Azam dan kesungguhan! Ini gambar sewaktu saya bertemu dengan abg Raja Shamri, Pak Yunos dan rakan Third Force di Masjid Kampung Labohan, Kerteh. Update terkini, Mereka sudah pun tiba ke Kota Bharu. Sebenarnya abg Raja sudah tidak dibenarkan untuk mengayuh basikal waktu saya bertemu beliau. Kulit kakinya melecet dan berdarah tetapi sebagai seorang ketua dan tunggak kepada kejayaan Kayuhan Sejuta Kasih, beliau tetap juga mahu teruskan sebagaimana yang dirancang. Abg Raja akan ditolak oleh rakan lain yang mengayuh basikal. Mereka akan saling bertukar-tukar giliran untuk menolak abg Raja sepanjang kayuhan hingga ke lokasi yang dituju. Sejak semalam beliau juga turut diiringi oleh Prof Suhaily dari ResQ UPSI, sayu rasanya kerana tak dapat menyertai mereka. Hanya doa mengiringi mereka sepanjang perjalanan. Buat sahabat yang membaca tulisan ini, saya merayu untuk anda turut serta memberikan sumbangan sedayanya. Jumlah RM10 mungkin kecil bagi kita tapi besar nilainya kepada keluarga yang masih dirundung musibah. Ramadhan semakin mendekati kita, tak terbayang kesengsaraan yang masih dihadapi selepas 6 bulan. #SN #RAJASHAMRI #THIRDFORCE #BAHKUNING #KELANTAN