Sebodoh-bodoh kebodohan adalah membodohkan perkara/pihak yang tak selayaknya dibodohkan dengan sebodoh-bodohnya.
RMH
trying on a metaphor

Andulka

❣ Chile in a Photography ❣

★
untitled

bliss lane
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ

oozey mess
ojovivo
I'd rather be in outer space 🛸
Not today Justin
Keni
YOU ARE THE REASON

pixel skylines
sheepfilms
Sade Olutola

Kiana Khansmith

Origami Around
Game of Thrones Daily

seen from Austria

seen from France
seen from France
seen from Maldives
seen from Malaysia
seen from Netherlands

seen from United States

seen from Denmark

seen from Türkiye
seen from Finland
seen from United States

seen from Canada

seen from United States

seen from Malaysia

seen from France

seen from United States
seen from Thailand

seen from Austria
seen from United States

seen from Ireland
@amennaqib-blog
Sebodoh-bodoh kebodohan adalah membodohkan perkara/pihak yang tak selayaknya dibodohkan dengan sebodoh-bodohnya.
Adakah yang dikatakan benar itu benar-benar suatu kebenaran? Atau ia sebetulnya sekadar suatu kebetulan?
Bisikan Rambang Dari Dalam
Berjalan atas keyakinan, berkeyakinan atas jalan yang benar kerana di situ letaknya kebenaran yang meyakinkan.
“Mimpi adalah kunci untuk kita mewarnakan dunia.” - Nidji
“Jika hanya mimpi saja cara bertemu, maka jangan pernah kejutkan aku.” - Masdo
Di sebalik tubuh kita sebenarnya ada mesej-mesej yang tersembunyi. Sebagai manusia normal, kita tidur & mimpi. Kematian & mimpi adalah sebahagian daripada hidup. Kata Fathi Aris, “Jangan hidup kalau takut mati.”
Aku tambah, jangan bermimpi kalau takut realiti.
Untuk bermimpi, kita tak boleh lari dari realiti. Untuk jejak puncak yang tinggi & jauh merentas awan, kita perlu mulakan dengan langkah yang kecil. Mula dari yang landai kemudian baru mendaki. Konsisten & terus maju, tak perlu terburu-buru. Kalau jatuh tersungkur parah jadinya. Kalau terus bermimpi tanpa buat apa-apa, itu lagi parah. Terus hanyut dalam dunia sendiri, terus tenggelam selagi tak ada manusia yang hulurkan tangan & cuba tarik.
Sebagai pemimpi tegar, aku pernah tersungkur hanya kerana aku cuba lari dari realiti. Waktu darah muda, semuanya ikut perasaan.
Mimpi cukup sekadar penambah perisa kepada realiti, sebagaimana perasaan menjadi perasa kepada pemikiran. Kita tak boleh lari dari hukum dunia, keindahan & kesakitan itu bercampur mengikut nisbah tertentu. Tidak ada yang mutlak kerana itu fitrah dunia.
Untuk bermimpi, kita perlu hadap realiti. Untuk hadap realiti, kita perlu hidup. Untuk terus hidup, kita perlu mati. Mati cuma sempadan kepada dimensi yang kekal abadi, dimensi di mana kita akan hidup selamanya, dimensi yang akan menemukan kita dengan keindahan atau kesakitan yang mutlak & saling terpisah. Jadi untuk bermimpi, kita perlu fikir, sejauh mana mimpi itu mampu rentasi? Adakah mimpi-mimpi kecil itu saling berkait & turut terkait dengan mimpi yang paling jauh?
Kejayaan yang paling manis adalah apabila mimpi terus lenyap - bukan lenyap dari kewujudan, tetapi lenyapnya ia apabila berubah ke sisi yang nyata. Dan kejayaan yang paling mutlak untuk aku, adalah apabila mimpi yang paling jauh akhirnya menjadi sisi yang nyata tanpa sekelumit cacat cela - tanpa hukum dunia & kita bebas terbang ke sana sini bersama pelengkap, pelengkap yang melengkapkan sebagaimana pelengkap yang pernah melengkapkan hidup selengkap-lengkap makhluk (Adam) di selengkap-lengkap tempat, pelengkap yang turut menjadikan aku sebagai sebahagian daripada mimpinya.
Tiada yang lebih indah apabila ada yang mengisi ruang mimpi ku, bahkan tiada yang lebih lengkap seandainya aku mengisi ruang mimpinya.
Racun yang tak pernah henti mengalir Dan juga sepi yang tetap tak akan berakhir Ditimpa lagi cinta yang dah mati Lalu diusung ke dalam misteri Misteri diri Tempur lah selagi kau boleh tempur Dan juga bentur selagi kau ingin dibentur Lepaskan diri ku dari memori Memori jalang yang tak pernah hilang Dan tak pernah senang Yang tak pernah senang Yang tak pernah senang Yang tak pernah hilang Dan tak pernah senang - Iqbal M / Kalau Tewas Nanti Parah
Percaya diri kau dulu, perhatikan persoalan eksistensial dengan rasional & sedikit emotional - nescaya kau akan jumpa hakikat eksistensial yang paling agung sehingga akhirnya, kau tak termampu menafikan kewujudan pewujud segala wujud.
Lubuk hati paling dalam
Hakikat Kecukupan
Tiada yang lebih indah daripada hakikat kecukupan. Aku mahu memeluk rasa cukup yang secukup-cukup rasa, walau kecukupan itu sendiri bertentangan dengan makna literal kecukupan kerana ianya belum mutlak.
Selengkap Riwayat
Jika ada yang sanggup meminjamkan seumur riwayatnya; merenungi penglihatan, merenangi pemikiran & menerangi penjiwaan ku - maka tiada yang paling beruntung melainkan aku.
Rajutan mimpi indah adakalanya berakhir dengan jerutan yang menyeksakan.
Cinta adalah kenikmatan yang paling akhir. Aku tak nafikan bahawa cinta adalah perasaan yang paling indah. Dan aku tak maksudkan bahawa cinta adalah kenikmatan yang selayaknya terletak pada tangga yang terakhir - tangga yang paling bawah sekali.
Di sini, aku melihat cinta dari sudut yang paling lengkap & agung. Bermula dari merangkak, berjalan dan kemudian berlari, kita membesar dengan cebisan cinta. Bermula dari merangkak, kita bermula pada tangga yang paling bawah. Semakin tinggi, semakin kita mengenal cinta lantaran cebisan yang bercantum sedikit demi sedikit. Maka cinta yang paling akhir, adalah cinta yang paling atas. Cinta yang tinggi & tidak dipaliti kepalsuan yang membunuh. Yang paling lengkap, paling agung, yang paling sempurna untuk merentasi dimensi yang berikutnya. Maka sebab itu, izinkan aku terus mendaki & mencari. Aku cuma manusia yang serba tak cukup, manusia yang masih jauh untuk mengecap nikmat yang paling akhir. “Moga sampai waktunya kita bertemu di tangga yang paling atas, sayang.”
Perempuan yang macam mana?
“Kau nak kahwin dengan perempuan yang macam mana?” Lebih kurang macam tu la soalannya. Aku suka perempuan yang macam mana? Soalan ni cukup buat aku terkedu, buat aku terdiam & berfikir. Perempuan macam mana yang aku nak? Ah, soalan remeh pun tak dapat jawab. Mungkin sebab rasa yang terbunuh & keinginan yang tertanam dalam. Aku melutut dalam kelelahan.
Aku penat dengan kekalahan. Aku terpaksa akur dengan kelemahan. Dan satu-satunya cara untuk terus bangkit adalah dengan membunuh keinginan. Tapi itu cerita dulu. Aku dah puas rehat dari episod-episod kekecewaan. Cumanya, bila keinginan dah lama mati, sekarang ni aku sendiri pun blur. “Aku suka perempuan yang macam mana?” p/s: Aku bukan gay, aku cuma dah lama tak pikir.
#3
Aku terpaksa menahan rasa yang terpaksa dipaksa-paksa demi rasa yang semahunya aku rasai yakni perasaan yang tidak diundang oleh keterpaksaan bersama raksa yang mengalir dalam jasad namun ironinya perasaan itu didasari oleh keterpaksaan.
#2
Kita akhirnya cuma tinggal dalam waktu-waktu lalu; garis waktu yang tersimpul lantaran kesimpulan yang tidak nyata. Sekalipun ditelan abad, aku masih mengharap yang baik-baik.
Moga kau tenang di sana, kawan.
#1
Kerap juga aku terduduk dan termangu dalam gelombang melankolis lantas tenggelam perlahan-lahan lantaran sauh yang belum kuat pautannya. Persetankan segala rasa, bisik ku. Persetankan pujuk rayu setan yang licik berselindung.
Persetankan!
Terasa ingin berlari ke hujung dunia. Namun, apakah wujud penghujungnya?
Tempat aku terobek, tergolek serta mengamati detik-detik menyuntik.