Cara Berlagak Dengan Member-member
Notice: Obviously ini adalah posting lawak, jangan ada pula manusia bangang assume aku suka-suka nak tambah dosa dengan galakkan member disini berlagak sombong.
Dalam satu kumpulan kawan-kawan mesti ada yang suka berlagak. Jenis manusia yang suka show off. Ada apa-apa kejayaan pun mesti dia akan cerita dengan rakan. Jadi untuk melawan dengan manusia sebegini, biar aku bagi cadangan bagaimana nak berlagak to the max dengan kawan-kawan. Aku juga perhatikan ada kawan-kawan atau bloggers yang tidak pandai berlagak. Cara berlagak mereka tak best, style lama, tak tersusun.
Aku tidak maksudkan berlagak dengan membeli pakaian berjenama di Petaling Street atau Uptown, aku juga tidak merujuk kepada blogger-blogger ‘berlakon kaya’ yang akan pastikan setiap posting menayangkan ‘kekayaan’ dia. Aku nak beri cadangan cara berlagak yang lebih advance dan efektif. Kalau rasa dah fed up disukai oleh member-member dan teringin dibenci, bolehlah try praktik cadangan aku ini.
1. Citer Pasal Kerja Positively
Majority antara kita tak happy dengan kerja kita. Terutamanya yang makan gaji. Tak kira macammana bagus, syok, ataupun betapa besar gaji kita. Memang adat manusia lepas certain period kita akan boring. Kita akan looking for new adventure, new challenge, etc. But kalau dah ada commitment, dah ada tangungjawap memang difficult untuk simply resign and cari kerja lain. So, antara salah satu cara nak berlagak dengan member-member adalah dengan ceritakan betapa seronoknya kerja kita sekarang. Boss baik, project banyak, kerja relax dan yang paling penting GAJI BESAR. Member-member mesti bengang je, since mereka tak syok dengan kerja mereka, tapi kita nampak happy dan puas.
2. Register dan Guna Kredit Kad Depan Kawan-kawan.
Ramai lagi yang masih kaitkan credit card dengan golongan kaya. Jadi pergi register dengan semua bank. Register ketiga-tiga jenis credit card yang ada, Mastercard, Visa dan American Express. Hatta bayar makanan dan minuman dia kedai mamak pun kalau boleh sweep credit card.
“Sorry lah, aku memang tak biasa bawa cash. Lagipun credit limit card aku baru dinaikkan kepada RM10 ribu, rugi pula tak pakai”
Confirm member menyampah dengan kita kalau kita keluarkan ayat diatas semasa nak bayar beli jajan dia petrol station.
3. Mengeluh Pasal Potongan Cukai Pendapatan
Last time aku check rasanya income lebih RM2400.00 or so sebulan sahaja yang perlu bayar cukai. So, kalau nak beritahu rakan-rakan yang gaji kita lebih daripada itu bolehlah mengeluh pasal pembayaran cukai.
“Sial betul… penat aku beratur kat LHDN bulan lepas nak setelkan income tax…. Dah la tak tau kemana duit kita pergi, kena bayar puluhan ribu untuk mengenyangkan perut pemimpin…”
Kalau member yang memang jenis pendengki dia akan tertarik dengan perkataan ‘puluhan ribu’ dalam ayat kita kat atas tu. Dia akan cepat-cepat kira, kalau income tax kita puluhan ribu maksudnya mesti gaji kita dalam lingkungan 10 ribu sebulan.
4. Gambar-gambar di Online Activities
Sedikit tempias kepada senario ‘blogger berlagak kaya’ tapi scopenya lebih luas. Bukan hanya diblog. Tapi dimana sahaja aktiviti online kita yang bergambar, selitkan paparan yang menunjukkan kita kaya raya. Ambil gambar diri kita dengan kereta cantik dan letak di profile Facebook, di Myspace, di Friendster. Family vacation atau business trip ke luar negara, uploadkan gambar di Flikr, Fotopages, Sharepic. Usaha ini kena consistence, kena rajin upload gambar dan kena berhati-hati. Berhati-hati maksud, kalau pergi kemana-mana dengan Air Asia sebagai contoh, tidak perlu paparkan gambar tiket dan gambar kapal terbang, malu lah, Air Asia tidak menggambarkan kekayaan. Kalau kita berhati-hati dan plan dengan betul, melalui gambar-gambar ini boleh membuatkan member-member kita dengki dan sakit hati.
5. Cerita Pasal Kumpul Harta
“Kau rasa Honda City dengan Honda Accord yang mana lebih save minyak….? Nak pakai BM atau Merc memang tak mampu aku nak tanggung”
Walaupun contoh ayat diatas nampak seperti merendah diri dengan mengakui diri kita ‘tak mampu’, tapi kalau kita ulang ayat-ayat seperti diatas beberapa kali kepada kawan-kawan yang sama mereka mesti akan sakit hati juga. Mesti ada member-member yang panas telinga kita nak kumpul harta, tambahan pula kalau member tersebut yang memang jenis pendengki.
6. Cakap Orang Putih
Ini sangat efektif diamalkan tatkala jumpa member-member lama. Kalau dulu kita memang bersembang dengan dia in BM atau gunakan loghat negeri, tapi sekarang kita cakap 100% in English. Mesti dia berbulu. Buat tak tahu je, walaupun dia balas dalam BM, kita still jawap dalam English. Aku rasa tak sampai 5 minit dia akan terus blah dengan hati yang panas.
Contoh:
Member: Dood…! Oi… lama tak jumpa, dok mana sekarang?
Aku: Oooh… Faizal, aku stay in Shah Alam. But work in PJ.
Member: Shah Alam? Seksyen berapa?
Aku: Nearby je Bro….Section sixteen, just beside Sg. Rasah’s toll… behind Puspakom.
Member: Errr… kau study mana dulu ya? Oversea ke?
Aku: No lah, aku study at UiTM, Shah Alam…bro.
Lepas beberapa ayat lagi, mungkin tanpa ambil no phone aku pun member aku akan ucap selamat tinggal dan aku akan balas dengan “bye and take care”.
Ok… itu sahaja points yang aku terfikir. Cara-cara nak berlagak dengan member-member. Amalkan lah selalu kalau nak merasa dibenci, dicemuh or dipinggir oleh rakan-rakan. Juga sangat sesuai digunakan untuk ‘membalas’ sikap member-member kita yang sememangnya suka berlagak sombong.
Good luck!
P/S: To my real life friends, kalau aku terguna taktik diatas depan korang, sorry lah. Maybe tak sengaja. Or, aku anggap kau my best friend, since pada aku best friend tak akan iri hati, dengki or jealous. Kan?