New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/10/08/nadal-didiagnosis-apendiks/
Nadal didiagnosis apendiks
Rafael Nadal bercadang untuk bermain perlawanan pusingan kedua di Kejohanan Shanghai Masters menentang Feliciano Lopez walaupun didiagnosis dengan apendiks, lapor BBC.
Nadal, 28, mengadu sakit perut pada hari Ahad dan doktor kemudiannya mengesahkan beliau menghidapi apendiks.
Dia diberi antibiotik untuk membolehkannya bermain menentang Lopez pada hari Rabu, tetapi akan memerlukan pembedahan pada masa depan.
“Saya di Shanghai. Saya di sini untuk bermain dalam kejohanan. Jika saya tidak bermain, saya tidak akan mempunyai peluang untuk menang,” kata Nadal.
“Ia seolah-olah seperti segala-galanya adalah di bawah kawalan sekarang.”
Pemain nombor dua dunia, Nadal bergelut dengan kecederaan sejak musim panas dan terlepas Kejohanan Terbuka Amerika Syarikat disebabkan masalah pergelangan tangan.
Nadal hanya bertanding sekali di kejohananTerbuka China minggu lalu sejak dikejutkan oleh pemain remaja Australia, Nick Kyrgios pada pusingan keempat di Kejohanan Grand Slam Wimbledon.
Nadal masih belum membuat keputusan sama pembedahan apendiks akan memaksa beliau untuk menamatkan awal musim ini.
Walau bagaimanapun, jika dia memilih untuk berbuat demikian maka ia akan memberi kelebihan kepada Andy Murray untuk mendapatkan peluang bermain di World Tour Final.
Pemain no 9 dunia, Murray sedang bersaing untuk melayakkan diri ke World Tour Final dan akan berjaya jika Nadal tarik diri daripada acara tersebut.