Happy Mayday WEEKEND ROCKERS Ipoh!
Festival kolektif ipoh dengan kerjasama Gerakan Seni Ipoh, dan Bodysurf Music,telah menjayakan ‘Wekend Rockers’ gig yang telah berlangsung pada 01/05/2019 (Hari Pekerja), rabu lepas. Weekend Rockers berlangsung seiring dengan acara ZineFest, dan acara Festival kolektif yang lain, dan berkongsi tempat yang sama di ‘Kinta Riverfront & HOS. Weekend Rockers lebih tertumpu kepada “Indie & Metal hero Ipoh”, kerana ‘Big 4 Headliner’ kepada acara ini menampilkan band Underground Ipoh yang bermula sekitar tahun 90an, seperti Nothing Band, Carburetor Dung, dan Couple, dan turut di sertai dari generasi baru, iaitu Mahmud Attack.
Sebelum line up “Weekend Rockers” mendominasi pentas di sebelah malam, di sebelah siang, pentas Festival Kolektif Ipoh diserikan oleh persembahan puisi dari pemuisi ; Jack Malik, Petak Daud, Pyan Habib,Hamzah Yazd, Kasvini Muniandy,Izzah Dejavu, Jasad Bersiung, Nadiya Abdullah, dan Pelimun. Dan di panaskan lagi dengan acara “Kompilasi-Kompilasi dari KADIAK”, yang menampilkan persembahan dari Band dan Rappper yang majoriti berasal dari Perak, seperti ; Fausse Chaos, Ranjit Bois, Taliban Gang, Black Wounds, Redemption HC, Norasyifa, dan RVNKRZ.
Jadi ini perihal mengenai persembahan Big 4 lineup Weekend Rockers tempoh hari;
Outdoor ke, indoor ke, sama je Mahmud Attack ni, ‘Selamba dan Gila’ diorang tak boleh nak halang. Band Crossover Thrash, Thrash Punk dari Ipoh sempat membuat ‘kacau bilau’ di atas stage Festival Kolektif, selepas dua minggu lepas membuat persembahan di gig VI Jahanam di Dream Project Hall,dan selepas Festival Kolektif mereka ke Soundmaker Studio Penang. Satu persembahan yang sangat sangat menarik pengunjung zinefest untuk “berhenti dan lihat”.
*Mahmud Attack dah released Demo dari mereka sendiri, boleh Cekikdaud di Instagram mereka.
Pembuka acara kepada Weekend Rockers,malam 1 Mei, Nothing meraikan ‘reunion’ mereka melalui persembahan di Festival Kolektif. Bermula sekitar tahun 1989, di sekitar Ipoh. Setelah bertukar ahli berkali- kali, hingga hari ini dianggotai oleh Mat Tose, Anas, Ein, Joe Skate, dan Snook. Memainkan genre ‘’indie’’,persembahan dari ‘”Legendary Indie Ipoh Band ” ini sangat ‘’crowd friendly’’ ,kerana lagu-lagu mereka sangat mudah diterima oleh para penonton dari orang awam hingga “True Gig Crowd’’. Pengaruh muzik Nothing diinspirasi dari ( Neds Automatic Dustbin, Adorable , Radiohead, Pets Shop Boys..etc.)
*Stay tuned, Nothing dah announced akan keluar material dari mereka sendiri tak lama lagi.
Mari membakar kalori, bersama Carburetor Dung!. Sebuah band Punk dari Ipoh yang diasaskan dari tahun 1991, selepas 28 tahun bersama,Carburetor Dung dianggotai oleh; Alak, Fendi, Joe Kidd, Tom, dan Hassan. Mereka dijemput istimewa dari Kuala Lumpur untuk membuat persembahan di Festival Kolektif, dan para peminat indie yang telah bersara, terpaksa ‘’masuk kerja’’ di malam Hari Pekerja sebagai ‘’crowd’’, dan beradu tenaga bersama ‘’orang muda’’ yang darah panas, untuk menghuru harakan lagi Malam itu. Carburator Dung bermain sebanyak 10 hingga 11 lagu pada malam itu.
Penutup kepada acara Festival Kolektif, Band yang lagu “Pop nya tak masuk Radio”, Couple menukar keadaan pentas dari Hardcore Punk ke Pop Indie. Band yang dinobatkan sebagai ‘’Ipoh Heritage Band’’ di hari UNESCO 2018, yang dianggotai oleh; Aidil, Ariana, Ezzart, dan Shahrin, memainkan irama Power Pop dan Rock n Roll. Walau kesuntukan masa malam itu, Couple berjaya menghiburkan penonton yang ‘tinggal’, sebanyak 11 buah lagu mereka mainkan dari rata-rata album sebelum ini, dan sebuah lagu baru. Walau crowd tak seganas dan ‘riot’ seperti band sebelum mereka, namun crowd tetap ‘happening’ sehingga tamat persembahan, sekitar jam 12 Tengah malam.