Pulanglah
Bukan kali pertama Allah سبحانه و تعالى tegur setiap hambaNya. Ini juga bukan kali pertama dikau rebah bagai tiada pautan. Di hujung, Aku sedar. Disebalik ujian dan musibah itu, Terselit proses pembersihan. Sedang aku termenung, teringat akan kalam guruku, "Kita ini sulit untuk berbuat taat kerana DOSA! Kita ini sulit untuk ke taalim kerana DOSA! Kita ini sulit untuk melakukan kebaikkan kerana DOSA, kita sakit dan di timpa musibah juga kerana DOSA!" Dengan nada keras dan padu. Masih terngiang-ngiang suara guru. Ambil masa, Pulanglah, Kembali kepada Allah سبحانه و تعالى Hati banyak menderita kerana di sumbat dosa. Ambil masa muhasabah diri. Sebelum salahkan orang, salahkan diri kita sendiri. Renung apa hikmah Allah سبحانه و تعالى nak beri. Hidup ni jika di sulam dengan keyakinan kepada Allah سبحانه و تعالى, tiada apa yang sulit, melainkan tiap perjalanan di temani dengan ketenangan. Nota untuk hati yang kian sakit, Pulanglah.. — Ramadhan 27, 2017 ; 11:55pm














