Bagi para pemilik kereta, pasti ramai yang selalu mengeluh sewaktu sampai masa untuk memperbaharui insurans kenderaan masing-masing. Iyalah, harga premium insurans kereta bukanlah murah. Tambah lagi jika anda mengambil polisi yang menawarkan pelindungan yang lebih baik seperti pelindungan insurans komprehensif. Sudahlah anda diwajibkan untuk memperbaharui insurans tersebut setiap tahun bersama dengan cukai jalan. Kadang-kadang bila duit pun tengah kurang, pasti ada juga yang merungut kenapalah, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mengambil polisi insurans kenderaan bukan? Mari kami kongsikan kepada anda apa yang perlu anda tahu tentang insurans kereta, dan kenapa ianya penting untuk para pemandu. 1. Diwajibkan Kerajaan Anda tentu tahu bahawa, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mendapatkan pelindungan insurans kenderaan setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan mereka. Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan sekiranya anda tidak mempunyai pelindungan insurans kenderaan. Jadi, bagi yang mungkin tengah mempunyai masalah kewangan atau pun jarang menggunakan kereta tersebut, mereka akan membeli sekurang-kurangnya pelan insurans pihak ketiga supaya mereka dapat memperbaharui cukai jalan. 2. Melindungi Pemandu Daripada Sebarang Kemungkinan Di Atas Jalan Raya Insurans kereta sangat penting bagi memberikan pemandu pelindungan daripada sebarang kemungkinan buruk yang mungkin akan berlaku. Contohnya seperti kemalangan, kecurian mahupun kebakaran. Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti di atas, pihak insurans akan memberikan pampasan ke atas kerosakan yang dialami oleh anda atau pihak lain dalam kemalangan tersebut. Tetapi, jenis tuntutan yang akan diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis pelindungan yang diambil oleh pemilik kenderaan tersebut. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendapatkan pelindungan insurans pihak ketiga, syarikat insurans tidak akan menanggung kerugian atas kerosakan yang dialami oleh kereta anda, sebaliknya hanya akan membayar pampasan kepada pihak lain yang anda langgar itu. Kalau anda tidak pasti, jenis pelindungan yang membolehkan anda membuat tuntutan kepada syarikat insurans, anda boleh terus berhubung dengan ejen insurans kereta anda. Jadi, senang cerita, insurans kenderaan ini akan membantu menyelamatkan duit poket anda daripada membayar kos baik pulih kenderaan yang boleh mencecah ribuan ringgit. 3. Jenis Insurans Yang Boleh Dipilih Pemilihan pelan insurans yang tepat sangat penting supaya anda menerima pelindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Di Malaysia, terdapat tiga jenis pelindungan insurans yang boleh anda pilih iaitu polisi pihak ketiga, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta polisi komprehensif. Ketiga-tiga jenis polisi ini memberikan tahap pelindungan yang berbeza-beza. Pelindungan yang paling asas dan murah adalah polisi insurans pihak ketiga. Manakala yang paling mahal serta menawarkan pelindungan yang menyeluruh kepada pemandu dan juga mangsa lain dalam kemalangan tersebut adalah polisi pelindungan komprehensif. Pemilik kereta juga masih boleh menambah beberapa lagi pelindungan yang dirasakan perlu di dalam polisi insurans komprehensif ini, sebagai contoh, pelindungan untuk cermin hadapan kenderaan serta pelindungan dari kecurian aksesori. 4. Boleh Dikenakan Penalti Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda boleh dikenakan sehingga RM1,000 serta tiga tahun penjara sekiranya anda ditangkap memandu tanpa insurans kenderaan. Disebabkan anda tidak dapat memperbaharui cukai jalan tanpa insurans kenderaan, anda akan dikenakan tambahan denda sehingga RM3,000. Banyak bukan? Jadi pilih, nak bayar denda sampai beribu ringgit atau nak perbaharui sahaja insurans?Sekarang anda pasti sudah nampak betapa pentingnya untuk mengambil polisi insurans kereta bukan? Jika anda risau tidak tahu mahu memilih polisi insurans yang tepat, anda boleh layari laman perbandingan insurans Fincrew. Anda boleh membandingkan sebut harga yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans yang anda di Malaysia. Ini memberikan peluang kepada anda untuk memilih pelan insurans yang sesuai dengan bajet masing-masing.
Bagi para pemilik kereta, pasti ramai yang selalu mengeluh sewaktu sampai masa untuk memperbaharui insurans kenderaan masing-masing. Iyalah, harga premium insurans kereta bukanlah murah. Tambah lagi jika anda mengambil polisi yang menawarkan pelindungan yang lebih baik seperti pelindungan insurans komprehensif. Sudahlah anda diwajibkan untuk memperbaharui insurans tersebut setiap tahun bersama dengan cukai jalan. Kadang-kadang bila duit pun tengah kurang, pasti ada juga yang merungut kenapalah, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mengambil polisi insurans kenderaan bukan? Mari kami kongsikan kepada anda apa yang perlu anda tahu tentang insurans kereta, dan kenapa ianya penting untuk para pemandu.
1. Diwajibkan Kerajaan
Anda tentu tahu bahawa, setiap pemilik kereta diwajibkan untuk mendapatkan pelindungan insurans kenderaan setiap kali ingin memperbaharui cukai jalan mereka. Anda tidak boleh memperbaharui cukai jalan sekiranya anda tidak mempunyai pelindungan insurans kenderaan. Jadi, bagi yang mungkin tengah mempunyai masalah kewangan atau pun jarang menggunakan kereta tersebut, mereka akan membeli sekurang-kurangnya pelan insurans pihak ketiga supaya mereka dapat memperbaharui cukai jalan.
2. Melindungi Pemandu Daripada Sebarang Kemungkinan Di Atas Jalan Raya
Insurans kereta sangat penting bagi memberikan pemandu pelindungan daripada sebarang kemungkinan buruk yang mungkin akan berlaku. Contohnya seperti kemalangan, kecurian mahupun kebakaran. Jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini seperti di atas, pihak insurans akan memberikan pampasan ke atas kerosakan yang dialami oleh anda atau pihak lain dalam kemalangan tersebut. Tetapi, jenis tuntutan yang akan diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis pelindungan yang diambil oleh pemilik kenderaan tersebut. Sebagai contoh, jika anda memilih untuk mendapatkan pelindungan insurans pihak ketiga, syarikat insurans tidak akan menanggung kerugian atas kerosakan yang dialami oleh kereta anda, sebaliknya hanya akan membayar pampasan kepada pihak lain yang anda langgar itu. Kalau anda tidak pasti, jenis pelindungan yang membolehkan anda membuat tuntutan kepada syarikat insurans, anda boleh terus berhubung dengan ejen insurans kereta anda. Jadi, senang cerita, insurans kenderaan ini akan membantu menyelamatkan duit poket anda daripada membayar kos baik pulih kenderaan yang boleh mencecah ribuan ringgit.
3. Jenis Insurans Yang Boleh Dipilih
Pemilihan pelan insurans yang tepat sangat penting supaya anda menerima pelindungan yang sesuai dengan keperluan anda. Di Malaysia, terdapat tiga jenis pelindungan insurans yang boleh anda pilih iaitu polisi pihak ketiga, polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian serta polisi komprehensif. Ketiga-tiga jenis polisi ini memberikan tahap pelindungan yang berbeza-beza. Pelindungan yang paling asas dan murah adalah polisi insurans pihak ketiga. Manakala yang paling mahal serta menawarkan pelindungan yang menyeluruh kepada pemandu dan juga mangsa lain dalam kemalangan tersebut adalah polisi pelindungan komprehensif.
Pemilik kereta juga masih boleh menambah beberapa lagi pelindungan yang dirasakan perlu di dalam polisi insurans komprehensif ini, sebagai contoh, pelindungan untuk cermin hadapan kenderaan serta pelindungan dari kecurian aksesori.
4. Boleh Dikenakan Penalti
Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda boleh dikenakan sehingga RM1,000 serta tiga tahun penjara sekiranya anda ditangkap memandu tanpa insurans kenderaan. Disebabkan anda tidak dapat memperbaharui cukai jalan tanpa insurans kenderaan, anda akan dikenakan tambahan denda sehingga RM3,000. Banyak bukan? Jadi pilih, nak bayar denda sampai beribu ringgit atau nak perbaharui sahaja insurans?
Sekarang anda pasti sudah nampak betapa pentingnya untuk mengambil polisi insurans kereta bukan? Jika anda risau tidak tahu mahu memilih polisi insurans yang tepat, anda boleh layari laman perbandingan insurans Fincrew. Anda boleh membandingkan sebut harga yang ditawarkan oleh pelbagai syarikat insurans yang anda di Malaysia. Ini memberikan peluang kepada anda untuk memilih pelan insurans yang sesuai dengan bajet masing-masing.
Anda sedang mengemas laci untuk mencari geran kenderaan kerana ingin memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kenderaan. Tetapi. tiba-tiba terjumpa surat saman. Baru anda teringat yang anda mempunyai tunggakan saman yang perlu dijelaskan. Jadi, bolehkah anda memperbaharui cukai jalan dan juga insurans sekiranya anda mempunyai saman yang tertunggak? Untuk soalan ini, selalunya anda akan menerima pelbagai jenis jawapan. Ada yang kata boleh. Tetapi ada pula yang kata tidak boleh. Mana satu yang betul? Jawapannya, anda perlu menyelesaikan tunggakan saman itu terlebih dahulu sebelum boleh memperbaharui cukai jalan dan juga insurans. Tidak kiralah saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum itu, ada dua jenis saman yang perlu anda tahu iaitu: Saman Senarai Hitam Saman jenis ini akan menghalang anda daripada memperbaharui cukai jalan selagi tidak diselesaikan kerana rekod kesalahan anda telah dimasukkan ke dalam sistem JPJ. Selalunya saman jenis ini akan diberikan terus sewaktu sekatan jalan atau semasa anda ditahan di tepi jalan. Jika anda menerima surat Saman POL.257 atau Saman JPJ (P)22, segeralah langsaikan saman tersebut kerana ini bermakna nama anda bakal disenarai hitam. Contoh kesalahan yang dikenakan saman adalah : - Tak memiliki lesen memandu/lesen memandu telah tamat tempoh - Cukai jalan dan insurans telah tamat tempoh - Tak pakai tali pinggang keledar/topi keledarJika anda ingin memastikan status saman anda, anda boleh melayari laman web rasmi JPJ. Saman Bukan Senarai Hitam Saman jenis ini pula, surat saman akan dihantar terus ke alamat yang tertera dalam IC anda. Contoh saman adalah: - Saman ‘speedtrap’/AES - Saman ekor - Saman kesalahan meletak kenderaanWalaupun nama anda tidak disenarai hitamkan, tetapi jangan bertangguh untuk menyelesaikan saman ini kerana anda boleh disaman lagi RM300 di bawah Seksyen 53 APJ 1987 bagi saman yang sedia ada. Bagaimana Pula Dengan Saman Majlis Perbandaran? Selain JPJ dan juga PDRM, anda boleh disaman oleh kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga majlis perbandaran bagi isu tempat letak kenderaan. Antara contoh kesalahan adalah: - Tak bayar kupon tempat letak kereta - Double park - Tak parkir dalam kotak kuningJika dahulu, anda mungkin boleh mengabaikan sahaja saman daripada majlis tempatan ini. Tetapi bermula tahun 2011, pihak JPJ telah mula bekerjasama dengan majlis perbandaran untuk menguatkuasakan pungutan denda. Tetapi, anda tidak perlu risau, saman daripada pihak majlis perbandaran ini tidak akan terus senarai hitamkan nama anda. Anda masih boleh membuat pembayaran dalam tempoh 45 setelah disaman. Untuk Kereta Terpakai, Pemilik Lama Atau Pemilik Baru Yang Perlu Bertanggungjawab? Anda cuma perlu menunjukkan dokumen pembelian kereta seperti salinan borang pertukaran nama serta geran baru kepada pihak JPJ. Jika di dalam sistem saman tersebut dikeluarkan sebelum ditukar nama, nama tidak perlu membayar saman tersebut. Tetapi, jika anda membeli kereta tersebut secara ansuran dengan kawan dan masih belum ditukar nama, anda perlulah berunding dengan rakan anda itu supaya dia menyelesaikan samannya. Bagi anda yang tidak mempunyai duit untuk membayar saman-saman tersebut, anda boleh menunggu pihak berkuasa mengeluarkan diskaun saman. Bila dah bayar saman, jangan pula lupa untuk cepat-cepat memperbaharui cukai jalan dan juga insurans.Saman yang diterima bukanlah murah, ada yang sampai beratus malahan beribu. Jadi, untuk menjimatkan belanja bagi pembaharuan cukai jalan dan insurans, anda boleh melayari laman web Fincrew.my bagi mencari pelan insurans yang bukan sahaja memberikan pelindungan terbaik tetapi juga dengan sebut harga yang berpatutan. Anda berpeluang membandingkan pelan-pelan insurans dari syarikat-syarikat insurans yang ada di Malaysia pada bila-bila masa sahaja.
Anda sedang mengemas laci untuk mencari geran kenderaan kerana ingin memperbaharui cukai jalan dan juga insurans kenderaan. Tetapi. tiba-tiba terjumpa surat saman. Baru anda teringat yang anda mempunyai tunggakan saman yang perlu dijelaskan. Jadi, bolehkah anda memperbaharui cukai jalan dan juga insurans sekiranya anda mempunyai saman yang tertunggak? Untuk soalan ini, selalunya anda akan menerima pelbagai jenis jawapan. Ada yang kata boleh. Tetapi ada pula yang kata tidak boleh. Mana satu yang betul? Jawapannya, anda perlu menyelesaikan tunggakan saman itu terlebih dahulu sebelum boleh memperbaharui cukai jalan dan juga insurans. Tidak kiralah saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau pun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebelum itu, ada dua jenis saman yang perlu anda tahu iaitu:
Saman Senarai Hitam
Saman jenis ini akan menghalang anda daripada memperbaharui cukai jalan selagi tidak diselesaikan kerana rekod kesalahan anda telah dimasukkan ke dalam sistem JPJ. Selalunya saman jenis ini akan diberikan terus sewaktu sekatan jalan atau semasa anda ditahan di tepi jalan. Jika anda menerima surat Saman POL.257 atau Saman JPJ (P)22, segeralah langsaikan saman tersebut kerana ini bermakna nama anda bakal disenarai hitam. Contoh kesalahan yang dikenakan saman adalah :
Tak memiliki lesen memandu/lesen memandu telah tamat tempoh
Cukai jalan dan insurans telah tamat tempoh
Tak pakai tali pinggang keledar/topi keledar
Jika anda ingin memastikan status saman anda, anda boleh melayari laman web rasmi JPJ.
Saman Bukan Senarai Hitam
Saman jenis ini pula, surat saman akan dihantar terus ke alamat yang tertera dalam IC anda. Contoh saman adalah:
Saman ‘speedtrap’/AES
Saman ekor
Saman kesalahan meletak kenderaan
Walaupun nama anda tidak disenarai hitamkan, tetapi jangan bertangguh untuk menyelesaikan saman ini kerana anda boleh disaman lagi RM300 di bawah Seksyen 53 APJ 1987 bagi saman yang sedia ada.
Bagaimana Pula Dengan Saman Majlis Perbandaran?
Selain JPJ dan juga PDRM, anda boleh disaman oleh kerajaan tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga majlis perbandaran bagi isu tempat letak kenderaan. Antara contoh kesalahan adalah:
Tak bayar kupon tempat letak kereta
Double park
Tak parkir dalam kotak kuning
Jika dahulu, anda mungkin boleh mengabaikan sahaja saman daripada majlis tempatan ini. Tetapi bermula tahun 2011, pihak JPJ telah mula bekerjasama dengan majlis perbandaran untuk menguatkuasakan pungutan denda. Tetapi, anda tidak perlu risau, saman daripada pihak majlis perbandaran ini tidak akan terus senarai hitamkan nama anda. Anda masih boleh membuat pembayaran dalam tempoh 45 setelah disaman.
Untuk Kereta Terpakai, Pemilik Lama Atau Pemilik Baru Yang Perlu Bertanggungjawab?
Anda cuma perlu menunjukkan dokumen pembelian kereta seperti salinan borang pertukaran nama serta geran baru kepada pihak JPJ. Jika di dalam sistem saman tersebut dikeluarkan sebelum ditukar nama, nama tidak perlu membayar saman tersebut. Tetapi, jika anda membeli kereta tersebut secara ansuran dengan kawan dan masih belum ditukar nama, anda perlulah berunding dengan rakan anda itu supaya dia menyelesaikan samannya. Bagi anda yang tidak mempunyai duit untuk membayar saman-saman tersebut, anda boleh menunggu pihak berkuasa mengeluarkan diskaun saman. Bila dah bayar saman, jangan pula lupa untuk cepat-cepat memperbaharui cukai jalan dan juga insurans.
Saman yang diterima bukanlah murah, ada yang sampai beratus malahan beribu. Jadi, untuk menjimatkan belanja bagi pembaharuan cukai jalan dan insurans, anda boleh melayari laman web Fincrew.my bagi mencari pelan insurans yang bukan sahaja memberikan pelindungan terbaik tetapi juga dengan sebut harga yang berpatutan. Anda berpeluang membandingkan pelan-pelan insurans dari syarikat-syarikat insurans yang ada di Malaysia pada bila-bila masa sahaja.