s.a.w. telah sempurna al-Quran itu turun temurun sehingga Sheikh Jibril! Semoga Allah memberkati beliau dan kedua ibu bapanya yang telah mendidiknya dengan al-Quran.. Catatan nota istimewa #1437
Alhamdulillah malam 27 #Ramadan warga #Liverpool dapat memeluk dan mencium Jibril serta dapat mendengar alunan al-Quran yang merdu.. Ini bukan khurafat malam tujuh likur dan #lailatulqadar , bahkan kami direzekikan oleh Allah swt dapat solat Tarawih di belakang Sheikh Jibril, qari Mesir terkenal.
Mengambil kata-kata sahabat saya @harithroslizar solat di belakang imam seumpama ini, anda rasa seolah-olah mi’raj ke langit.
Entah berapa kali saya pernah membaca surah Taha dalam hidup saya, namun mendengar alunan beliau seolah-olah kali pertama mendengarnya, benar-benar kelihatan surah itu dari sisi yang lain, seolah-olah Allah swt berbicara dengan kita dalam kalimat-kalimat firmannya kepada Musa!
Mungkin demikianlah yang ‘Umar rasakan Tatkala Abu Bakr menegurnya dengan ayat al-#Quran selepas wafatnya Nabi s.a.w. ‘Seolah-olah aku tidak pernah mendengar ayat itu!’ Tatkala Nabi s.a.w. mengalirkan air mata mendengar alunan al-Quran Abdullah ibn Mas’ud, demikianlah seluruh 3 tingkat isi masjid al-Rahma Liverpool menangis mendengar alunan Sheikh Jibril. Magis apakah yang dimiliki oleh para qurra’ luar biasa ini?! Mendengar tilawahnya tanpa sedar air mata mengalir di pipi.. Kali pertama solat berimamkan beliau kira-kira 20 tahun lalu di Masjid Negeri Shah Alam, tilawah Sheikh tidak pernah menghampakan daku. Mengambil kata-kata seorang lagi sahabat, alunan lagu al-Fatihah oleh Sheikh pasti berbeza setiap rakaat sepanjang malam!
Tidak hairanlah saban tahun Masjid ‘Amr al-As di Mesir kebanjiran manusia yang mahukan tarawih bersama beliau, sehingga melimpah ke jalanan dan seluruh isi masjid dipenuhi manusia, termasuk tempat mengambil wuduk menjadi tempat sujud!
Namun bencana apakah yang menyebabkan Kerajaan Mesir telah mensenaraikan hitam beliau tahun lalu semata-mata kerana doa qunutnya mendoakan keburukan buat para pemerintah yang zalim.. Sedangkan inilah antara sebaik-baik qari yang mengalunkan al-Quran, daripada Jibril a.s. kepada Nabi s.a.w. telah sempurna al-Quran itu turun temurun sehingga Sheikh Jibril!
Semoga Allah memberkati beliau dan kedua ibu bapanya yang telah mendidiknya dengan al-Quran.. Catatan nota istimewa #OhMyTajwid #Ramadhan #1437
Photo taken at: Al-Rahma Mosque, Liverpool
Instagram filter used: Sierra
Originally posted at al-`Aajily website