Terima Kasih
Pada yang menolak ku pergi
Pada yang tak mampu menerima kekurangan ku
Pada yang tidak sedar keprihatinan ku
Pada yang mensiakan kegirangan ku
Pada yang lebih mengejar yang lebih baik
Pada yang memilih tapi bukan diriku
Kamu
Tidak pernah salah
Dan ini bukan salahmu
Jelas sekali, bukan salahmu
Tetapi salah ku
Terima Kasih
Kerana tidak memberi ku harapan palsu
Kerana menasihati ku agar lebih matang
Kerana menghormati diri ku
Kerana memberi peluang mengenali mu
Kerana melayan ku dengan baik
Dan
Kerana melepaskan ku pergi
Dan tidak datang kembali .
Terima Kasih!!
6.41pm | 8.7.2021











