Good morning, Jerusalem is the capital of Palestine, that’s it. Bye
occasionally subtle
Sade Olutola
untitled

PR's Tumblrdome
Color Me Curious

No title available

Discoholic 🪩
Cosmic Funnies
No title available
YOU ARE THE REASON
$LAYYYTER
hello vonnie

Origami Around

tannertan36
No title available
sheepfilms

oozey mess
🪼
The Stonewall Inn
Today's Document
seen from Malaysia
seen from Spain

seen from United States
seen from Canada
seen from Malaysia
seen from Pakistan
seen from United States
seen from United States

seen from Germany
seen from Canada

seen from Germany
seen from United Kingdom

seen from Malaysia

seen from Mexico

seen from Germany

seen from Switzerland
seen from United States
seen from Saudi Arabia
seen from United States
seen from Malaysia
@alianuraisyah
Good morning, Jerusalem is the capital of Palestine, that’s it. Bye
“ Bergembiralah pada setiap hari dengan pertambahan umurmu kerana kamu dapat bersolat padanya, dapat membaca al-Quran dan dapat bertasbih kepada Tuhanmu serta dapat beristighfar terhadap dosa dosamu.“
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah رضى الله عنه, dari bapaknya, bahwa seorang laki-laki berkata,
“ Wahai Rasûlullâh ﷺ , siapakah manusia yang terbaik?”
Baginda ﷺ menjawab, “ Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya.”
Dia bertanya lagi, “ Lalu siapakah orang yang terburuk?”
Baginda ﷺ menjawab, “ Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya.”
[ HR. Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hâkim. ]
Perempuan yang kurang cantik, tapi agamanya baik, maka ia akan nampak manis.
Perempuan yang tidak kaya, tapi karena agamanya baik, maka ia akan nampak ridha.
Perempuan yang dipandang tidak punya derajat, tapi karena agamanya baik, maka ia akan nampak seorang yang rendah hati.
Perempuan yang tidak pandai, tapi karena agamanya baik, maka ia akan nampak seorang yang berilmu.
Teruntuk para perempuan, siapapun kamu saat ini. Semoga engkau adalah perempuan yang memahami hakikat manisnya iman itu seperti apa..
- Ibn Syams
JANGAN MUDAH MENILAI
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang wanita pelacur akhirnya diberi taufiq untuk bertaubat kepada Allah disebabkan ihsannya memberi minum kepada seekor anjing.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ahli sihir Firaun yang berkumpul untuk melawan Nabi Musa, kesemua mereka akhirnya beriman kepadanya.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam Rasulullah saw iaitu Saidina Umar Al Khattab.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana ramai ketua perompak dan penyangak berubah menjadi wali Allah seperti Fudhail bin Iyadh dan Bisyir al-Hafi.
Jangan melihat seseorang dari masa silamnya kerana seorang peminum arak berubah menjadi alim yang warak iaitu Malik bin Dinar.
Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari syurga.
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
Jangan memandang orang dari darjat kedudukan kerana seorang lelaki dari Yaman yang masyarakat meminggirkannya dengan menganggap dia sebagai orang gila rupanya diberitahu Rasulullah saw bahwa namanya terkenal di langit iaitu Sayyidina Uwais al-Qarni.
Subhanallah…
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya untuk memburu redhaNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah. Amiin..
MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN
Dear you, ❝If you feel down, always remember that as long as your heart is still beating, you still have a purpose in this life.❞
Quotes (via kataonline)
Jika rasa tak tahu nak pergi mana, dan hati kurang enak sehingga mahu turun air mata, tadahlah tangan dan sujudlah pada yang mencipta. Biasalah, kadang-kadang kita hamba ini, lupa bahawa kita ini punya Tuhan yang sentiasa ada, sentiasa akan bantu apabila kita minta.
Koleksi Mutiara Kata (via kataonline)
Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Kerna ramai antara kita sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Koleksi Mutiara Kata (via kataonline)
Jika dia hormat kau dan keluarga, Jaga dia seeloknya dan jangan nakal-nakal. Kita hidup bersama ini, untuk rasa bahagia. Dan bukannya rasa ditikam hati tanpa punya hati dan jiwa.
Koleksi Mutiara Kata (via kataonline)
Pintu taubat masih terbuka tetapi manusia sendiri yang terlalu cepat menutupnya.
Koleksi Mutiara Kata (via kataonline)
do u ever think about how much you’ve changed in the past 2 years and ur just like, thank god.
To pregnant moms to be
Reciting Qur'aan with a raised voice is something every muslim mother ought to do during her pregnancy. After a couple of months, your baby will be able to listen to voices outside the womb and therefore your baby should already be introduced to kalamullah while growing inside of your womb 🍼❤
I personally know a sister who finished the Qur'an a couple of times during pregnancy and she says that ever since her son was born, the only thing that succeeds to calm him down is Qur'aan. Especially when his mom is reciting as he has been used to her voice the most.
Do your child a favor and introduce her or him to Allahs kalaam from the beginning. Don’t wait. Don’t recite with a quite voice if you have the opportunity of reciting out loud. This will benefit them more than you can imagine. There lies immense blessing in recitation of the Qur'aan. In sha Allah your child will get a share of this blessing along with getting used to and being comfortable with listening to the Qur'an ❤
You know what strength is? Forgiving a person who wasn’t even sorry.
Do you think the Almighty isn’t aware of the nights you cried yourself to sleep, for every time you endured any pain? Do you think all that will go unnoticed and unrewarded? Remember, every trial you pass with patience is a ticket to a better Hereafter.
SELAMAT MENYAMBUT “MAULIDUR RASUL” 1439 HIJRAH
*************************
Ketahuilah bahawa sebaik sahaja terbenamnya sang matahari waktu Maghrib pada petang ini, Khamis, 30/11/2017, maka masuklah tarikh kalendar Islam 12hb.Rabiulawwal, 1439 Hijrah, iaitu satu tarikh bersejarah ulang tahun kelahiran Nabi kita Muhammad, Rasulullah SAW. Selamat menyambut “Maulidur Rasul”
*SELAWAT MAULIDUR RASUL*💚💕💞💚🕌💚💕💞
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya❤📿ﷲﷺ
terkadang, kau inginkan sesuatu lalu kau cuba sehabis daya namun tidak berhasil.
di waktu yang kau tidak jangka, Allah sediakan laluan yang mudah untuk kau.
tiba masanya, everything will fall into place, sabar!
terkadang kita buta kepada jawapan doa kita sendiri.