Perihal MyHouseOfSocks
Alhamdulillah tahun ini adalah tahun ke-9 aku berada di dalam industri pembuatan stokin.
Terlalu banyak liku dan halangan sepanjang perjalanan ini. Ada yang sedih. Ada yang mengecewakan. Ada yang terduduk. Semuanya telah ku lalui.
Nak give up? Ya. Aku penat. Apa yang aku harapkan selalu tidak menjadi.
Dah give up? Belum. Selagi mana aku tak capai apa yang aku impikan, selagi itulah aku akan terus mencari jalan penyelesaian.
Tahun 2025 ini aku terpaksa kecilkan operasi syarikat. Website MyHouseOfSocks.com juga sudah tidak beroperasi. Fokus kita dari menjual secara online juga telah diubah menjual secara retail melalui beberapa rangkaian kedai di sekitar Malaysia. Dari 15 kedai yang kita hantar, hari ini kita hanya tumpukan pada 5 kedai yang mempunyai prestasi terbaik.
Macam-macam kerja lain aku lakukan sepanjang proses ini demi untuk menampung kewangan syarikat dan peribadi. Aku terpaksa menebal muka meminta bantuan orang sekeliling. Aku terpaksa berhutang dengan ahli keluarga.
Aku depressed. Aku malu untuk berjumpa dengan orang. Badan aku terlalu penat. Otak aku blank sehingga susah nak hadam apa yang sedang terjadi.
Sesusah macam mana sekalipun kehidupan ini, Allah sentiasa ada untuk hambanya. Satu pengajaran sebagai manusia janganlah sesekali meragui kehendak Allah. Percaya dengan segala proses yang terjadi walau perit macam mana sekalipun.
InsyaAllah kita kena terus kuat dan semangat menuju hari-hari yang mendatang!



















