PENGUAT HATI
Bila kau rasa kau perlu, tak mesti dia ada. Tapi Tuhan selalu ada. Ingat tu.

❣ Chile in a Photography ❣

izzy's playlists!

Andulka

Game Changer & Make Some Noise

Product Placement
Show & Tell

bliss lane

tannertan36
Cosmic Funnies
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year
$LAYYYTER
art blog(derogatory)
macklin celebrini has autism

ellievsbear
Claire Keane
No title available

oozey mess
One Nice Bug Per Day
Xuebing Du

Kiana Khansmith
seen from Venezuela

seen from United States

seen from United States

seen from United States

seen from Brunei

seen from United States

seen from United States

seen from United Kingdom

seen from Venezuela

seen from Malaysia

seen from United States

seen from Malaysia
seen from Türkiye
seen from Iraq

seen from Bulgaria

seen from United Kingdom
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from Iraq
@awantinggi
PENGUAT HATI
Bila kau rasa kau perlu, tak mesti dia ada. Tapi Tuhan selalu ada. Ingat tu.
Entah kenapa rasa itu hilang. Entah ke mana rasa itu pergi membawa diri. Aku risau. Risau bagaimana caranya untuk aku meluah rasa itu lagi.
Ubat Hati Keras
Berkata Ibnu Ruslan رحمة الله تعالى :
“ Ubat hatimu yang keras ada lima. Amalkan kelima hal itu nescaya anda akan selamat :
1. Tidak mengenyangkan perut,
2. Merenungkan makna Al-Qur’an,
3. Rendah diri pada-Nya dengan menangis di waktu sahur,
4. Lalu solat tahajud di malam hari,
5. Dan bergaullah dengan orang-orang yang baik dan soleh. ”
Ada orang bersuara untuk kepentingan diri sendiri. Ada orang bersuara kerana memikirkan kepentingan orang lain. Ada orang yang bersuara kerana takut pada natijahnya berdiam. Ada orang bersuara kerana pernah melalui dan mempunyai pengalaman. Ada orang bersuara kerana memikirkan masa depan dan akibatnya sesuatu tindakan dan perbuatan. Ada pula yang diam kerana tersepit tak punya pilihan. Ada yang diam kerana takut pada akibat bersuara. Ada yang diam kerana tak punya kekuatan. Ada yang diam kerana tak peduli. Ada juga yang diam kerana pentingkan diri. Ada juga yang diam kerana bersuara cuma membuat dia kelihatan buruk, dan jahat. Tanyalah diri. Kita sedang diam atau bersuara? Dan apakah sebab disebalik tindakan kita itu?
Broken-heart. (via tersenyum-melihat-langit)
Yakin Terhadap Allah;
“Setiap ujian yang datang, kita lihat bagaimana interaksi hati kita terhadap ujian tersebut. Interaksi hati tersebut menyebabkan ujian terasa ringan. Jika hati itu tidak kuat jiwa tauhidnya dan keyakinannya terhadap Allah سبحانه وتعالى itulah sebabnya ujian terasa berat. Sehingga ujian yang ringan pun dia terasa berat, sebab apa? sebab jiwanya tidak diterapkan denganketauhidan dan keyakinan yang kuat terhadap Allah سبحانه وتعالى.”
“Apabila hati, ketauhidan , keyakinan yang kuat terhadap Allah سبحانه وتعالى maka apa segala bentuk ujian yang datang, seberat mana pun, sebesar mana pun ujian yang datang, dia akan rasa ringan, malah dia redha pula. Dan dia suka pula ujian yang datang kerana dia tahu ujian yang datang tu semua dari Allah سبحانه وتعالى satu bentuk hadiah dari Allah سبحانه وتعالى. Lihat Para Nabi dan Rasul mereka diberi ujian oleh Allah سبحانه وتعالى untuk tinggikan kedudukan dan martabatnya.”
“Segala yang wujud itu, bergantung kepada qudrat dan iradat Allah سبحانه وتعالى, maka tiada satu perbuatan pun berlaku tanpa izin dari Allah. Bersediakah kita kembali kepada Allah sebelum kita benar-benar kembali kepada Allah?.”
“Setiap detik masa yang berlalu itu adalah dengan izin Allah. Masa dan waktu adalah milik Allah سبحانه وتعالى. Setiap dari kita mempunyai masa yang sama yakni dua puluh empat jam sehari semalam. Dibahagi sama rata oleh Allah سبحانه وتعالى.”
“Masa dan waktu ini ianya adalah objek yang diciptakan Allah. Allah tidak berhajat kepada masa. Allah yang menciptakan "Past Tense” Allah yang menciptakan “Present Tense” Allah yang menciptakan “Future Tense”,“Past, Present dan Future Tense.” Dan semuanya berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى di atas kewujudannya.“
"Allah سبحانه وتعالى juga tidak berhajat kepada ruang kepada tempat kepada masa kepada penjuru kepada arah, warna, rupa, bentuk fizikal. Allah yang tidak boleh digambarkan yang tidak boleh dicapai oleh akal manusia. Akan tetapi Allah سبحانه وتعالى menyuruh di kalangan makhluk-Nya untuk memuliakan ini memuliakan itu supaya kemuliaan kita, keagungan kita kepada Allah سبحانه وتعالى.”
“Walaupun dunia ini diciptakan untuk kamu tetapi kamu diciptakan untuk Allah bukannya untuk dunia itu. Dan Itu hakikat kamu diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah untuk mentakzimkan, memuliakan, mengagungkan apa yang telah dimuliakan yang telah diagungkan oleh Allah سبحانه وتعالى.”
“Seseorang yang dimuliakan oleh Allah سبحانه وتعالى yang diberikan untuk menguasai masanya maka kita jangan terkejut bila kita mendengar ada orang yang boleh khatam Al-Quran dengan banyaknya. Orang yang boleh berzikir dengan banyaknya. Orang yang boleh menunaikan solat seribu rakaat semalaman dan sebagainya.”
“Pada hakikatnya kita semua mempunyai masa yang sama. Akan tetapi yang membezakan kita apa yang kita isi dengan setiap masa dan waktu kita. Tujuan kita diciptakan oleh Allah سبحانه وتعالى adalah untuk beribadah kepada Allah. Untuk beramal. Itu kerja kita. Allah سبحانه وتعالى menciptakan kita sebagai pekerja-Nya, hamba-Nya yang bermaksud beribadah kepada Allah sepanjang masa.”
“Bagaimana seseorang itu berada dalam ibadah sepanjang masa? Dua puluh empat jam. Di sini Ulama menjelaskan dengan penuh indah bahawa makna ibadah bukan sahaja terhad kepada solat, puasa, haji, zakat, Al-Quran dan zikir sahaja. Tetapi ianya meliputi kepada segala pekerjaan kita, setiap perbuatan yang harus, setiap dari pekerjaan kita, setiap dari amal kita.”
“Semuanya adalah dikira sebagai ibadah jika dengan niat yang benar. Makannya, minumnya walaupun tidurnya. Apabila ianya dilakukan dengan adab Rasulullah ﷺ dengan cara yang ditunjukkan oleh sunnah Rasulullah ﷺ maka tidurnya juga dikira di dalam ibadah.”
“Apabila makan dan minumnya dengan niat untuk mendapatkan tenaga untuk taqarub kepada Allah. Dia tidur dengan niat untuk merehatkan badannya supaya mendapat kekuatan tenaga untuk dia bangun nanti tahajud esok dia nak melakukan amal-amal kebajikan nak menunjukkan makna taqarrub kepada Allah سبحانه وتعالى.”
“Maka setiap perbuatan yang harus apabila ianya dilakukan dengan niat "Lillahi Ta'ala” bersama dengan adab dan sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ maka perbuatan yang harus itu tidak lagi sekadar perbuatan harus. Makna harus apabila dilakukan tidak mendapat apa-apa dan ditinggalkan pun tidak mendapat apa-apa. Itu makna harus.“
"Tetapi sekiranya ianya diselitkan dengan niat ikhlas, mengharapkan keredhaan Allah, mendekatkan diri kepada Allah, itu bukan perbuatan harus tapi ianya dikira ibadah di sisi Allah سبحانه وتعالى. Walaupun makan dan minumnya, main bolanya dan sebagainya dengan niatnya "Lillahi Ta'ala” tanpa melanggar sebarang batasan syariat maka dia beribadah kepada Allah سبحانه وتعالى.“
"Ulama mengatakan setiap pekerjaan, perbuatan itu akan dikira sebagai ibadah iaitu yang pertama adalah, Apabila dia ada niat yang baik, niat yang soleh, niat "Lillahi Ta'ala”, niat untuk dia mendapatkan tenaga untuk bertaqarub kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan yang kedua adalah, Jika dia sudah ada niat.“
"Dia ada keinginan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, perbuatan tersebut untuk menyalurkan memberikan manfaat kepada orang lain. Apa jua pekerjaan dan amal yang dia lakukan semuanya memberikan manfaat kepada orang lain.”
“Dan bukan mudarat, tidak berfaedah melalaikan, melekakan diri daripada mengingati Allah. Jika memberikan mudarat, tidak memberikan faedah, melalaikan dan melekakan orang daripada Allah, menjauhkan orang daripada mengingati kepada Allah سبحانه وتعالى itu bukan ibadah.”
“Alangkah beruntungnya orang-orang yang diberikan kelebihan oleh Allah سبحانه وتعالى, yang dapat menguasai masanya mengisi masanya untuk beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى. Untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى. Dan amatlah rugi orang-orang yang masanya berlalu pergi begitu saja. Masa yang berlalu tanpa diisi dengan suatu yang bermanfaat. Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian.”
“Maka bersyukurlah kita kepada Allah kerana dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk hadir di majlis ilmu di saat ramai orang di luar sana memilih untuk duduk berehat di rumahnya, duduk di atas sofanya, melihat televisyen, melepak dan sebagainya. Dan kita telah dipilih, kita diizinkan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk menghadiri majlis yang baik yakni dimajlis ilmu. Dan ditempat yang baik yakni di rumah Allah سبحانه وتعالى ini.”
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
Allah is The Greatest. Trust Him. For everything that happens, is all by His Will.
Trust, by CikGaram: Alwanizolkifli (via alwanizolkifli)
Solat itu ibadat, pahala itu urusan Allah. Belajar itu ibadat, faham itu urusan Allah. Bekerja itu ibadat, rezeki itu urusan Allah. Janganlah kita mencampuri urusan Allah.
Ibn Al-Muari (via alwanizolkifli)
Yang namanya, Cinta.
Jika Serius Cinta Nak Kahwin
Saya selalu pesan, baik di dalam buku saya atau di dalam penyampaian di program dan seminar, bahawa orang yang serius bercinta, antara bukti keseriusannya ialah dia akan serius juga nak kahwin.
Bukti serius nak kahwin itu bukan terletak pada dia rajin guna kata-kata sweet mweet, rajin beri hadiah, rajin bersikap romantik dan bla-bla-bla. Serius nak berkahwin ialah serius nak berkahwin.
1. Ada perancangan nak berkahwin bila. Akan dikongsikan jangkaannya itu.
2. Ada usaha nak bersedia berkahwin. Kumpul duit contohnya, dah perkenalkan pasangan kepada ibu ayah dan ziarah bakal mertua contohnya, dah ada perbincangan dengan kedua-dua keluarga untuk berkahwin.
3.Dia takkan nak berhubung sebelum nikah lama-lama, baik berhubung tu dengan cara ‘couple’ ke, cara acah-acah 'Islamik’ ke.
Sebenarnya, jika kita faham wawasan cinta dan rumahtangga yang sebenar, kita takkan suka-suka nak meluah perasaan(atau dalam erti kata lain, melamar) jika kita masih tak jelas bila nak berumahtangga. Jangan konon-konon 'cop’ orang, tapi hakikatnya sekadar nak rasa syok ada 'couple’, ada 'kawan’ untuk puaskan hati main-main cinta. Itu hanya menyeksa.
Dan jika kita di posisi yang dilamar, kita pun patut tanya soalan terpenting - bila awak rancang nak kahwin? Bila nak cakap pada ibu ayah saya? Dua soalan paling 'crucial’, sebelum nak letak perasaan yang lebih mendalam kepada seseorang. Bukan syok ada orang nak kat kita.
Imbangi perasaan dengan minda yang waras.l
Jadi, kepada yang dah terlajak hingga menghadapi situasi di dalam mesej yang disampaikan kepada saya ini, nasihat saya ialah:
1. Hubungi dan bincang dengan bakal pasangan, bila sebenarnya nak kahwin, apa rancangan dia yang sebenar-benarnya.
2. Jika masih berdolak-dalik, nampak tak jelas, berlengah-lengah, putuskan sahaja. (Ada baiknya bincang dahulu dengan keluarga, lebih-lebih lagi bila keluarga sudah tahu akan hubungan kita dengannya).
3. Hargai masa hidup yang terhad ini untuk difokuskan kepada orang yang lebih serius untuk berkahwin dengan kita.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.
Seriuslah kita bercinta jika benar kita serius bercinta kerana Allah. Cinta yang serius ni nak bina rumahtangga, sebab nak memenuhi arahan Allah SWT juga. Orang yang serius mencintai pasangannya akan ada disiplin, dan bertindak membukti cintanya.
Jika hanya ingin kemanisan berpasangan tanpa memikul tanggungjawab sebagai suami & isteri, sebagai ketua keluarga, memanglah akhirnya jalan yang diambil ialah ber'couple’, berhubungan sebelum nikah dalam keadaan yang lama, kemudian clash atau menyepi, melengah-lengah urusan untuk membina keluarga. Ini sikap yang tidak matang dan tidak baik.
Orang yang serius dengan cintanya, serius juga dia mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab.
Muhasabah.
================ ~ Hilal Asyraf(Official)
Redha tu how?“ “Bila Allah ambil balik apa yg kita sayang dan belajar to accept it eventhough it hurts gila.
(via missunknowngarlic)
Akan ada suatu masa dirimu terasa begitu sakit diuji, terasa benci dengan diri sendiri, terasa hidupmu terlalu sempit. Ketahuilah, saat itu Allah mengajarmu untuk berdoa dengan airmata.
(via penulisbuta)