tumblr dot com
i don't do bad sauce passes
Alisa U Zemlji Chuda
dirt enthusiast
cherry valley forever
sheepfilms

Love Begins

★
Claire Keane

roma★
NASA
will byers stan first human second
Mike Driver
DEAR READER
taylor price

Andulka
Not today Justin

Discoholic 🪩

⁂
Three Goblin Art
seen from United States
seen from Türkiye

seen from United States
seen from United States
seen from Singapore

seen from United States

seen from Malaysia
seen from Malaysia

seen from Saudi Arabia
seen from United States
seen from Indonesia
seen from United States

seen from France

seen from Azerbaijan

seen from Malaysia
seen from United Kingdom

seen from United States

seen from T1
seen from Australia
seen from United States
@pakxan
Lahirnya Satu Kejayaan (Fath)
Dah lama rasanya gua tak update tumblr ni. Last sekali pasal KL Ska Festival. Kali ni gua nak update moment yang lagi best daripada itu. Pada tanggal 25 December 2017, lahirlah seorang anak lelaki gua yang diberi nama Fath Daaim bin Hafiz Irfan. Rasa macam tak percaya tapi cukup gembira. Akhirnya gua dah jadi bapa.
Kalau nak cerita daripada pengalaman gua masok Labour Room panjang sangat dan pengalaman yang berbaloi. Pendek kata, kalau kau masih ada mak hargai dia, sebab gua dah tengok betapa besarnya pengorbanan seorang wanita melahirkan anak.
Fath Daaim = Kejayaan Berpanjangan = Victory Remains
KLSF 2017
Kuala Lumpur Skafest 2017
Sabtu, 6 May 2017.
Penggiat Seni Ska Malaysia buat pertama kalinya telah mengadakan Kuala Lumpur Skafest 2017. Buat pengetahuan Skafest di Malaysia telah banyak kali diaadakan namun pada skala yang lebih kecil seingat aku Skafest Tour yg diadakan di seluruh Malaysia seperti Tampin, N9 Terengganu, Johor dan dua tiga tempat lagi. Yang tampin tu kami pergi naik keretapi dari Mentekak. First time pegi gig naik Keretapi. hahaha. Okay, Back to the topic. Terima Kasih kepada Penggiat Seni Ska Malaysia telah mengadakan Skafest pada skala yang besar dan menyajikan bandlist yang cukup menarik hati kami untuk support. Main bandlist yg tertunggu-tunggu ialah band Ska Legend dari Indonesia iaitu Tipe-X. Kalau di indonesia band ni siap ade X-Fans di setiap daerah dan negeri. Contohnya X-Malang. Teringat masa gua pegi Skafest Semarang Indonesia. Berpuluh2 budak fans Tipe-X yang hadir dengan T-Shirt Tipe-X army.
Kalau di Malaysia. Kite dah ade POH Stompers Brigade. POH mmg tak asing lagi di Malaysia yang membawakan genre Skapunk. KLSF pagi tu gua datang pagi sebab tiket tak beli lagi. Sempatlah gua tengok betapa ramainya orang dah sampai dari seluruh pelusuk negara. Yang bervespanya, yang berkereta dan juga yang berpangangkutan awam. Salute!
Antara band yang main malam tu:
- Gerhana Ska Cinta (MAS)
- Sentimental Moods (IND)
- Skudap-Skudip (MAS)
- Corumn 80s (MAS)
- Plague of Happiness (MAS)
- The Riddim Boys (MAS)
-The Red Stripes (HK)
- The Full Pledge Munkees (SG)
- Tipe-X
Band adela dua tiga sentimental value bagi gua. Contoh macam Corumn 80s, Oh Reenaaaa.. Lagu gua dengar masa kwn baik gua belikan masa sekolah dulu. Its good to hear them play back. =)
Overall Tipe-X mmg tak pernah mengecewakan. Main live pun power. Lagu kebanayakannya crowd boleh sing a along. Skanking? yes of coz dari start Tipe-X main sampai abis. Penat tapi puas bos. Gua sempat sempat sambar baju event warna biru. Katanya crew je pakai warna biru. hahahahah
Okay gua rase tu je dulu kot gua boleh cerita. Kata catatan je. hahahaha
Irfan X Atalia, 1 April 2017
Jumaat, 11 August 2017.
Perghhhh... Dah lama tak jengok ke dalam catatan aku ni. Diam tak diam dah almost 5 bulan aku kahwin. So, harini aku nak cerita tentang perkahwinanku yang berlangsung pada 1 April 2017, Sabtu.
Okay, first of all nama gadis pilihan hati aku ni ialah Nur Atalia binti Nodzary berumur 26 tahun, saiz pinggang 26, putih, anak ketiga dalam keluarga dan dipanggil kakak atau makde oleh anak saudaranyanya.
Aku kenal sidia ni dah lama sebenarnya. Almost tambah tolak bahagi adelah dalam 12 tahun aku kenal. Sejak sidia kecik lagi. hahaha
Berbalik pada perkahwinan aku tadi, majlis yang bertempat di Dewan Durian Tawar berjalan dgn lancar seperti yang dirancang. Pagi tu dalam pukul 8 pagi kami dah bersiap2 nak ke Masjid Saiyidina Hamzah untuk akad nikah. Alhamdulillah, dari belah aku ramai jugak yg dtg tengok. Penuh satu masjid. Meriah sangat aku rase. Oleh itu menambahkan lagi nebes aku hari tu. Pagi itu aku terkesima melihat wajah bakal Isteriku yang cukup cantik in cream dress. Love u babe. heheh Tuan naik pun datang dgn berserban pagi tu dalam keadaan yg sihat. Umur dia aku rase lebih kurang 80 tahun kot. Bacaan text yg die baca pun jawi. Power betei.
Nak dijadikan cerita, hari tu aku akad nikah sebanyak 3 kali. Ye! tiga kali. At fisrt aku rase dah betul dah and saksi pun dah setuju dah sah tapi tuan naik pulak kabo tak dengor dan takde words “Nya”. So, untuk kedua aku dah start nebes dah. Tangn pun dah bepeluh. So dengan selambanya untuk akad yg kedua aku terkurangkan nilai akad sebanyak 50 sen. Untuk pengetahuan, nilai di Pahang ialah RM22.50 tapi entah macamana gua tersilap tertinggal 50 di belakang. Abis satu masjid gelak termasuklah aku. hahahahaa. Naik bulu tengkuk aku malu. ahahaha. Untuk kali yg ketiga aku nekad. Supaya tidak menjangkaui 4 kali. Alhamdulillah kami sah menjadi Suami Isteri pada hari tu. Start pada itu. maka terletaklah tanggungjawab aku yg baru sebagai suami dan ketua keluarga kepada sidia.. =)
Selesai solat dua rakaat. Semua berkumpul di Rumah Makngah iaitu akak Abah yang terletak tidak jauh dari Masjid. Untuk kami berdua pula terus sambung photoshot sekejap di Rumah seorang wan ni yg berada betul2 di tepi masjid. Abis borak ngn wan tu, mintak izin nak ambik gamba sempatlah jugak bape shot di rumah tu. Rumahnya, oldskool tapi cantik. Aku suka suasana kampung begitu. Rodong rapat yang dtg tengok aku pagi tu ialah cerotdan kudin. Yang lain aku paham malam tadi balik lambt tido mati. ahahaa
Abis photoshot jap kami pun bergerak ke rumah makngah. Abis salam semua sedara mara. Ayah Jai pun bagitahu bahawa sudah masanya kami ke Dewan. Majlis aku sempoi. Takde kompang, hanya sedikit rombongan iringan payung. Adik aku sebagai pengapit pegang payung. Ina pegang payung belah sana. Then jalan cross then masok dewan dgn selamba then terus makan beradab. Kami tak sempat makan pun. Sebab niat kami nak jumpa orang2 yg dtg meja ke meja untuk berterima kasih atas kedatangan. Ramai jugak rodong2 yg datang baik jauh atau dekat. Geng IJN, geng tsk, geng sekoloh, geng UITM. TQ rodongs. =)
Mak ngn ayah aku sempat bergambar bersma dan sebelum mak gerak mak nangis. Moment yg agak touching disitu. Yelah hari tu aku akan ke rumah mentua dulu. Baru rumah mak ayah tsk. huhuhu. Ayah macam biase. Tak tunjuk die sedihg depan kami,. Tapi aku tau die sedih jugak. Haritu adik bongsu aku takdtg sebab final exaam. Takpe aku paham hidup seorang graduan. hahaha. Alhamdulillah makanan sedang molek. Haritu abah juga main live performance sebagai bassist. Maklumlah dulu mase kecik jamming abahlah yg aku dan rodong lepak main lagu Oi. hahaha. Sekarang dah jadi ayah mentua pulak. hahahah.
Majlis abis dalam pukul 2. Aku haritu tido umah wan. Dan esoknya kami bukak hadiah org bagi ramai2. Segan tapi overall family mak JB semua okai. Freindly. peramoh, riuh dan senang nak masokkk.. Nice new family. Untuk 2 hari elpas tu kami pun pulang ke rumah Mak TSK pulak. hahaha. Pergh akhirnya aku bawak menantu dan seseornag gadis ke rumah sebagai one new girl in family. Bokeh berodong ngn mak. hahaha Banyak mak msak ritu. Seronok makan ramai2 ande orang baru dlm family. =)
Okay, setakat ni tu je dulu aku nak cerita. ALhamdulillah kini aku sah bergelar suami kepada Atalia. Dan bakal manjdi bapa sebab die dah pregnant 5 bulan. Alhamdulillah. Love you my family and love u Atalia. =)
Newly happy married, may Allah bless us. =)
Tembakau Pipe
Tembakau bagi Rolling Your Own (RYO) dan Tembakau Pipe (PUFF) ade perbezaan dari segi end product die. Tembakau Pipe selalunya dalam bentuk Flake iaitu berkeping-keping dan tembakau RYO jenisan panjang-panjang dan tidak kasar seperti Tembakau Pipe. Harini gua nak cerita pasal tembakau Pipe. Tapi gua RYO. hahaha
Basically dalam dunia ni banyak jenis tembakau yang wujud seperti Burnley, Virginia, Oriental, Latakia, Turkish, Maryland, Stove dan sebagainya. Namun, Kebanyakan yang ade dijual dan boleh didapati ialah 3 Jenis Tembakau yang major. 1) Virginia 2) Burnley 3) Oriental.
1) Virginia
- Tembakau Virginia ni terkenal oleh sebab iainya ditanam di wilayah Virginia yang telah menghasilkan kualiti tembakau yang baik dan diexport ke seluruh dunia.
Ciri-Ciri:
Berwarna terang
Berdaun lebar besar
Sedikit nipis
Kandungan Gula Tinggi
Ada 3 tahap taste, Light, Medium dan High (Tinggi Nikotin)
End product proses warna dari Oren Lemon hingga ke warna Coklat. (Makin gelap warna, makin kuat rasanya).
Tembakau Jenis ini untuk pipe agak tajam rasanya.
* Mostly rokok rotak yang korang isap tu dari tembakau Virginia begitu juga Tembakau RYO.
2) Burnley
- Tembakau burnley ni lebih beragam dari segi pemprosesannya. Dibawah burnley mempunyai pecahan jenis tembakau yang kita kenal sekarang. Tembakau Burnley selalunya dikeringkan dengan perlahan pada kadar suhu bilik. Produk akhir selepas pengeringan lah yang kita panggil Burnley. Pendek kata Burnley di berbagai-bagai result die.
Ciri-Ciri:
Berdaun tebal
Berwarna Hijau Gelap sampai Putih Abu (White Burnley)
Rasanya Tidak terlalu Keras
Selalunya Burnley sesuai dicampur dengan tembakau lain bagi menghasilkan rasa yang best (Burnley + Virginia = Seimbang)
Jenisan under Burnley:
Cavendish - Tembakau yang mampu menyerap perisa semasa proses pembakaran or pengeringan. Proses akhirnya yang menggunakan Gula dan perisa (Vanilla, Cherry etc.).
Perique - Tembakau yang melalui proses yang berulang dan pada waktu yang lama. Tembakau jenis ni heavy sikit dan agak kuat aromanya.
Cigar Leaf - Rokok cerut atau cigar yang orang kaya isap tulah. Helaian daun tembakau yang siap diproses dijadikan Cerut yang disusun dan digulung. Nak buat ni cerewet sikit sebab kene kawal suhu dan tempat simpanan nya berbumbung atau less light exposure.
Kentucky - dark Fired atau Dark Air Cured.(Yang ni aku tak arif sangat).
3) Oriental
- Tembakau ni boleh juga digelar Tembakau Turkish. Basically tumbuhan tembakau ni semua kecik. Boleh dijumpai ditanam di Turki, Syria, Cyprus, Bulgaria, Romania etc.
Ciri-Ciri:
Berdaun kecil
Pokok kecil
Tumbuh di kawasan kering dan berkapur
Dijemur directly to the sun
Berbau wangi
Nikotin Sikit
Kandungan gula pada daun kering sama par dengan Virgnia
Berwarna Hitam
* Tembakau Oriental yan fames ialah Latakia. Latakia ni nama daerah di syria. Oleh sebab Syria bergolak, jadinya Latakia Tembakau susah dah nak dapat so Cyprus bertindak untuk jadi penanam dan penyebar elemen Tembakau Latakia (Produk dari Sebuah Proses)
Hasil, nama sesebuah tembakau bergantung kepada 4 mende ni:
Pengeringan dengan matahari.
Pengeringan dengan udara panas, atau flue cured.
Pengeringan dengan suhu bilik.
Pengeringan dengan panas api secara langsung dan pengasapan.
Sumber:
http://toharapipestobacco.blogspot.my/
Ska++
Ska
Genre Ska wujud sejak tahun 1960an. Sejak itu wujud 3 gelombang besar bagi genre ska. First wave ska iaitu Jamaican Skatidak mempunyai Distortion lebih kepada alunan reggae. Gelombang Kedua ska berlaku pada tahun 1970an dan awal 1980an. Mempunyai distortion, atau lebih dikenali sebagai 2 Tone Ska dipopularkan oleh band seperti The Toaster, The Special. Seterusnya tiba pada era Third Wave Ska iaitu Modern Ska. Third wave ska kedengaran lebih fast paced atau sedikit lagu dan rancak dari segi riff nya. Deisi dengan Horn Section bagi membuatkan pendengar berskanking. Segalanya bermula bermula di Jamaica, pada pertengahan 1950-an, ciri-ciri rentak yang agak laju atau Upbeat, penggunaan disertakan instrumen tembaga, dan rentak yang meriah, memuncak melalui kumpulan-kumpulan seperti The Skatalites. The genre muzik digabungkan rasa improvisational jazz dengan akar tradisional Afrika. Seterusnya pada akhir 1960an di Jamaica, munculah apa yang dikenali sebagai Rocksteady yang lebih menekankan permainan Bass yang berat, atau lebih kepada bunyi-bunyi reagea seperti yang dipamirkan oleh band The Toots. Yes Ska have a roots to listen too.
Punk
Ketika kegemilangan rock ‘n’ roll di serata dunia pada tahun 1970an. Keperluaan untuk pendengar kambali kepada basic but energetic music menyebabkan 3 cord musik yang lebih asli maka terhasillah music punk. Band-band seperti The Ramones, The Clash, Sex Pistol dengan attitudenya cukup menghairahkan pendengar anak muda. Selepas kebanjiran immigrant Jamaica dan Afrika ke Amerika. Mereka turut membawa music mereka supaya tidak lupa asal usul mereka. Pada awal 1970an di Amerika, perkembangan music di Amerika sedikit tidak pasti akan menerapkan bunyinyan dari Jamaica seperti band The Stooges. Tidak seperti Amerika yang lebih terbuka, England juga bagi anak-anak muda tidak dapat tidak lari dari jenisan music punk. Band seperti the Clash yang popular dengan aksinya yang agak melawan arus seperti contoh memecahkan gitar di atas pentas cukup membuktikan yang musik punk bukan music yang boleh dipandang enteng. Darah muda anak- anak pasti akan terpengaruh dalam music yang tidak berat namun sarat dengan mesej terutamanya daripada band Politikal Punk. Ini terjadi apabila berlakunya perang dingin pada pertengahan dan akhir 1980an. Band yang lebih express lirikalnya seperti Bad Religion amat menonjol. Pada masa kini, modern punk music seperti Blink 182, NOFX, MxPx, Bad Religion, Lagwagon masih didengari oleh semua pendengar sebagai catuan Punk. Yes Punk Have an Attitude.
Kemunculan Skapunk
Pada lewat tahun 1970 an (2 Tone Era), buat pertama kalinya band seperti The Specials, The Selecter, Beat, dan Madness telah menggabungkan dua genre Ska dan Punk Rock di dalam musik mereka. Gabungan ini telah berkembang di dalam tahun 1980 an (Third Wave Ska) seterusnya mempopularkan term Skapunk. Band seperti Fishbone (1979) boleh dikatakan band perintis yang giat menerapkan aliran Skapunk di dalam album mereka. Pada tahun 1987, sebuah band yang amat dikenali ramai iaitu Operation Ivy ditubuhkan di San Franchisco menyanbung legasi Skapunk yang ditinggalkan oleh Fishbone. Experimentasi ska semakin berkembang dengan terwujudnya aliran atau genre baru iaitu Skacore. Irama Skacore yang lebih keras dan sharp telah dipopularkan oleh The Mighty Migthy Boostone dalam album mereka “Skacore, the devil and more’. Selain itu band seperti Sublime, No Doubt menerima tempias populariti arus perdana apabila berjaya mendapat Platinum dari Album “Kingdom Tragic” pada tahun 1995 manakala Sublime yang popular dengan campuran Ska dan Reagge dalam musik mereka. Band- band pada era ini tidak lepas kemunculan di dalam Filem seperti The Mighty Mighty Boostone, filem Clueless dan Album mereka Let’s Face It mendapat Platinum pada tahun 1997. Band Skapunk lain seperti Save Ferris, Filem 10 Things I hate About You dan Reel Big Fish menyumbangkan runut soundtrack untuk filem Baseketball. Siapa yang tidak kenal dengan Rancid dan Offspring bukan. Mereka juga telah menerapkan riff-riff skapunk dalam lagu mereka seperti “Why Don’t Get A Job (Offspring) dan juga lagu-lagu wajib bagi band skapunk di Malaysia ketika gig seperti “Time Bomb (Rancid)” dan banyak lagi.
Selepas ketandusan popularity Grunge dan kegagalan Britpop untuk menapak kukuh di Amerika. Aliran Third Wave Ska atau lebih dikenali sebagai Subgenre Alternative Rock oleh Mainstream Media. (*Klasifikasi Alternatif bermaksud ketidak pastian genre yang “baru” bagi arus perdana selalunya melabelkan sebagai Alternatif this Alternatif that.). Telah muncul terang kembali pada lewat 90 an dengan tambahan sedikit Pop yang pada dasarnya lebih menjurus kepada lirik-lirik yang lebih Catchy dan tambahan Horn Section yang lebih kerap dan jelas.
Tidak dapat dinafikan musik Ska berasal daripada Jamaica. Bagi Amerika, music ska dimulakan dari awal tahun 1980 an di New York. Nama Robert “Bucket” Hingley, seorang expart dari Bitish amat dikenali selepas berjaya menubuhkan sebuah band The Toaster dan seterusnya menubuhkan Moon Ska Record Label di Amerika. Rekod label ini telah menerbitkan banyak rekod dan band terutamanya di Pantai Timur Amerika. Pada masa yang sama, dari situlah kemunculan The Mighty Mighty Bosstone yang berasal dari Massachusetts yang telah menerapkan gabungan Ska dan Hardcore Punk yang begitu kuat sebagai teras aliran SkaCore.
Pada akhir tahun 1980an, terlihat kejayaan American Ska Scene yang dikembangkan di California, juga kemunculan Operation Ivy yang sebentar namun berpengaruh yang juga menerapkan Skacore. Pantai Barat Amerika juga telah tertubuhnya Asian Man Record sebagai alternatif Rekod label Ska selain Moon Ska Record di Pantai Timur. Asian Man Record ditubuhkan oleh saxophonist dari band Skankin Pickle, Mike Park. Kejayaan besar Grunge dan Punk rock di arus perdana (pertengahan 90an) sedikit sebanyak telah membuatkan Ska berada di landasan yang betul. Ini terbukti dengan band-band seperti Rancid, Sublime yang juga Rancid pada album And Out Come Wolves telah mendapat pengiktirafan Gold dan pertama kali bagi American Ska Record Label.
Pada tahun 1995, dengan jelas Ska punk akhirnya diberi perhatian luas arus perdana dengan pengeluaran No Doubt sebagai multi-platinum album “Tragic Kingdom”, Dengan ini permintaan jenisan bunyi ini amatlah diperlukan oleh halwa telinga pendengar. Tahun 1996 dan 1997 adalah tahun puncak bagi kebangkitan Gelombang Ketiga. Reel Big Fish, Sublime dan The Mighty Mighty Bosstones semua telah menghuni carta Modern Rock, manakala band seperti Less Than Jake dan Mustard Plug , masing-masing memenuhi permintaan pendengar pertengahan Amerika dan muzik oleh Save Ferris sering dimainkan di Radio mahupun televisyen.
Itu yang berlaku di arus perdana, namun di Underground Scene pada lewat 90an dan awal 2000 kemunculan subgenre Skapunk digelar “Crack Rock Steady” yang dipelopori oleh band Choking Victim (the Trope Namer), Morning Glory, No Cash, and Leftover Crack dengan campuran ska, crust punk, dan sedikit Death Metal. Nama “Crack Rock Steady” pada asalnya diambil daripada Drug Crack Cocaine, campuran daripada ska, punk dan harcore metal. Selalunya lirikal music jenisan ini lebih kepada antiestablishment dan perang.
Namun Ska juga telah mengalami zaman-zaman suram ketika ini. Dengan kenyakan band yang telah berpecah atau terkubur selain penukaran sedikit bunyian dari band Less Than Jake, No Doubt dan The Aquabats. Walaupun begitu, band- band seperti Streetlight Manifesto, Catch 22 tetap memilih untuk stay dengan bunyian Skapunk bagu memenuhi demand pendengar Ska Tegar tak kira wave mana sekalipun. Tetapi jangan risau. Ska punk di luar Amerika masih giat dengan kemunculan banyak band-band yang masih power Seperti Kemuri (Japan), Full Pledge Munkess (Singapore), Plague of Happiness (Malaysia), Johny Comes Lately (Malaysia), Youngster City Rockers (Indonesia) masih aktif dan boleh didengar stuff baru dari mereka. Skank The Beat Bro!!!
Band Bunyian Ska+
· Against All Authority
· The Aquabats
· Bim Skala Bim
· Buck-O-Nine
· Catch-22
· Chase Long Beach
· Choking Victim
· Dance Hall Crashers
· Fishbone
· Five Iron Frenzy
· Hepcat
· Less Than Jake
· Leftover Crack
· TheMightyMightyBosstones
· Mustard Plug
· NOFX
· Operation Ivy
· Rancid (also count as Hardcore Punk)
· ReelBigFish
· Save Ferris
· Skankin' Pickle
· Streetlight Manifesto
· Sublime (also Music/Reggae and Alternative Hip Hop)
· The Suicide Machines
· The Toasters (though closer to 2Tone in sound)
· The Voodoo Glow Skulls
KL zine fest 2016 at Awe Gallery
Zine tak mati?
Sabtuday, 8 Octopus 2016 Seperti tahun-tahun sebelumnya, KL zine fest kali ini diadakan di Awe Gallery, Petaling Jaya. Kali ini zine fest dikolaborasikan dengan comic art culture diselit dengan sedikit persembahan dari beberapa buah band. Free admission. Gua datang petang berpandukan google maps. Yes google yang telah memetakan tiap jalan bagi memudahkan rakyat malaysia selain bantuan satelit dan selain.... Kali ni tak banyak zine menarik hati gua. Gua mark Rumah Api benefit dan psyart tapi dua2 takde. Frust juga dtg jauh2 tapi abis. ISDP. Macam biase tak ramai yg gua kenal jumpa haritu selain Api dan Nizang. Tapi Nizang tak kenal pun gua walau banyak gig DDT gua dtg support. Hahaha. Its okai. Benda tu normal sbb dalam scene kau kene into the scene mostly. Tapi apa orang kesah ye dak. Hahaha. Asal ko dtg support dan beli barang DIY. Kau nak dikenal pegi buat band atau buat zine. Kalau band kau sedap ade unikness, attitude dan berkualiti mesti boleh pegi. Yang gua nak cerita ni, gua dapat newsletter dari Trypophobia isu October. Tak silap gua dari taun lepas lagi ade Trypophobia ni. Kali ni kertas ni berkisar tentang Poseur. Gua petik sikit kata2 dalam paper ni, "people had been asking me what kind of punk I was. Was i crusties, straight edger, anarchist, pyrate punkerw or any other bullshit label. Im sick of all of it. I choose to not obey in any particular subculture. I choose to be poser instead. So let this be clear: I am poser punk.." . Ayat yang power dari seorang yg power. Bende label melabel ni dah lama ada dalam scene. If u r not one of ours, u cant lepak with us. Kesempitan minda memaksa scene itu sendiri terbantut tumbesaran. Oldtimer dulu also a poseur. Takde yang baru takde yang lama. So i choose to be a poser which i can do, go, buy the things i like in freedom manner since 1989. Still alive and still kicking.
Happy Birthday My Puding’s
Selasa, 30 Ogos 2016.
Selang beberapa hari adalah hari yang lahir gadis kesayangan gua iaitu pada 6.9, oleh itu. gua mengambil pedekatan yang berbeza dan pertama kali dilakukan iaitu membeli sejambak bunga untuknya. Bagi orang yg cukup bajet mcm gua, happybunch adalah florist yang bertepatan dengan citarasa dan bajet gua. Sebelum hari tu, gua ade jugak usha laman2 web florist yg nice jugak seperti florahera, bloomthis dan happybunch. Akhirnya setelah meneliti dan gua ambil keputusan untuk beli bunga di happybunch. Satu bunch hanyalah berharga RM42 sekali post direct ke opis NA. Affordable and yet very nice bunch of flowers. Yang uniknya kedai ni. semuanya digubah pada hari yang sama tanpa ada duplicate decoration pada hari2 yg lain. Mean that all flowers are fresh coz they are buying in bulk a day before selling it. Semua pembelian menggunakan online di laman web mereka happybunch.my Step one. click send a bunch. Masokkan data penerima. Next payment. n done !!. Easy rite. For u NA. This is the first time im ordering flower for a girl. That means u r the only and special girl for me. Happy Birthday darl. =) Next ahad ni akan ade DIY gift for u also. huhuhu
Ahad, 4 September 2016.
Hari ini adalah hari untuk menyambot advance bithday untuk NA. Hadiah gua simple yet romatik. hahaha. Botol lampu IKEA. Tapi DIY punye effort. Bende paling susah nk cari ialah Glow in the dark sand. SO searching punye seach gua jumpelah alamat kedai art ni di Maluri. Nama kedai Weststar Art shop. Kedai dua tingkat tapi mempunyai banyak art stuff and metarial. Pagi2 lagi gua dah ke sini. Tengok2 adela GLow in the dark Sand ni berharga RM12 for 30g. SO gua beli 60g. Idea die gua letak glow in the dark sand ni dalam botol tu. Dan tulis wishes di luar botol guna permanent marker dan ikat tali di penutup guna method Celtic Heart. Last sekali ialah Gam lapu suluh kecik di penutup. SO NA boleh pasang lampu tu if tak cas Glow in dark sand tu siang hari. Selain itu. untuk membaca wish tu. NA perlu baca sambil berbaring. Tapi sebelum tu kenelah cas dlu sand tu supaya text marker pada botol akan kelihatan jelas. huhuhu DIY sungguh gua kali ni. Oh lupe. malam tu bf NA datang ina bawak tart kekl. Tq ina join.hehehe. Btw happy NA. Love u so much...-)
13 August 2016, Sabtu.
Hari ini adalah hari pelancaran Album terbaru dari Plague of Happiness yang bergenre Ska Punk dari Johor Bharu. Sebuah band antara terawal di Malaysia yang memperjuangkan jenisan musik sebegini yang jauh sekali dari arena mainstream tanah air. Selain band Spider yang ade sedikit titipan bunyi Ska punk pada album-album awal mereka. Tak percaya pergi beryoutube dengan lagu-lagu Spider yang dahulu, walaupun mereka tidak pernah melabelkan band mereka memainkan musik Skapunk. Namun ade juga gua perasan adalah dalam satu dua laman blog maya dan majalah telah mengklasifikasikan musik mereka sebagai Ska + punk. Namun, bagi gua, labelling its just a label, sebab melable menghadkan kreativiti sesebuah ahli musik. Unless die memang pure, addict into specific musik genre. Ok, move. Petang tu macam biase seperti telah dipersetujui gua deal dengan Herol untuk ke PJ rumah Herol bagi memudahkan perjalanan menuju ke venue event yang terletak di Atas by Bijan Kelana Jaya. Kata Herol venue tersebut tidak jauh dari rumahnya berdekatan Paradigm Mall.
Dalam pukul 4 petang gua bergerak ke PJ dengan menaiki Green Monkey Bike gua. Dengan gua takde data dan kredit menyulitkan gua untuk memanggil Herol. Nasib baik lah rumah moden sebegini mempunyai loceng. Loceng sudah, beri salam sudah, ah sudahhhh. Mana pulak beliau ni. Dengan kadar agak kalut beberapa minit. Keluarlah seorang perempuan yang muke Melayu. Ah sudah Herol dah ade gadis ke. Hahahaha. Rupenya dia adalah Perempuan Filipina bini kepada lelaki India merangkap Housemate Herol. Power betul ntah ayat macamana dapat Gadis filipina. hahaha.
Oleh sebab gua da semakin lapar, kami terus bergerak makan di kedai Pojok. Kedai makanan normal indonesia seperti Ayam Penyet, Pecal Lele. Boleh tahan sedaplah kedai ni. Kata Herol ini adalah kedai makan fav. dan satu satunya kedai yang die akan makan pada hari kerja. Maklumlah orang jenisan kami ni adalah setia pada sesuatu tempat atau pot pada jangka masa yang lama tanpa goyah. Oh, lupe, Adis, Paih dan Indra sudah bersama- sama kami dari Temerloh bagi memeriahkan suasana gig. Abis makan gua terus g solat kecil di kedai tu dan terus gerak mancari venue dengan menggunakan waze.
FYI, venue tersebut terletak di dalam kawasan bangunan yang baru naik di Tingkat 5. Maka agak pening lah juga kami pusing di KJ ni. Sampai je nampak Abby JCL yang juga MC pada hari tersebut. Kata Abby, Parking susah sikit kene hati2. Park je terus kami ke venue. Gua da nampak Keri bertapekn pas gig. Awal gile Keri datang seawal pukul 5. Kami pun naik cepat takot abis Merchendize dan ada sedikit tayangan berkenaan perjalanan Band POH. Agak menarik venue tersebut yang mempunyai balkoni untuk beramah mesra dan menghisap candu. Dirty Donuts yang diketuai oleh Azmal POH juga ada mengadakan sedikit demo Sablon baju pada hari itu. Sedang moleh hari tu gua pakai baju POH tour tahun 2008 yang agak rare. Tegur Naz POH. Uishhh aku pun takde simpan dah baju ni. Tengok betapa lamanya nak tunggu POH keluar album baru. hahahaha.
Dalam pukul 6.30, Bojoit, Andy dan aweknya datang. Minum air lebih kurang di Kedai Mamak berhampiran kami pun terus mencari surau solat Magrib. Cari punya cari punyelah payah nak cari masjib atau surau. Rasa sedikit sedih. Negara kami ni susah nak cari surau. Tapi kata orang dimana saja boleh solat asalkan cukup adabnya dan bersih tempatnya. huhuhu.
Gig dimulai dengan band Half Asleep dan Klux Klux Adventure. Sebuah band ska yang legend. Katanya tahun ni nak release something. Kita tunggu. Gua tiap kali band ni perform gua memang akan rakan bassist KKA ni, sebab cara permainan bass nya yang cukup menghiburkan. Semasa gig berlangsung sempat gua borak dengan Azrol crew JCL/POH nyaring, Diam tak diam dia dah nak abis belaja da as Graduated Student in Music. Syabas boh.
Dalam kegelapan dan dikit terang kadang2 gua terpandang seorang lelaki ni gaye budok Mentakab. Rupenya betul. Ajix guitarist Busted Rapture. Borok punye borok di luar sampai abis jugak la dua batang rokok gua. Harini, POH memainkan 21 lagu. Boleh tahan penat sing a long dan skanking. SUdah ku sedar yang gua semakin tua dan tidak berdaya lagi menghayunkan kaki dan tangan seperti tahun 2000an dahulu. hahaha.
Acara penutup POH bagi gua begitu mengujakan dan menghiburkan. Sempat snap2 gambo sikit. Kami pun mencari tempat minum air dan makan. Dalam pukul 3 pagi gua sampai di rumah dan tidur dalam keadaan tersenyum. Maka terlancarkan Album baru Plague of Happiness yang berjudul Tunjal.
Album yang berbaloi untuk di miliki. Kali ini kebanyakan lagu Album ni mempunyai teriakan Naz dan terselit jua lagu2 slow yang begitu matang bagi gua.
Maka abislah kisah acara pada hari itu dengan senyuman puas.
Tanggal 7 Ogos 2016, Ahad.
Oleh kerana gua bukanlah runner yang pro mahupun amatur maka running suit bukanlah sesuatu yang perlu ada dalam almari aku. Nasib baiklah buah hati gua ade. Thanks Atalia. =)
Bak kata gua “ Orang lain hike kau nak hike, orang lain cycle kau nak cycle, orang lain run kau nak run. Ape mende kau ni takde identiti? Ini semua poseur”.
Tq to Running Malaysia Magazine for the photo
Love is not a game over ending
Ada apa dengan cinta 2 baru saja ditayangkan. Tapi maaf aku tidak tertarik dengan pasca realiti begitu.
Cinta diibaratkan seperti 2 team bolasepak yang bertembung di dalam satu perlawanan dalam negara yang sama. Kedua- duanya mempunyai coach yang berbeza iaitu otak tetapi mempunyai satu niat yang sama iaitu menang. Tugas coach atau otak sebagai perancang strategi perlawanan sama ada 443 atau sebaliknya. Terpulang kepada perancangan masa depan dalam pemikiran manusia biase seorang coach atau otak. Setiap pasukan mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
Team M (Male) dan team F (Female) akan dijadualkan bertembung atau pun boleh dikatakan takdir qada dan qada mempertemukan dua insan (Team) pada tarikh yang ditetapkan. Sebelum perlawanan sebenar, masing- masing akan menganalisan kemampuan, kekuatan, kelemahan bagi menyusun strategi menghadapinya. Begitu juga, dua insan ini yang saling kenal mengenali dalam proses percintaan pra pernikahan. Panca roba yang dilalui oleh keduanya haruslah saling serang menyerang atau bertolak ansur terkadang kala memihak menang dan mengumpul tiga mata penuh atau kerap kali seri atau win win situation antara kedua dua belah pihak. Namun tidak terkesan atas kekalahan atau kekasaran dengan menganggap sebagai “My game is fairplay”. Semangat kesukanan (kecintaan) masing-masing terhadap bolasepak akan mendamaikan mereka. Jika tidak, mereka tidaklah sesuai berada didalam liga yang sama. Disebabkan itu adalah peraturan perlawanan yang jika melebihi tahap kasar akan diberikan kad merah dan dibuang perlawanan. Jika cinta itu utuh pasti akan kembali beraksi di atas padang pada game yang seterusnya. Namun, kembali dengan lesson learned pada game terdahulu supaya lebih berhati2 dalam tindakan, terlebih aksi membawa padah maka biarlah berpada pada act dan reponse. Bersedarhanalah kamu kerna sedarhana itu sudah mencukupi. Kewujudan ultras (ibu bapa, rakan baik) adalah orang sekeliling yang akan menajdi komentar tegar kepada pasangan atau perlawanan. Jika kuat sokong dari ultras (ibu bapa, rakan baik) maka berjayalah berlawanan itu walaupun hasilanya seri kosong- kosong namun permainan yang ditunjuk olehj kedua pasukan cukup menghiburkan dan rancak. Jika kurang sorakan daripada penyokong maka hambarlah permainan dan pastinya akan dikritik teruk di media sosial. Ketua pasukan (hati) akan mengepalai dan kepala dalam menjalankan perancangan coach (otak). Kadangkala apa yang dirancang tidak seperti yang dihasilkan oleh kerna kadang kala kehendak hati melebihi segalanya. Jika tidak dikawal. Defend akan rapuh, midfilder akan jarang mengawal bola dan striker jarang sekali menjaringkan gol. Tugas pemain lain boleh la diibaratkan seperti pelaksana (kakitangan, kewangan, kemampuan) bagi menjayakan sesebuah pasukan. Namun, kedua- dua ahli pasukan akan mencapai kata sepakat jika setiap posisi ahli akan mewakili negara yang sama. Maka satu matlamat, satu kerja berpsukan, untuk menjulang piala antaranbangsa iaitu (Perkahwinan). Di dalam liga mereka bermusuhan tapi di dalam arena antarabangsa mereka rakan sepasukan. Begitu jualah perjalanan sebuah cinta dan akan berterusan berputar atas performanse dan sebuah pasukan (cinta) yang utuh akan mengahasilkan sebuah pasukan bolasepak yang berjaya (Keluarga) melahirkan anak- anak yang soleh dan solehah (merangkul kejuaraan dunia+akhirat). Konsep bola sepak dan cinta adalah terlebih kurang sama cuma Love is not a game over, when you find god (Allah).
Johny Comes Lately Launching Album Kemana Kita?
Location: Drum Asia, Desa Sri Hartamas
Sabtu, 23.4.2016
Sabtu siang gua sempat ngedate dgn buah hati gua kejap sampai pukul 4 lebih sebab dlm pukul 6 gua da kene gerak ke tapak event. Balik rumah masak nasi makan sap kok sap tang search map then halo rodong gua. Herol dan angkatan temeloh dah sampai di Sri Hartamas sedang gua masih nak hadam google map. Die kabo da sampai dan gig start pukul 8. Maka sempatlah gua betol2 hadam map sambil bersiap. Dekat luar adala sikit2 hujan gerimis.
Nak dekat pukul 7 gua pun bergerak dengan santai ke Jalan kuching dan lalu bulatan segambut. Yang gua ingat lepas bulatan semua ke kiri. Masok mont kiara lane dan u-turn dekat Sri Hartamas 22. Belok kiri lagi dan sampai di Wisma CKL. Gua tengok da ramai orang tapi oleh sebab Start pukul 8 gua terus ke Pelita jumpa rodong2. Masok Magrib naik tingkat 3 solat jap then pukul 8 terus masok. Sempat gua sambar baju JCL selai. Imans League start perform as acara pembuka. Band punk rock dari Singapura ni cukup solid sound dan energetic. Killer song die bagi gua LISA, sebab LISA bau wangi perangainya Masam. Pergi balik sudahhhhh!!!
Abis Iman League acara diteruskan dengan band ska Klux Klux Advanture. Killer song macam biasa Piring Lama. Gua asyik layan bassist die yang power dan fun. Sempat jugalah snap gambo dgn bassist ni. Orang lama dan band lama masih berbisa. Abis klux2 main sampailah ke band yang gua slaute. Dum Dum Tak. Last gua tengok diorang perform dekat MCPA lama dulu sudah. Dengan kombinasi lagu baru dan lama telah menaikkan semangat gua untuk sama2 sing a long. Time ni full time gua duk depan sing a along.
Fyi hari ni adalah hari lahir voc ebi dan drummer iwan. So adelah sedikit part sambut bday masa acara berlangsung. Da tua da diorang sematang album baru ni. HB bro.
Gua tak sempat tengok jam hingga smapailah ke band yang dinanti. JCL. JCL main sume lagu baru diorang plus dua lagu lama Agent of Chaos dan FUMIKNA. Oleh sebab banyak lagu baru yang gua tak hafal lagi gua kebelakang sikit untuk full skanking until dua lagu lama gua kedepan untuk sing a long. Sempat jugalah sambar MIC jadi voc sekejap. hahahaha.
Abis je gig semua turun kebawah untuk melampiaskan lelah. Abis sebetol dua juga malam tu air kosong. Herol text iwan suh turun ajok bergamba. Jumpe ebi snap photo kenangan. Hujan turun renyai di luar. Sedang gua start moto ke kereta adis. Gua stop snap dengan Dum DUm Tak. Adik voc DDT also pakai KSR. So ambik no Azmeer scrambler rider so senang gua nak cari spare part nanti.
Overall launching party JCL memang berbaloi setelah lama gua tak skank. Disebabkan gua selective tentang Gig attend so entah berapa bulan nanti pulak baru bersama semula. Thank JCL dan tahniah diucapkan. Syabas bro. Yes, Ska Punk isnt dead, you just stop listening!!!
Dark Water #tamannegarapahang #moh #awk #mothernaturerocks