2 September 2020, 2:50PM. . Masa tu, hujan renyai, . Waktu lepas solat zohor. . Dia ajak aku pergi bawah pokok. . Kotak dan pemetik api dikeluarkan dari poket seluarnya. . Tersisip rapi, sebatang di tepi bibir. . Hembusan asap berkepul keluar perlahan. . "Kau baca ni, ini semua dari budak budak tu" . Aku ambil sehelai demi sehelai. . Ternyata isinya mengusik perasaan yang sememangnya bercampur sejak program awal pagi tadi. . Lebih mengundang setelah diamati isi yang tersemat di balik surat-surat itu. . Semua isi hati merah yang jujur, dikeluarkan pada kertas bergaris biru itu. . Cukup, aku tak mampu baca lagi, jika tidak manik kaca kan berurai dari celahan mata, aku berhenti setakat itu. . Wallahhi, anak-anak ini terlalu gembira dengan kehadiran team kami, aku mahu turut serta untuk kesekian kali. . InshaAllah jika diizinkan lagi. . Terima kasih Allah untuk kesempatan ini. . — "Sepertimana dulu kau telah berjaya mengharungi ujian yang hebat-hebat, yakinlah bahawa hari ini kau masih mampu untuk bertahan dan terus kuat". . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahbersama #sukarelawan #rezeki #buatbaikhidupbaik #buatsesuatu #kembarabuatbaik #masihadacinta (at Larkin, Johor, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CEn-k8osh-k/?igshid=i6bjxhuy4aog