Big Ass PMR
Assalamualaikum [Sepatutnya post selepas PMR tapi dia tersaved as a draft] Alhamdulillah PMR dah habis. Walaupun dah habis lama dah, aku tak ada masa pun nak update blog aku ni. PMR masa tu boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan aku siap boleh makan lagi mentos masa aku jawab peperiksaan. Fuhh, Alhamdulillah sebab gula gula tulah membantu aku untuk kekal hyper dalam peperiksaan agar aku tidak mudah gugup dan gentar. Ah aku excited betul bila dah nak habis PMR sebab aku dah rancang banyak aktiviti untuk aku dan harap aku akan penuhinya. Tapi malangnya, apa yang ku impikan tidak menjadi kenyataan. Duit, duit, duit kalaulah kau boleh tumbuh dekat pokok. Oh duit aku perlukan kau, datang kepada aku. Dahlah aktiviti lepas PMR dekat sekolah yang cikgu jalankan semua bosan bosan sebab ceramahlah, tanam pokoklah, camping pun dalam sekolah. Ini bukan namanya enjoy, ini namanya seksa. Cikgu expect kita untuk datang for sekolah. Kehidupan lepas PMR memang membosankan. Aku selalunya buat revision lepas sekolah dan bersiap-sedia untuk kelas tusyen, tapi sekarang ni tidak lagi. Aku rasa kosong macam kalau pergi sekolah pun, aktiviti tak best and kalau duduk rumah memanjang pun tak dapat apa apa faedah jugak. Jadi aku isikan masa lapang aku dengan tengok movies, pergi shopping, makan, dan of course aku dah kembali aktif ke kpop. Itu jelah jalan yang aku mampu untuk menghilangkan rasa bosan aku walaupun benda tu memang tidak memberi maanfaat langsung. Aku dah buang dah dulu attitude ni, aktif dalam Kpop sebelum PMR tapi sekarang aku takda choice, sebab aku kebosanan, dipenuhi dengan sikap malas di mana semuanya susah untuk aku. Aku sure aku akan get tired of my situation nanti. Itu je yang aku mampu sampaikan dekat korang harini.















