Sade Olutola
𓃗
trying on a metaphor
Game of Thrones Daily
ojovivo

Origami Around

roma★
Today's Document
🪼

blake kathryn
Noah Kahan
cherry valley forever
Not today Justin
Misplaced Lens Cap

ellievsbear
No title available

⁂
DEAR READER
No title available

❣ Chile in a Photography ❣

seen from Ecuador

seen from Singapore

seen from Algeria
seen from Belarus
seen from Spain
seen from United States
seen from United States

seen from Malaysia
seen from United States

seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States
seen from United States

seen from Ecuador

seen from Malaysia

seen from Belarus

seen from United Kingdom
@g1malaysia
Daripada Ibnu Madu'd r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):, "Syurga itu lebih dekat kepada setiap kamu daripada tali capalnya. Begitulah juga neraka.” [Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari] Huraian Hadith: Taat kepada Allah akan membawa kepada syurga dan maksiat akan membawa kepada neraka. Jalan ke syurga bagi seseorang itu amat mudah hanya dengan mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangan. Syurga itu dekat bagi orang-orang yang soleh dan begitu juga neraka dekat bagi orang yang dimurkai Allah.....wallahu'alam
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):, “Celakalah, celakalah, dan celakalah orang yang dapat bersama kedua-dua ibu bapanya ketika mereka telah tua, sama ada salah seorangnya atau kedua-duanya (telah berusia lanjut), namun dia tidak dapat masuk ke dalam syurga (lantaran tidak berbakti kepada mereka).” [Hadis Sahih Riwayat Muslim] Huraian Hadith: Hadis di atas menyatakan bahawa Rasulullah SAW meminta supaya berbakti kepada ibu bapa dengan sebaik-baiknya selagi kedua-dua mereka mempunyai hayat. Adalah satu dosa besar jika menderhakai kedua-dua ibu bapa dengan menyakiti hati kedua mereka. Ketahuilah jika kedua-dua mereka telah meninggal dunia maka terputuslah satu doa yang sangat makbul (tanpa hijab) maka berbaktilah sebaik-baiknya supaya mendapat keredhaan Allah SWT ......,wallahu'alam
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
Daripada Abu Hurairah Abd ar-Rahman bin Sakhr r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)", “Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.” [Hadis Sahih Riwayat Muslim] Huraian Hadith: Memperbaikkan hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah. Apabila sesorang itu berniat untuk melakukan perkara mungkar tetapi tidak menzahirkan apa yang diniatkan maka tiada catatan dosa terhadapnya. Sebaliknya jika seseorang itu berniat melakukan kebaikan, ia sudah tertulis pahala untuknya....wallahu'alam
Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi
Menjadi kebiasaan bagi orang yang ingkar memanggil orang lain dengan panggilan yang buruk. Maksud sebenarnya dari kebiasaan itu tidak lain adalah untuk merendahkan orang lain dan membuktikan kehebatan dirinya sendiri. Panggilan buruk tersebut bisa diambil dari kekurangan fizikal ataupun kesalahan di masa lampau. Orang-orang yang ingkar tidak akan melupakan kesalahan orang lain meskipun ia sudah bertaubat. Akan tetapi, orang beriman berbeza dari mereka. Mereka selalu memaafkan dan menjaga persaudaraan di antara mereka. Itulah sebabnya, mereka tidak berbuat seperti itu. Lagi pula Allah telah memerintahkan,… Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggilmemanggil dengan gelar-gelar yang buruk…. (al-Hujuraat: 11) Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah : Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim “ Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta”ala menjelaskan kepada orang mukmin. Pertama : Allah subhanahua ta”ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda,” Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya” Kedua : Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta”ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman : Maksudnya : ” Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji “ Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : ” Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam “ Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah. Ketiga : Allah ta”ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud : ” Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya “. Firman Allah lagi yang bermaksud : ” Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah “ Allah ta”ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat “”Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri ” iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan.” makanya kalau kau tak suka seseorang tu janganlah sampai kau bagi gelaran yang tidak-tidak pada dia. terutamanya zaman sekarang ni memanggil orang yang tidak kau suka dengan panggilan ‘anjing & babi’ tak kisahlah kau dah spell sebagai ‘hanjeng mahupun pinky pig’ dulu masa kecik-kecik ada kalangan budak-budak nakal panggil aku ayam. ya, sebab nama aku diterbalikkan m a y a jadi a y a m mungkin bagi mereka ia adalah kelakar. tapi for me, it was not fun at all. aku tau la nama aku tak sesedap tak sebest nama korang, tapi kurang kurang aku tau maksud nama aku. ada setengah nama kemain indah tapi bila dicari maksud dalam islam, tiada. kosong atau lebih malang, maksudnya yang bukan bukan. recently ada kawan lama add aku kat facebook. tegur kat fb chat dengan tiba tiba panggil oii ayam! aku terus removed dia. kau boleh kata aku emosi, sentap tak menentu, ntah hapa hapa or whatever you want to call me. tapi aku ada pendirian. kau tak respect aku therefore kau tak layak untuk jadi kawan aku. so pada sesiapa yang memberi gelaran tak molek pada sesiapa, hentikanlah mulai hari ini. yer, aku cakap pada diri aku sendiri jugak. sebab bila dalam keadaan amarah, lancar je lidah tu nak memaki menghamun mengcarut.
Biarlah Rahsia
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)", 'Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.'" [Hadis Riwayat Abu Daud] Huraian Hadith: 1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil. 2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah. 3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku..... Wallahu'Alam
Fun ride
Daripada Jabir r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)", ' Sesungguhnya (pembeza) di antara seorang lelaki dan syirik serta kufur ialah meninggalkan solat.'" [Hadis Sahih Riwayat Muslim] Huraian Hadith: Hadis ini merupakan hadis yang pendek dan ringkas tetapi mempunyai makna yang sangat penting di mana sebagai peringatan kepada orang yang meninggalkan solat. Janganlah diri terjerumus dengan perbuatan syirik dan kufur dengan mengambil mudah perihal solat kerana solatlah amalan yang paling utama dan kunci syurga dan jika gagal menunaikannya maka sia-sialah amalan kebaikan yang lain....wallahu'alam
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: "Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: Apakah ia haram? Baginda bersabda: Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya. Abu Ayyub berkata: Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.'" [Hadis Sahih Riwayat Muslim] Huraian Hadith: Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka. Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu. Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari. Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu. Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya)", 'Biarkanlah saya (dengan tidak banyak bertanya) pada apa yang saya tinggalkan bagi kalian (tanpa menyuruh atau melarang daripada melakukannya). Sesungguhnya umat sebelum kalian telah binasa disebabkan mereka banyak bertanya dan berselisih pendapat dengan para nabi mereka. Maka, apabila saya melarang kalian daripada melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah ia. Apabila saya memerintahkan sesuatu kepada kalian, maka kerjakanlah ia sesuai dengan kemampuan kalian.'" [Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari & Muslim] Huraian Hadith: Hadis ini menyatakan bahawa sebagai umat Rasulullah SAW supaya meninggalkan apa yang dilarang dan melakukan apa yang disuruh oleh Baginda SAW tanpa banyak keraguan kerana sesungguhnya apa yang diminta oleh Rasulullah SAW akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat....wallahu'alam
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
Sketsa menarik
Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan
Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK. Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK. Panduan untuk letakkan nombor telefon WARIS bila berlaku kemalangan – Dibawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut. Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana dibawah: LENOVO 1. Setting 2. Security 3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency SAMSUNG 1. Setting 2. Device 3. Lock screen 4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency ASUS 1. Setting 2. Lock Scren 3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency XIOMI 1. Setting 2. Lock Screen 3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there. IPHONE (APPLE) To set, launch “Health” app & create Medical ID. To access the info once Medical ID created: 1. Slide 2. Emegency 3. Medical id… Your emergency contact details will appear. Handphone yang tak disenaraikan di atas, boleh cuba masuk kat Setting + Security + Owner info. Kalau takde jugak, download je apa-apa Apps kat playstore yang boleh edit Gambar + Text dan setkan sebagai wallpaper. Anda boleh cuba buat langkah-langkah diatas. Insya Allah ada kebaikannya. LIKE & SHARE jika info ini bermanfaat!
Daripada Abdurrahman bin Samurah r.a katanya, "Bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada saya (mafhumnya)", ' Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah kamu meminta jawatan. Sesungguhnya jika ia diberikan kepadamu tanpa memintanya, maka kamu akan diberi pertolongan untuk menanggungnya. Jika ia diberikan kepadamu dengan cara memintanya, maka kamu akan dibebani olehnya. Apabila kamu bersumpah (untuk melakukan sesuatu), namun kamu melihat ada perkara lain yang lebih baik daripadanya, maka lakukanlah perkara yang baik itu dan tebuslah sumpahmu.'" [Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari & Muslim] Huraian Hadith: Hadis ini menyatakan larangan daripada Rasulullah SAW untuk tidak meminta- minta jawatan kerana kelak akan dibebani oleh jawatan tersebut....wallahu'alam
(Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi)
Daripada Abu Dzar r.a katanya, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w:Adakah anda melihat Allah? Jawab baginda:Dia Maha Cahaya, bagaimana aku dapat melihatnya? [Hadis Sahih Riwayat Muslim] Huraian Hadith: Terkadang manusia merasa bahawa matanya dapat melihat segala-galanya dan lupa bahawa mata itu terbatas dan amat peka untuk mengalami kerosakan. Seperti Bani Israil yang pernah meminta syarat untuk beriman kepada Allah dan rasul-Nya. Dan ingatlah , ketika kamu berkata : Hai Musa, kami tidak akan beriman kepada mu sebelum kami melihat Allah dengan terang , kerana itu kamu disambar halilintar, sedang kamu menyaksikannya (al-Baqarah : 55) Nabi Musa pula pernah meminta kepada Allah.Berkatalah Musa : Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatmu Allah berfirman : Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka jika ia tetap berada pada tempatnya (seperti sediakala) nescaya engkau akan dapat melihat Ku . Tatkala Allah (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka), Tajalli-Nya menjadikan gunung itu hancur lebur dan Musa pun jatuh pengsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata : Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku) aku bertaubat kepada-Mu dan akulah orang yang pertama beriman pada zamanku. (al- A'raaf :143) Semoga kita dapat menggunakan mata kita ini untuk mengakui Kebesaran dan Kekuasaan Pencipta......Wallahu'Alam