Semalam gatai sangat p cheat day.
Hari ini, tak dan pukul 10 perut dah berkeroncong lapaq!! Tu la jadual makan dah terganggu, bila nak get back on track balik terus rasa macam tunggang langgang hidup. Bab makan ni jangan buat main-main. Boleh terganggu emosi tau. Hahaha
Lately nie macam susah nak tidur pulak. Kenapa ek?
Kesan dari buat IF ke?
Macam semalam, pukul 9.30 malam dah ngantuk. So bila dah masuk bilik golek-golek tak boleh nak lena pulak.
Lepas tu tersedar sebab bunyi mercun kuat sangat. Ingatkan dah lama la tido, tengok jam baru pukul 12.30 malam. Hadoii.. bila dah terjaga, susah pulak la nak dapat mood tido. Ntah berapa kali dok pusing tempat tidoq, ubah bantai, ubah posisi, jam dah pukul 2.30 pagi oiii.. Mercun tu tak stop-stop. Heran sungguh!
Pagi nie nak bangun memang beratttttt jer rasa. Tapi tetap jugak la terjaga pukul 6.30 pagi.
Bukan setakat malam ja problem tido. Kalau hari cuti, biasanya boleh lajak tido sampai pukul 10-11 pagi. Tapi sekarang ini, lepas subuh tu dah payah dah nak pejam. So golek-golek jerlah sambil tengok movie ke, tak pun buat la kerja-kerja rumah sikit-sikit. Memang tak kan pejam mata dah.
Dan siangnya pulak memang tak tido dah. Konon-konon tahan mata tak mau tidoq siang sebab nak bagi senang nak tido malam tapi sebenarnya tak jugakkkk. Sebab siangnya memang tak boleh tido punnnn.
Hopefully this is a good thing la kan T________T
Hari ini semoga bertabah lah dapat habiskan IF sampai pukul 1.00 petang ya. Jangan cheat-cheat dah naaaaa












