Selesai satu ujikaji dalam teknologi cetakan 3D, hari ni DAF berjaya melakukan arahan M600 setelah memuatnaik 'firmware' Marlin 1.1.9 yang telah diubahsuai. Sebelum ini, pencetak yang digunakan mempunyai versi Marlin yang sama tetapi dengan fungsi 'Advanced Pause Feature' yang belum diaktifkan. Untuk mengaktifkan fungsi ini, fungsi lain iaitu 'Nozzle Park Feature' juga perlu diaktifkan. Untuk mengaktifkan kedua-dua fungsi ini, sedikit ukuran dan kalibrasi perlu dilakukan ke atas sistem pencetak. Alhamdulillah, di penghujung PKP sempat lagi mendapat satu batu aras dalam penerokaan dunia cetakan 3D. #Cetakan3D #PemprototaipanPantas (at Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman) https://www.instagram.com/p/B_rkm1SjJUU/?igshid=crhlg1uog1n9