Liga Super: Johor Darul Ta'zim FC vs Pahang FA
Gambar dari asiana.my - All Sports Images and News Agency
Persaingan antara JDT dan Pahang semakin sengit untuk pertemuan kali kedua bagi musim Liga Super ini. Keputusan perlawanan kali ini amat penting untuk kedua-dua pasukan menyaingi pendahulu Liga ketika ini, Selangor.
JDT tampak yakin untuk mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Larkin. Dari 7 perlawanan musim ini, mereka berjaya mencatatkan kemenangan 4 kali dan seri 3 kali. Mereka juga berjaya menjaringkan 13 gol di tempat sendiri. Hampir separuh (6 gol) dari jumlah jaringan mereka di Larkin adalah hasil ledakan pemain import dari Argentina, Luciano Figueroa.
Penjaring terbanyak Pahang, Matias Conti (gambar) terbukti bersemangat untuk menambah jumlah jaringan beliau pada perlawanan Jumaat ini. Namun, berdasarkan persembahan beliau musim ini, Conti hanya mampu menjaring satu gol untuk Pahang ketika bermain di luar Stadium Darul Makmur.
Info perlawanan:
Johor Darul Ta'zim vs Pahang
16 Mei 2014
8.45pm
Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
Astro Arena
oleh Vexil.MY









