#jauharku | Tinjauan PPB Kuala Paya, Buloh Kasap
Bersama YB Hjh Norshida Hj Ibrahim, ADUN Buloh Kasap membuat tinjauan di Pusat Pemindahan Banjir (PPB) baharu yang dibuka pada jam 8.30 pagi tadi di Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat, berikutan banjir di Kampung Kuala Paya.
Sekolah Agama Kuala Paya dibuka pagi ni berikutan paras air Sungai Muar, Buloh Kasap, mencatatkan peningkatan iaitu 8.90 meter, berbanding 8.88 meter pada bacaan terdahulu.
Hadir bersama, Penghulu Mukim Buloh Kasap, Tok Noh dan Penghulu Mukim Gemas, Tok Shahrul.
#banjirdijohor #segamat #johor #tinjauankawasan #kualapaya #bulohkasap (at Kampong Kuala Paya, Johor, Malaysia)









