The hardest battle is when you're against yourself.
Versus. Hlovate.
will byers stan first human second
KIROKAZE
PUT YOUR BEARD IN MY MOUTH
No title available
Show & Tell

Kiana Khansmith

PR's Tumblrdome

★

Discoholic 🪩
$LAYYYTER
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year

oozey mess
No title available
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
Sweet Seals For You, Always
One Nice Bug Per Day
taylor price

titsay
TVSTRANGERTHINGS
No title available

seen from Colombia
seen from Greece
seen from United States
seen from Italy

seen from Sweden
seen from United States

seen from Malaysia

seen from Poland
seen from United States
seen from Bosnia & Herzegovina
seen from Kenya
seen from United States

seen from United States

seen from Argentina
seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
@amranusroh
The hardest battle is when you're against yourself.
Versus. Hlovate.
Kau tak perlukan media sosial pun untuk jadi hamba yang superb.
RINDU.
Buat jiwa yang merindu, Di sisimu ada aku. Aku, yang tak jemu meneman. Bahkan di hatimu ada Tuhan. Dan di dadamu ada Al Quran. Buat jiwa yang merindu, kau tak keseorangan. Yang kau rindu itu bukan manusia. Yang kau rindu itu jauh sekali dia. Yang kau rindu itu sebenarnya rasa. Kau rindu rasa itu. Rasa dikasihi. Rasa disayangi. Rasa dibelai dimanja. Rasa dipeduli. Buat jiwa yang merindu. Bukankah semua itu dari Allah? Bukankah semua itu milik Allah? Bukankah sudah jelas, yang kau rindu itu sebenarnya Allah. /// Andai aku terkorban di tengah jalan, kiralah aku sebagai temanmu yang tak jemu bergerak seiringan. Andai tempang langkahku dalam dakwah, papahlah aku hingga kita benar-benar melangkah masuk melalui satu dari gerbang-gerbang indah syurga. Andai lumpuh tubuhku. Andai… Andai.. Andai teralih hatiku. Tetaplah setia di sisiku. /// Kita mencari cinta sejati, sedang ia sering ada tak pernah pergi. Kita ingin yang benar-benar mencintai, sedang ia tak pernah sekali jemu memberi. Kita ingin yang tak akan pergi, sedang ia sentiasa mendekat, tak pernah jauh walau seinci. Tapi kita masih mencari selain dari yang selayaknya dicari. Lalu mempersoal kenapa begitu dan begini. Lalu mempertikai kenapa Dia tak pernah adil dalam mengadili. Sedang kita yang sebenarnya tak adil pada hati sendiri. Tak pernah sekali memberi sedikit ruang untuk mencintai Dia yang menciptakan cinta. /// Buat jiwa yang merindu, ketahuilah aku juga rindu. Rindu pada ketenangan jiwa. Rindu pada keamanan dunia. Rindu pada kebebasan hamba. Rindu pada hak bersuara. Rindu untuk bersua muka. Rindu untuk merasa syurga. Dan aku rindu kamu yang jauh di Malaysia. Ekeke. Have a nice day! Adios.
-mato
:'(
LEGEND\
Tangannya ligat memutar Sharpie. Kertas di hadapannya masih kosong. Tiga minit sudah berlalu, satu idea pun tidak terlintas di fikirannya. Okey, ini parah. Tidak pernah dia mengalami situasi seperti ini. Selalunya bila ingin melukis, ada sahaja idea datang mencurah-curah. Tetapi kini mana semuanya menghilang? Sudahlah lusa deadline untuk dia menghantar lukisan itu.“Kau kenapa?” tegur Chad. Selalunya ada sahaja gurauan dan usikan sahabatnya itu. Tetapi lately macam ada yang menganggu Kid.“Aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan aku.” keluh Kid seraya meraut rambutnya yang terjuntai di dahi lalu dibawa ke celah telinga.“Tadi aku ulang hafazan aku, terkejut juga lah sebab ada beberapa surah aku lupa. Dan sekarang idea untuk lukis komik edisi 3 langsung tak menjengah. Nak kata aku makan maggi, memang taklah aku nak sentuh produk yahudi tu. Entahlah weh, serabut gila kepala aku ni!” sambung Kid dengan rungutan.Chad menukar tempat duduk di sebelah Kid. “Cuba ingat balik apa yang kau dah buat tanpa sedar?"Kid berfikir. Sesaat kemudian, dia melepaskan rengusan kasar. "Aku dah langgar pantang-larang.” terangnya dengan muka serba salah.Kid membetulkan posisi duduknya, cuba menenangkan hati yang bergolak seperti dilanda tsunami yang maha hebat. “Kau perasan tak akhawat yang baru join usrah Kak Jo minggu lepas?”“Oh, Suha? Kenapa dengan dia? Wait. Jangan cakap yang kau dah….” mata Chad mencerlung tajam ke arah Kid.“Yup, aku dah tersilap langkah. Aku dah jatuh cinta dan paling bodoh, aku dah confess dekat dia.” ucap Kid jujur dengan raut wajah sebal.Chad tercengang. Okey, ini memang parah. Seorang lelaki yang berperwatakan serius iaitu Kid yang memegang jawatan Naqib usrah mereka sudah jatuh ke dalam perangkap syaitan.“And then?” soal Chad juga tidak tenang. Siapa tidak risau bila sahabat fillah terperangkap dalam permainan musuh paling ketat.“Dia reject.” kata Kid.“Sebab tu kita kena selalu jaga pandangan, bro. Bila kita asyik tengok maksiat, hati kita akan kotor. Ilmu takkan masuk ke tempat yang kotor dan gelap. Jadi tak hairanlah kau lupa itu ini. Kid, memang tak semua orang yang bergerak dalam gerabak dakwah dan tarbiyyah dapat bertahan dengan hasutan syaitan. Sekali kau jatuh, memang susah nak bangun balik. Sekali kau leka, semua benda kau hilang. Sia-sia.”“Jadi apa aku patut buat?”“Bertaubat dan jaga pandangan. Dosa kita akan mengesani mad'u kita. No wonder lah kekadang dakwah kita tak tertusuk pun di hati mereka. Kau kena ada senjata untuk lawan musuh ketat kita tu. Apa senjatanya? IMAN. Jika iman senipis tisu, kau takkan dapat bertahan.” kata Chad mengakhiri nasihatnya. Sempat dia menepuk perlahan bahu Kid sebelum berlalu ke bilik air untuk mengambil wuduk.Kid senyum nipis. Suara azan yang sayup-sayup kedengaran benar-benar menyentuh hatinya tika ini. Moga selepas ini dia tidak tewas lagi. Legend tidak boleh putus asa!
Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by suprise everytime one is going. Contengan jalanan. Hlovate.
Esc.
Aku tarik nafas dalam-dalam, tapi sikit pun tak mampu nak melegakan bebanan yang menyesakkan. Teringat perbualan dengan sahabat rapat aku selain Qiden dan Foo tempoh hari. “Aku penat.” Lepas main basketball, aku duduk sekejap dengan Taufiq. “Apesal? Pancit?” Taufiq pandang aku. “Aku tengok elok je tadi stamina kau.” Aku ketawa. “Ini bukan penat sebab stamina lari. Ini sebab, penat lari.” Tawa aku hambar semacam. “Kau kenapa ni?” “Entahlah…” “Come on, kita bukannya baru kenal sehari.” “Kalau kita dah kenal lama, takkan lah kau masih tanya aku kenapa?” Aku telan air liur. Taufiq hela nafas. Lama dia buang pandang ke tengah-tengah gelanggang basketball. “Now, listen here.” Taufiq genggam tangan aku. “Apalah maknanya hidup tanpa ujian?” Aku diam. Aku tak ada jawapan untuk tu. “Aku tahu, kau memang takkan berhenti berlari. Tapi dengar ni, kau tak boleh selamanya macam ni. Kalau berlari ni cara kau, maka jangan berhenti.” “Aku dah takde hala tuju.” “Create lah satu.” “Aku nak lari pergi mana lagi?” “Syurga.”
Aku tak kenal siapa qiden, Aku tak kenal siapa chad, Tapi Sungguh aku rindu kisah hijrah mereka.
Try not to let your emotions overpower your intelligence.
HighConscious_ (via kushandwizdom)
Semua serba tidak kena, Jiwa terasa kosong, Hati terasa luntur, Tanpa mendengar kalimah-NYA.
amra.
tercari-cari kembali, semangat aku dahulu, kemana kah kau menghilang, Jiwa aku kosong tanpamu.
amra.
#anthem #hlovate #remindertomyself
Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going – ,
Hlovate – Contengan Jalanan (via loveandlifebestquotes)
#versus . #hlovate . Touching . Perubahan yang memerlukan pengorbanan . Perubahan yang tak semua faham dan tak pernah cuba untuk menghulur tangan membantu .
Perubahan yang membuat hati berperang dengan nafsu .
Salam sayang untuk mereka yang berusaha mencari cahaya dan sedang istiqomah tahan nafsu ^^V
There’re times when strangers are like family, and family are like strangers.
To hate others is ugly. To hate yourself is uglier.
Hlovate, Rooftop Rant (via hqlines)
Larilah ke ceruk bumi mana sekalipun, maut itu pasti akan datang tanpa kompromi. Dia tahu. Sama ada ditunggu atau tidak, datangnya sebagai sebuah janji. Dia tahu. Bayang maut itu boleh datang dengan merangkak atau boleh datang dengan laju sekilas kilat besi. Dia tahu. Tapi untuk akal dan hati menerima, bukan semudah itu.
Contengan jalanan - Hlovate (via thehopingheart)