If Allah wanted to make you like another person, He would have. Don’t compare yourself to others. Bersederhanalah dalam setiap perkara. Manusia ini kan sama sahaja. Tak perlulah nak membanding-bandingkan siapa kaya, siapa cantik, siapa pandai. Secantik manapun kita, sekaya manapun kita, sepandai manapun kita, di mata Allah kita semua sama sahaja. Tak perlu nak bermegah dan sombong dengan apa yang kita ada. Jika ada di antara kita yang sekarang ini diuji dengan apa jua ujian sekalipun, ingatlah, "Innallaha Maana". Allah bersama kita. Hadapilah halangan itu dengan sebaiknya. Halangan itu antara tujuannya adalah untuk menjadikan diri kita lebih hebat. Andai seluruh dunia berpakat menjatuhkan kita, jika tanpa izin dari Allah, pakatan itu tak akan ada kesannya buat kita. Bersabarlah wahai mujahid mujahidah sekalian. Setelah kita jatuh dan terluka, bangkitlah semula dan melangkah. Namun, jika kita jatuh tersungkur dan sukar untuk bangun, percayalah sinar harapan tetap ada. KasihNya sentiasa dekat, cuma kita yang selalu alpa dan lalai. Yakinlah, Allah tidak menjadikan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa. Wakeup! Ramai yang masih ada bersama kita. Sometimes, aku rasa kan laman Instagram, page yang awesome sangat berbanding yang lain. Tahu sebab apa? Sebabnya kita tak kenal antara satu sama lain. With all the stories that we shared. The advices, the quotes. But it seems connected. Cuma dengan cara like dan repost. Mungkin hanya segelintir sahaja, kan? I smiled. I told myself, “You’re not alone”. There’s Allah. There’s people from every side of the world. Tak semestinya kawan tu kena ada dekat sebelah kita setiap masa, kan? Don't compare yourself to others, you are unique. Allah created you as you, and He created you perfectly, Alhamdulillah. Smile and be happy. Semoga “aku” ikhlas menjadi diri. InshaaAllah... https://www.instagram.com/p/BroHsEXlnyCG1W9wjLtGlxOijVdXhYBWsmdDI00/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=7o9agmhjehen











