S O U T H E R N V O L U N T E E R S Daerah Muar || 4 Disember 2022 Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri MAJLIS PECAH TANAH TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE, ISKANDAR PUTERI Southern Volunteers Daerah Muar turut bersama ke Majlis Pecah Tanah Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Iskandar Puteri yang diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri yang disempurnakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Majlis yang diadakan dengan pelbagai aktiviti ini turut melibatkan ahli Southern Volunteers yang menyertai acara Sukan Sounthern Volunteers PBT Negeri Johor. Acara sukan yang dipertandingkan adalah bola jaring, tarik tali dan acara liga penalti. Southern Volunteers Majlis Perbandaran Muar mendapat tempat ketiga bagi acara bola jaring, manakala bagi acara tarik tali dan liga penalti layak sehingga ke peringkat suhu akhir. Tahniah dan Terima Kasih atas penyertaan dan usaha demi Southern Volunteers Daerah Muar. Terima Kasih 🤝 diucapkan kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar, Yang Berbahagia Encik Jamil Hasni Bin Abdullah selaku Pengerusi Southern Volunteers Daerah Muar atas sokongan penuh melengkapkan keseluruhan penyertaan bagi edisi kali ini. #joydec #southernvolunteers #joydecmuar #southernvolunteersmuar #sv #svmuar #kepadaAllahkitaberserah #BandarMaharaniBandarDiraja #BandarWarisanBersihSejahtera #AgensidanKomunitiPerkasaMuarSejahtera #MuarDaerahMaju2030 #MajuJohor (at EduCity Sports Complex) https://www.instagram.com/p/Cl1IrPPpfZZ/?igshid=NGJjMDIxMWI=