Love is not a game over ending
Ada apa dengan cinta 2 baru saja ditayangkan. Tapi maaf aku tidak tertarik dengan pasca realiti begitu.
Cinta diibaratkan seperti 2 team bolasepak yang bertembung di dalam satu perlawanan dalam negara yang sama. Kedua- duanya mempunyai coach yang berbeza iaitu otak tetapi mempunyai satu niat yang sama iaitu menang. Tugas coach atau otak sebagai perancang strategi perlawanan sama ada 443 atau sebaliknya. Terpulang kepada perancangan masa depan dalam pemikiran manusia biase seorang coach atau otak. Setiap pasukan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
Team M (Male) dan team F (Female) akan dijadualkan bertembung atau pun boleh dikatakan takdir qada dan qada mempertemukan dua insan (Team) pada tarikh yang ditetapkan. Sebelum perlawanan sebenar, masing- masing akan menganalisan kemampuan, kekuatan, kelemahan bagi menyusun strategi menghadapinya. Begitu juga, dua insan ini yang saling kenal mengenali dalam proses percintaan pra pernikahan. Panca roba yang dilalui oleh keduanya haruslah saling serang menyerang atau bertolak ansur terkadang kala memihak menang dan mengumpul tiga mata penuh atau kerap kali seri atau win win situation antara kedua dua belah pihak. Namun tidak terkesan atas kekalahan atau kekasaran dengan menganggap sebagai “My game is fairplay”. Semangat kesukanan (kecintaan) masing-masing terhadap bolasepak akan mendamaikan mereka. Jika tidak, mereka tidaklah sesuai berada didalam liga yang sama. Disebabkan itu adalah peraturan perlawanan yang jika melebihi tahap kasar akan diberikan kad merah dan dibuang perlawanan. Jika cinta itu utuh pasti akan kembali beraksi di atas padang pada game yang seterusnya. Namun, kembali dengan lesson learned pada game terdahulu supaya lebih berhati2 dalam tindakan, terlebih aksi membawa padah maka biarlah berpada pada act dan reponse. Bersedarhanalah kamu kerna sedarhana itu sudah mencukupi. Kewujudan ultras (ibu bapa, rakan baik) adalah orang sekeliling yang akan menajdi komentar tegar kepada pasangan atau perlawanan. Jika kuat sokong dari ultras (ibu bapa, rakan baik) maka berjayalah berlawanan itu walaupun hasilanya seri kosong- kosong namun permainan yang ditunjuk olehj kedua pasukan cukup menghiburkan dan rancak. Jika kurang sorakan daripada penyokong maka hambarlah permainan dan pastinya akan dikritik teruk di media sosial. Ketua pasukan (hati) akan mengepalai dan kepala dalam menjalankan perancangan coach (otak). Kadangkala apa yang dirancang tidak seperti yang dihasilkan oleh kerna kadang kala kehendak hati melebihi segalanya. Jika tidak dikawal. Defend akan rapuh, midfilder akan jarang mengawal bola dan striker jarang sekali menjaringkan gol. Tugas pemain lain boleh la diibaratkan seperti pelaksana (kakitangan, kewangan, kemampuan) bagi menjayakan sesebuah pasukan. Namun, kedua- dua ahli pasukan akan mencapai kata sepakat jika setiap posisi ahli akan mewakili negara yang sama. Maka satu matlamat, satu kerja berpsukan, untuk menjulang piala antaranbangsa iaitu (Perkahwinan). Di dalam liga mereka bermusuhan tapi di dalam arena antarabangsa mereka rakan sepasukan. Begitu jualah perjalanan sebuah cinta dan akan berterusan berputar atas performanse dan sebuah pasukan (cinta) yang utuh akan mengahasilkan sebuah pasukan bolasepak yang berjaya (Keluarga) melahirkan anak- anak yang soleh dan solehah (merangkul kejuaraan dunia+akhirat). Konsep bola sepak dan cinta adalah terlebih kurang sama cuma Love is not a game over, when you find god (Allah).










