167/366 . Isnin, 15 Jun 2020 . Menghampiri Maghrib, terdengar bunyi deruman enjin kuat di luar rumah. Saya intai, rupanya lori TNB. Tak perasan pula kabel elektrik selepas tiang di depan rumah saya terputus. Maknanya rumah di bahagian atas (bukit) tidak ada bekalan elektrik. . Kasihan. . Saya sendiri sudah beberapa kali berurusan dengan TNB (dalam hal bekalan elektrik terputus). Saya mesti akui, kadar tindak balas mereka pantas, sekejap saja sudah datang. . Kes yang berlaku hari ini, pernah juga berlaku pada rumah saya satu ketika dahulu. Ada lori besar melalui jalan sempit rumah kami, akibatnya kabel yang sudah agak lendut tertarik, lalu terungkai dari ikatan dinding rumah. . Bahaya. . Hal-hal elektrik ni, saya takut juga. Mujur tak ada wayar yang mencecah tanah, dikhuatiri ada anak-anak yang mahu bereksperimen. Segera saya telefon TNB, tak berapa lama kemudian mereka sampai. . Kabel dinaikkan semula. Yang tercabut di dinding rumah saya pun, diperbetulkan. . Wah! . Perkhidmatan yang tip top. Sekejap saja semua sudah selesai. . Ada lagi beberapa kejadian yang berlaku (seperti pokok tumbang) dan TNB terus memberi khidmat cemerlang. . Yang paling saya kagum ialah keberanian pekerja-pekerja mereka mempertaruhkan nyawa bermain elektrik. Pastilah isteri dan anak mahu pun ibu bapa mereka berdebar setiap kali perwira ini bertugas. . Mudah-mudahan, mereka semua selamat menjalankan tugas, tak kira di mana-mana pun. . Terima kasih, TNB. . Tapi dalam hal bil elektrik tinggi ni, saya diam dulu. Bil belum keluar lagi. Itu kita cerita lain, kalau ada. Buat masa ni kita bagi kredit dahulu. . 😬 . #catatankontot #tulistulissharul (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CBnfBD0BUYhpN5g-On0i5q-Hn8H57DFLtNRCcs0/?igshid=tqta4pwpgsdc

















