30 MENU LAZAT SEPANJANG RAMADHAN 1. Tilawah al Quran sejuzuk sehari paling kurang. 2. Solat tarawih minima 8 rakaat setiap malam. 3. Solat Witir minima 3 rakaat semalam. 4. Beri makan orang berbuka puasa walaupun dengan sebiji tamar setiap hari. 4. Solat fardhu 5 waktu berjamaah setiap hari. 5. Tahajud setiap malam minima 2 rakaat. 6. Sunat dhuha setiap pagi. 7. Sedekah setiap hari minima seringgit. 8. Pastikan sahur setiap hari. 9. Iktikaf di masjid setiap hari walau sekadar 10 minit. 10. Tadarus al Quran sambil usaha memahami maksudnya. 11. Ziarah orang yang kurang bernasib baik. 12. Kurangkan ziarah ke bazar ramadhan. 13. Pilih makanan sunnah sebagai menu harian. 14. Elakkan membeli makanan dari tangan orang yg fasik. 15. Jauhkan aktiviti yang lagha. 16. Zikir harian, banyakkan berdoa. 17. Lazimi bibir beristighfar sekurang-kurangnya 70x dlm sehari. 18. Ajari diri dengan sifat rendah hati kerana Allah 19. Mudah memohon maaf dan memberi maaf. 20. Menjaga dan menghubung silaturrahim 21. Menjaga dan menutup aurat dengan sempurna ( bukan berpakaian tapi bertelanjang) 22. Menjaga lisan, pandangan, pendengaran & hati dari perkara-perkara yang dilarang. 23. Tidak berlebih-lebihan mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka. 24. Perbanyakkan amalan-amalan sunat- Solat sunat rawatib. 24. Lazimi sunnah Rasulullah yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki) 25. Lazimi untuk kawal dan tahan marah, didik diri untuk lebih bersabar. 26. Lazimi lidah untuk sentiasa bersyukur dan memperbanyakkcan syukur kepada Allah di kala senang mahupun susah. 28. Menjaga ikhtilat - Hubungan antara lelaki dan perempuan. 29. Membayar zakat fitrah dalam waktu yg telah ditetapkan. 30. Ikhlaskan hati kerana Allah. Hadirkan Allah di dalam hati, berusaha menjalani Ramadhan kali ini dgn sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadhan terakhir kita. #1Day1Juz #Taraweeh #RamadhanKareem #Fazkuruni_Media #[email protected] (at Fazkuruni.com®)