New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/11/03/mamat-khalid-dibenarkan-keluar-hospital/
Mamat Khalid dibenarkan keluar hospital
KUALA LUMPUR, 3 November:
Pengarah terkemuka, Mamat Khalid telah dibenarkan pulang selepas empat hari dirawat sejak Jumaat lalu di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.
Memetik laporan Kosmo!, beliau dibenarkan pulang hari ini selepas selepas menjalani pembedahan kecil membuka kembali saluran darah yang tersumbat di jantungnya dua hari lalu.
Menurutnya, beliau kini sudah stabil dan berasa seperti kembali berusia seperti 17 tahun.
“Semuanya okey. Selepas pemeriksaan pada pagi tadi, doktor sudah mengesahkan yang situasi saya semakin baik.
“Tekanan darah juga tiada masalah dan agak mengejutkan saya didapati tidak menghidap penyakit kencing manis,” jelas Mamat yang terus pulang ke rumahnya di Ipoh, Perak sebaik sahaja mendaftar keluar dari hospital sekitar pukul 3.30 petang,” katanya.
Pengarah filem Amir dan Lokman Pergi Ke Laut itu bagaimanapun dinasihatkan doktor untuk berehat selama dua minggu dan perlu mendapatkan rawatan susulan pada bulan hadapan.









