Syukran kepada anda yang masih mendapatkan produk Bonda Rozita Ibrahim, Jamu Ratu Malaya walaupun di hari-hari akhir ramadhan sebelum menjelang raya. . Ada yang amik kesempatan pulang ke kampung ini untuk beri produk Bonda Rozita ini kepada ibu bapa di kampung. Jadi, ramai yang order dengan saya dan minta saya COD sebelum mereka pulang ke kampung. Saya cuba sedaya upaya memenuhi permintaan anda. Tapi maklumlah, bulan ramadhan ni waktunya agak terhad. Jadi, mana yang saya tak sempat hantar tu, saya minta maaf sangat2. . Insyallah, saya akan close bisness start hari khamis (14 Jun 2018) sehingga Ahad (24 Jun 2018). Maknanya saya takkan buat COD atau penghantaran barang sepanjang tarikh itu. Anda masih boleh order dan booking tetapi penghantaran hanya akan di buat selepas 24 Jun 2018. Jadi, untuk elakkan anda menunggu lama, saya amat2 galakkan anda untuk order dan booking awal beserta pembayaran. Saya akan utamakan Order dan Booking yang telah berbayar untuk saya hantar selepas 24 Jun 2018 itu. Order dan Booking tanpa bayaran, saya akan hantar selepas orang yang booking berbayar selesai di hantar. . Tahun ini saya akan beraya di Batu Pahat, Johor beberapa hari dan akan pulang ke KL. Tak pasti bila akan pulang ke KL. Bergantung kepada berapa ramai orang KL yang ajak beraya . Baiklah, di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang mengendalikan perniagaan ini tidak kira pelanggan2 saya, ahli2 saya, agent2 saya, stokis2 saya dan security2 yang selalu kena pot pet dengan saya bila tak beri saya masuk untuk hantar barang2 anda. Kadang2 saya ada juga berhadapan dengan pelanggan2 yang kurang sabar dan marah2 saya di sebabkan lambat balas whatsapp, lambat hantar barang, stok takde dan macam2 lagi. Saya juga mahu anda tahu yang saya juga insan biasa yang ada banyak kelemahan. Setiap pelanggan2 saya, saya dan janji dengan diri saya yang saya akan anggap setiap dari anda sebagai sahabat saya. Jadi, saya tidak mahu gaduh2 dengan sesiapa. Saya nak sayang anda semua dan saya pun harapkan saya di sayangi oleh anda semua. . Kalau anda nak jemput saya datang raya rumah anda, whatsapp2 la saya. Kalau ada yang buat open house (at Jamu Ratu Malaya Cheras Myra)