ﺍَﻟﻠّﻬُﻢَّ ﺍﻏْﻔِﺮْﻟِﻲْ ﻭَﻟِﻮَﺍﻟِﺪَﻱَّ ﻭَﺍﺭْﺣَﻤْﻬُﻤَﺎﻛَﻤَﺎﺭَﺑَّﻴَﺎﻧِﻲْ ﺻَﻐِﻴْﺮَﺍ Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibubapanya yang telah meninggal dunia.? "Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk disekeliling oleh para sahabat,datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya.Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu,Usaid sentiasa menghadirinya.Dia merasakan segala nasihat2 tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya.Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda,tiba2 datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia.Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.” Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud : “Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu,mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya.dan eratkanlah silaturahim dengan orang2 yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibubapa kamu.” lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu : 1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup. 2. Ilmu yang di menfaatkan dan 3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.” Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.” (Hadis Riwayat Luqman Hakim)












