Jangan memandang rendah dan hina orang yang sedang memperjuangkan hidupnya ke jalan Allah dan Rasul.

Kiana Khansmith

Discoholic 🪩

shark vs the universe
★
Mike Driver

Andulka
Interview Vampire Daily
Misplaced Lens Cap

Jar Jar Binks Fan Club
almost home

Game Changer & Make Some Noise
sheepfilms
Aqua Utopia|海の底で記憶を紡ぐ
Noah Kahan
🩵 avery cochrane 🩵
ojovivo
Keni
tumblr dot com
"I'm Dorothy Gale from Kansas"
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open
seen from Canada
seen from Brazil

seen from Malaysia
seen from Algeria
seen from Pakistan
seen from Germany

seen from United States

seen from India
seen from Australia
seen from Singapore
seen from United States

seen from United States

seen from Germany

seen from United States
seen from Netherlands

seen from United States
seen from Bolivia
seen from United States

seen from Ireland
seen from United States
@nurulasyiikin
Jangan memandang rendah dan hina orang yang sedang memperjuangkan hidupnya ke jalan Allah dan Rasul.
Kalau kita nak
Perbaiki hidup tapi kita tak tau nak mula daripada mana maka mulailah dengan memperbaiki solat dulu.
Jika kita jaga solat, Allah pasti jaga hidup kita. Itu janji Allah yang pasti.
Percayalah... Kalau nak berjaya jaga solat, nak bahagia jaga solat kerana perkara yang akan ditanya oleh Allah adalah solat.
Maka... Jagalah solatmu, perbaiki seluruhnya kerana kita tak tau mana antara solat-solat kita itu yang akan menjadi solat terakhir.
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (QS. Al-Mu'minun 23: 1-2)
Jangan tunggu orang lain baru kamu nak bergerak. Lambat! Maka mulai dari kamu sendiri. Geraklah berjalan dihadapan sekali. Mulai dari kamu. Maka orang lain akan berjalan dibelakang dan lama kelamaan seiring denganmu.
Janganlah kamu takut untuk bermula!
Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, dan akan kembali ke tanah. Lalu kenapa masih bersifat langit?
- Buya Hamka
Kering sudah airmata..
Gilanya pandemik ini!
Memang gila! Hari ini mereka tertawa melihat bangsa dan agama kita dipijak-pijak. Betapa hinanya kita. Mana maruah kita sebagai bangsa bertauhid. Mana agama kita saat ini.
Kita pada hari ini berbalah walhal perkara kecil sekalipun. Maka wujudlah fatwa-fatwa yang hanya fikir dek nafsu sahaja tanpa memikirkan kesusahan orang lain.
Maka wujudlah ustaz ustazah jadian yang hanya belajar search di youtube atau google beberapa minit sahaja, mana adab kita. Kita rujuk pada sapa sebenarnya. Rujukan mana kita cari!
Tidak tahu! Katakan tidak tahu! Jika tahu jangan sembunyikan kebenaran yang nyata!
Focus kita pada hari ini memberi bantuan, bukan berbalah berpanjangan!
Sudahkah kita bersedia pada harini untuk hidup dengan norma yang baru! Kita faham norma baru, pakai mask! pakai hand sanitazer! jarak 1 meter antara lain!
Norma baru adakah tekanan yang akan diberikan buat kita semua yang akan mengubah karakter kita seterusnya.
Tekanan akan mengubah akhlak dan adab kita. Tekanan demi tekanan akan diberikan buat kita semua. Ini semua akan menjadikan kita bertambah liar atas tekanan dan desakan hidup yang bakal terjadi.
Semua ini akan membuat kita rasa tidak hormat, hilang segala prinsip yang ada. Masalah yang berlaku akan bertambah kritikal jika negara sudah tidak mampu menguruskan dengan baik.
Selepas ini kita tidak akan nampak senyuman dibibir lagi.
Sudah bersediakah kita hidup dengan norma yang baru!
Sahabat ini bukan pengakhiran yang kita nak. Sabarlah semua.. bersabarlah.. sabar..
Apa yang terjadi mesti ada sebabnya dan hikmah Allah beri buat diri kita.
Betapa indahnya jiwa yang boleh berbuat baik, tanpa merasa lebih baik dari orang lain.
Jangan terburu-buru menilai kita lebih baik daripada dia, sebelum penghujung yang menentukan.
Saya tidak tahu penghujung saya apa, dan penghujung dia apa.
Mungkin saja kamu lihat orang itu kusut masai, rambutnya entah macam mana. Tapi kalau dia berdoa kepada Allah, doanya dikabulkan oleh Allah.
Orang yang tidak kusut masai, pakaiannya rapi. Mungkin pakai selendang juga, mungkin pakai serban juga, mungkin pakai kopiah juga. Belum tentu itu adalah suatu nilai kualitis disisi Allah.
Siapalah kita untuk menghukum seseorang.
- Habib Ali Zainal Abidin
💔 Siapa sahabat baikku?
❤️ Dialah yang datang membantumu disaat kamu ada musibah.
Ketika terbukti salah, orang bijak akan memperbaiki dirinya sendiri dan orang yang bodoh akan terus berdebat.
- Ali Bin Abi Thalib
Sahabat semua.
Fahamilah ayat ini.
Mereka yang sayang pada kita, akan pandang kita sebagai seorang yang #istimewa.
Mereka yang suka pada kita, akan pandang kita sebagai seorang yang #baik.
Mereka yang benci pada kita, akan pandang kita sebagai seorang yang #jahat.
Mereka yang iri hati pada kita, akan pandang kita sebagai seorang yang #menjengkelkan.
Oleh itu..
Belajar mendidik hati untuk dipandang oleh Allah. Kenalilah DIA sebagai Allah Ya Syakur, Yang Maha Menghargai. DIA lah yang paling #menghargai kita saat di dunia dan di akhirat.
- Ustazah Huda Edayu
Nikmat paling besar sekali adalah nikmat Islam.
Alhamdulillah 💚
Kalau dia tak baik, didik sampai dia jadi baik. Bukan tinggalkan dia dan cari yang lebih baik.
Bagaimana jika menulis adalah bentuk cinta pada diri sendiri?
Sedikit demi sedikit masa untuk hijrah. Walau tak banyak tetap istiqamah demi meraih redhanya Illahi. #hijrahtime
Berbaki usia yang tinggal sedikit sahaja lagi. Teguhkan iman kami dijalanmu dan masukkan kami dikalangan hambaMu yang bertaqwa.
Allahuakbar...
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةًۚ اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ
"(Mereka berdoa), “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.”
(QS. Ali 'Imran 3:8)
Doakan kebaikan jika kita melihat sesuatu yang indah dan baik.