👍👍TEMPAT MAKAN PAGI PILIHAN DI KOTA BHARU👍👍 . Memang banyak tempat sarapan di Kota Bharu & saya pasti setiap orang ada kegemaran yang tersendiri, untuk edisi kali ini saya ingin kongsikan menu kegemaran saya di Kopitiam Sri Cemerlang (boleh Waze untuk lokasi). . Konsep makanan di sini adalah mengumpulkan nasi bungkus terbaik dari serata Kota Bharu di bawah satu bumbung tetapi yang menjadi kegemaran saya jika ke sini adalah Gerai Aneka Mi Kak Pah yang terletak di dalam Kopitiam Sri Cemerlang (KSC) ini. Walaupun terdapat banyak menu mi Kak Pah tapi yang selalu menjadi pilihan hati adalah Mi Kolo & Mi Putih. . Mi Kolo adalah mi halus yang berkuah kicap dan ada lauk pauk seperti fish cake yg dihiris halus dan semangkuk sup. . Mi Putih pula adalah sup yang ada 'seaweed' dan sayuran. Saya kurang pasti mi putih ni daripada spesis apa. . KSC beroperasi setiap hari seawal jam 7.00 pagi hingga 1.00 ptg atau hingga habis. . Mesti ada netizen yang akan bertanya halal ke makanan kat situ. Malas betul nak jawab sebab tu saya biasanya akan blok sahaja. Untuk unblock penalti RM100.00 akan dikenakan. Tak percaya cubalah‼️ . Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut, Kak Pah boleh dihubungi di talian +6.0111.653.9729. . #DKRecommends #DKFoodDiary #KelantanTourism #KelantanGastronomyTourism #KelantanDirectory (at Sri Cemerlang Baru Lodge) https://www.instagram.com/p/B0UdJV4Hyem/?igshid=d7cksclty163









