New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/11/adik-tetak-abang-kerana-rebut-lori/
Adik tetak abang kerana rebut lori
KUALA LUMPUR, 11 November:
Hanya kerana perselisihan faham berhubung hak pemilikan kenderaan, seorang adik sanggup menetak abang kandungnya sendiri, dalam kejadian di hadapan bangunan Avon, di Jalan 219/51A, Sungai Way.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Menurutnya, mangsa ditetak menggunakan objek tajam dan meninggal dunia, sejurus tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Katanya, punca kejadian disebabkan perebutan hak milik sebuah lori yang diusahakan bersama.
“Laporan mengenai kejadian tersebut diterima anggota yang bertugas di Balai Polis Sungai Way.
“Sebuah kereta peronda bersama dua anggota digegaskan ke lokasi kejadian, sejurus menerima maklumat itu.
“Sejurus tiba, polis mendapati, mangsa parah serta berlumuran darah di kepala, dipercayai turut dilanggar dengan kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Rakyat Post, pada Selasa.
Tambahnya, sebuah motosikal dipercayai milik suspek turut ditemui di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.












