Hindia - Secukupnya (Lyric Video) - OST. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini

★

if i look back, i am lost
tumblr dot com
I'd rather be in outer space 🛸
d e v o n

❣ Chile in a Photography ❣
Show & Tell

shark vs the universe
No title available
DEAR READER

pixel skylines
dirt enthusiast
he wasn't even looking at me and he found me
No title available
Stranger Things

Kaledo Art
Mike Driver
trying on a metaphor
Today's Document

oozey mess

seen from Argentina

seen from United States

seen from Germany
seen from Spain

seen from Singapore
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from Indonesia

seen from Netherlands

seen from Türkiye

seen from Austria
seen from South Africa
seen from Sweden

seen from Singapore
seen from South Korea

seen from Germany

seen from Malaysia

seen from Malaysia
seen from T1
@bukuramble
Hindia - Secukupnya (Lyric Video) - OST. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini
📚 4 bulan di Amerika
Travelog Hamka
4 Bulan Di Amerika ialah sebuah karya Buya HAMKA yang bertemakan travelog di mana Buya HAMKA menceritakan pengalamanya semasa di Amerika.
HAMKA menceritakan bahawa perjalanan di Amerika ini ialah suatu untuk perjalan mencari kekuatan akal, berbeza dengan perjalanan beliau ketika di Mekkah dan Iraq.
Di mana bagi pendapat HAMKA perjalanan di Mekah dan Iraq ialah perjalanan untuk mencari kekuatan jiwa. Kata Hamka, beliau pergi ke negeri Arab khususnya Mekah dan Madinah untuk mencari sumber kekuatan jiwa, ke Amerika pula mencari sumber kekuatan akal.
Hamka simpulkanlah maksud perjalanan itu kepada tiga perkara saja iaitu:
1. Bagaimanakah besarnya kemungkinan manusia kepada hidup beragama, dipangkal kedua dari abad kedua puluh ini? Dan apakah peranan yang akan diambil islam dalam hal itu?
2. Dimanakah letak tanah airku Indonesia dalam pergaulan bangsa-bangsa? Dan apakah tugasnya dalam membina dunia baru?
3. Siapakah sebenarnya AKU ini? Dimana sebenarnya tempatku berdiri? Apakah tugasku dalam hidup?”
Beli 2 buah buku kembara 4 bulan di Amerika Rm50
📚 Buya Hamka Berbicara tentang Perempuan
Buya HAMKA Berbicara tentang Perempuan merupakan sebuah karya yang menyoroti topik perempuan dalam pandangan Islam. Ia membahaskan kemuliaan perempuan dan berbagai-bagai peranannya dalam kehidupan. Dengan huraian-huraian berdasarkan dalil al-Quran, hadis dan sejarah Nabi Muhammad SAW.
HAMKA mengutarakan bahawa tiada agama lain atau sistem lain yang lebih terbaik daripada Islam dalam memberi penghormatan kepada kaum perempuan. Naskhah ini juga turut membawa wacana dan idea bahawa hak dan kewajipan perempuan beriman sama dengan hak lelaki beriman. Namun tidak sehingga terikut dan melampau seperti barat yang menyeru kepada kebebasan tanpa panduan agama.
HAMKA menegaskan bahawa kewujudan lelaki dan perempuan adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain, seperti mana yang turut dinyatakan dalam al-Quran. Karya ini menerangkan dengan nyata perkara dan tugas bersama yang dihadapi mereka.
Buku yang bertutur tentang perempuan ini merupakan salah satu daripada sekian banyak karya HAMKA. Buku ini salah satu langkah beliau untuk menjelaskan sesungguhnya kedudukan perempuan dalam Islam begitu istimewa.
Beli Buku Buya Hamka Berbicara Tentang Perempuan Rm 25
📚 Di Tepi Sungai Dajlah
Travelog Hamka
“Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 malam yang terkenal dan masyhur itu.
Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah Utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun. Disanalah dahulu kalanya berdiri Kerajaan Babylonia.
Dan di negeri Babylonia itulah meninggal Iskandar Masedonia ketika dia hendak pulang kembali ke Yunani, sesudah menaklukkan tanah Parsi dan sebahagian dari tanah India. Iaitu 3 abad sebelum AlMasih dilahirkan
Beli Di Tepi Sungai Dajlah Rm 30
📚 Si Sabariah
Si Sabariah mengisahkan tentang seorang wanita yang menghadapi dilema ketika harus memilih antara dua pilihan, iaitu bercerai dengan suaminya (Pulai) atau memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibunya (Sariaman).
Ia sebuah kisah cinta tragis. Kisah cinta yang tersepit akibat ketamakan. HAMKA seperti biasa dengan bahasanya yang puitis tidak hanya menyorot kisah bertemakan cinta tetapi turut membawakan citra adat budaya Minangkabau dalam naskhah langka ini.
Beli Si Sabariah RM25
📚 Terusir
Novel Air Mata Hamka
“Dikutuk perempuan itu, ditimpakan segala macam kesalahan kepadanya, dikatakan dia wakil iblis, perdayaan syaitan, padahal lelaki itu yang lebih iblis.” (Hamka)
#SINOPSIS: Terusir bercerita tentang seorang perempuan bernama Mariah. Hidup Mariah hancur apabila fitnah melanda rumahtangganya hingga suami sendiri mengusir keluar dari rumah mereka dan memisahkan dia dengan anaknya Sofyan yang masih kecil. Langit tidak selalu cerah. Mariah dianiayai oleh suami keduanya dan akhirnya hidup melarat sehingga terpaksa menjadi pelacur.
beli Terusir RM25
kata kata bijak buya hamka
1. Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.
2. Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, di sana telah tertulis rol yang akan kita jalani. Meskipun bagaimana kita mengelak dari ketentuan yang tersebut dalam nasib itu, tiadalah dapat, tetapi harus patuh kepada perintahnya.
3. Janji Tuhan sudah tajalli, mulialah umat yang teguh iman. Allah tak pernah mungkir janji tarikh riwayat jadi pedoman.
4. Kegunaan harta tidak dimungkiri. Tetapi ingatlah yang lebih tinggi ialah cita-cita yang mulia.
5. Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.
6. Riwayat lama tutuplah sudah sekarang buka lembaran baru. Baik hentikan termenung gundah, apalah guna lama terharu.
7. Kalau nyata harta benda tak dapat menangkis sakit, tidak dapat menolak demam, tidak dapat menghindarkan maut, nyatalah bahwa kesusahan yang menimpa orang kaya serupa dengan kesusahan yang menimpa orang miskin.
8. Bangunlah kekasih ku umat Melayu. Belahan asal satu turunan bercampur darah dari dahulu persamaan nasib jadi kenangan.
9. Oleh sebab itu maka bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat Iman dan Islam seseorang.
10. Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu.
11. Jelas sekali bahwasanya rumah tangga yang aman damai ialah gabungan di antara tegapnya laki-laki dan halusnya perempuan.
12. Tali yang paling kuat untuk tempat bergantung adalah tali pertolongan Allah.
13. Al-Quran yang dibaca baik-baik adalah tanda jiwa yang kenyang akan makanan bergizi.
14. Jangan pernah merobohkan pagar tanpa mengetahui mengapa didirikan. Jangan pernah mengabaikan tuntunan kebaikan tanpa mengetahui keburukan yang kemudian anda dapat.
15. Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.
16. Satu-satunya alasan kita untuk hadir di dunia ini adalah untuk menjadi saksi atas keesaan Allah.
17. Supaya engkau mendapat sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
18. Tuhan menilai apa yang kita beri dengan melihat apa yang kita simpan.
19. Saya merasa ingat kepadanya adalah kemestian hidup saya, rindu kepadanya membukakan pintu angan-angan saya menghadapi zaman yang akan datang.
20. Waktu bagi orang Islam adalah sesuatu yang harus dipertanggungjawabkan.
21. Kemerdekaan sauatu negara dapat dijamin teguh berdiri apabila berpangkal pada kemerdekaan jiwa.
22. Saya akan pikul rahsia itu jika engkau percayakan kepada saya dan saya akan masukkan ke dalam perbendaharaan hati saya dan kemudian saya kunci pintunya erat-erat. Kunci itu akan saya lemparkan jauh-jauh sehingga seorang pun tak dapat mengambilnya kedalam lagi.
23. Bertobat tidak hanya berarti menyesali dosa tetapi juga membenci dosa.
24. Tuan boleh kata muslim itu fanatik, tapi tuan juga harus denga kata hati tuan bahwa itu adalah modal besar bagi kemerdekaan Indonesia. Untuk tuan tahu, itu bukanlah ranatik, itu adalah gairah.
25. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
26. Bahwasanya cinta yang bersih dan suci (murni) itu, tidaklah tumbuh dengan sendirinya.
27. Anak lelaki tak boleh dihiraukan panjang, hidupnya ialah buat berjuang, kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah, dia tak boleh surut palang, meskipun bagaimana besar gelombang. Biarkan kemudi patah, biarkan layar robek, itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang.
28. Lebih banyak orang menghadapi kematian di atas tempat tidur daripada orang yang mati di atas pesawat.
29. Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.
30. Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.
31. Jika kita dapat menyelamatkan diri kita sendiri, para Nabi tidak perlu ada untuk keselamatan kita.
32. Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim di atasnya. Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian.
33. Satu hati lebih mahal dari pada senyuman. Satu jiwa lebih berharga dari pada sebentuk cincin.
34. Di belakang kita berdiri satu tugu yang bernama nasib, di sana telah tertulis rol yang akan kita jalani.
35. Jangan takut jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah orang-orang yang tidak pernah melangkah. Jangan takut salah, kerana dengan kesalahan yang pertama kita dapat menambah pengetahuan untuk mencari jalan yang benar pada langkah yang kedua.
36. Kadang-kadang cinta bersifat tamak dan loba, kadang-kadang was-was dan kadang-kadang putus asa.
37. Takut akan kena cinta, itulah dua sifat dari cinta, cinta itulah yang telah merupakan dirinya menjadi suatu ketakutan, cinta itu kerap kali berupa putus harapan, takut cemburu, hiba hati dan kadang-kadang berani.
38. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.
39. Kehidupan itu laksana lautan. Orang yang tiada berhati-hati dalam mengayuh perahu, memegang kemudi dan menjaga layar, maka karamlah ia digulung oleh ombak dan gelombang. Hilang di tengah samudera yang luas. Tiada akan tercapai olehnya tanah tepi.
40. Air mata berasa asin itu karenanya air mata adalah garam kehidupan.
41. Riwayat lama tutuplah sudah sekarang buka lembaran baru. Baik hentikan termenung gundah, apalah guna lama terharu.
42. Salah satu pengkerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan pikiran yang cemerlang menjadi budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah.
43. Kemunduran negara tidak akan terjadi kalau tidak kemunduran budi dan kekusutan jiwa.
44. Orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri.
45. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setetes embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
46. Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan.
47. Bahwasanya air mata tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh, tidak pula memilih waktu untuk turun.
48. Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merusak jiwa.Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
49. Kita memang hanya akan dipertemukan dengan apa-apa yang kita cari.
50. Hanya menumpahkan air mata itulah kepandaian yang paling penghabisan bagi seorang wanita.