Dajjal
Kita dah dengar macam-macam cerita mengenai dajjal. Kita dah rasa kebimbangan akan kedatangannya. Kita dah diberitahu tentang tanda-tanda sebelum kedatangannya. Kita dah diberi ilmu tentang kedahsyatan hari-hari mendatang dengannya. Kita dah mula bercerita berkongsi ilmu mengenainya. Kita dah mula menyebarluaskan apa yang kita tahu mengenainya. Dan terhenti disitu. Sahaja. Cukupkah hanya itu? TIDAK. TIDAK. TIDAK. TIDAK. TIDAK. TIDAK. TIDAK. Andai kita hanya merasa kebimbangan dan ketakutan. Kemudian terus menghiburkan diri tanpa batas. Melepak sesuka hati. Mengejar dunia seakan tak mati-mati. Seronok tak berhenti. Untungkah golongan yang rugi? Tahu ilmu untuk beramal satu kemestian. Takut akan kedatangan ujian besar itu perlu. Supaya kita berupaya menggerakkan diri untuk beramal berganda-ganda seakan esoklah hari kedatangannya. Dan cukuplah kubur dengan pengajarannya. Keep repenting, never ever stop! Keep reciting al-Kahfi until die! Sollu 'alaa nabiy! Never forget good deeds guys! There's so many people are turning (converting) to fitrah (Islam), what about the in-born Islam? Hope we'll end up there (jannah). Ameen. Muslim Malaysians, Muslim around the globe, let's strive more, wake up! Wassalam.
















