New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2014/12/01/pasangan-berpendapatan-rendah-berkahwin-di-rio/
Pasangan berpendapatan rendah berkahwin di Rio
RIO DE JANEIRO, 1 Disember:
Hampir 2,000 pasangan Brazil telah berkahwin di sebuah stadium tertutup di Rio de Janeiro, lapor BBC.
Ia merupakan perkahwinan terbesar dalam sejarah di bandar ini.
Acara tahunan itu yang digalakkan oleh pihak berkuasa tempatan, bertujuan membantu pasangan yang berpendapatan rendah yang tidak mampu untuk membayar untuk perkahwinan.
Pihak berkuasa di Rio menyediakan kereta api komuter khas untuk pasangan dan tetamu mereka.
Dianggarkan 12,000 orang telah menghadiri majlis tersebut di arena Maracanazinho itu.
Hakim sivil mempengerusikan majlis tersebut secara sukarela.
Pasangan juga direstui oleh biskop Roman Katolik dan paderi evangelis Kristian.
Acara ini telah dinamakan “Dia do Sim”, atau “I do Day”.
Banyak pasangan tersebut telah tinggal bersama selama bertahun-tahun.
“Kami bangun pada jam 6:00 pagi Terdapat begitu ramai orang dan saya fikir kita akan berada di sini untuk seketika, tetapi saya amat gembira,” Emerson Moraes, 34, memberitahu akhbar O Globo.
Encik Moraes telah bersama Ana Rosangela Azevedo, 31, sejak tahun 2010 dan awal tahun ini mereka mengambil keputusan untuk merasmikan hubungan mereka.












