Tak Terduga
“Mar, ayah aku still xmaw 7k. Dia kata kalau xckup duit xyah la kawin.”
ZAPPP!! (Dipanah petir) GEDEBUSHH!! (Dihempap gunung)
Terkedu.
Selepas beberapa minit baru aku sedar dan berfikir semula. Meruntun jiwa aku dengan segala persoalan ‘kenapa’. Aku sangkakan jalan kami menuju ke gerbang perkahwinan adalah mudah seperti yang dirancang meskipun hakikatnya aku rasa seperti sudah banyak ujian-ujian yang menerpa pada setiap peringkat hingga ke saat ini. Baru mahu menarik nafas lega dengan bahagia Allah hantarkan lagi ujian berat bagiku.
Sumpah aku jadi bingung kembali. Aku jadi bingung sebab aku sudah mencintai dia hampir seluruh jiwa dan raga aku namun yang menjadi penghalang adalah wang hantaran. Lagi bertambah sedih bila calon mertua sendiri lebih mengetengahkan wang hantaran dari mengenali diri aku atau berjumpa dengan aku untuk berkenalan dengan lebih rapat.
Aku sudah berkali-kali cuba mengaturkan pertemuan namun buah hati aku sentiasa mengatakan mereka tiada masa, risau kata-kata tohmahan orang kampung dan sebagainya. Aku terima dan berpandangan positif dengan semua alasan-alasan mereka. Aku cuba untuk tidak mencari salah mereka malah sentiasa menyalahkan diri sendiri dan keluarga aku. Semuanya kerana nak jaga hati mereka.
Sumpah kini aku bingung!
p/s: إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ (Al-fatihah untuk Al-Marhum Dato’ Dr Harun Din)











