#DKRecommends #DKFoodDiary #ThisIsRantauPanjang . Cendol Abe Lie mungkin antara gerai cendol yang paling aktif di media sosial mempromosikan perniagaannya setiap hari sehingga menarik saya mencubanya sendiri hari ini. . Lokasinya adalah di Bazar Aminah, Rantau Panjang bagi anda yang kurang pasti, anda boleh menggunakan aplikasi Waze dengan telefon pintar anda dan cari sahaja Cendol Abe Lie, saya sendiri mencari gerai ini menggunakan Waze dengan mudah dan saya cadangkan anda pun tak perlu pening-pening gunakan sahaja Waze. Gerai ini dibuka 7 hari seminggu dari jam 10.30 pagi hingga 5.30 petang. . Apa menu istimewa di sini? Semestinya pelbagai jenis ais parut terutamanya ais cendol dan ais batu campur (ABC). Cendol di sini memang tak sama dengan tempat lain mungkin kerana resipi di sini mencampurkan cendol dengan kelapa. Paling saya suka adalah kerana cendol di sini tak manis, rasanya cukup-cukup rasa sahaja sesuai untuk semua yang menjaga makan. . Dengan 9 pilihan ais parut, mungkin agak sukar untuk anda membuat pilihan tetapi 3 menu yang wajib dipesan adalah cendol, ABC dan air kelapa (lain daripada yang lain mungkin jenis kelapa yang wangi kot) . Selain itu juga saya juga ingin mencadangkan gerai makan sebelahnya yang menyediakan ‘sup keting’ yang empuk dan sedap. . Jangan lupa singgah warung Cendol Abe Lie jika anda ke Rantau Panjang. . Lupa nak bagitau pulut panggang di sini pun sedap. Wajib cuba RM1.00 untuk 4 batang. . Jika anda berada jauh diperantauan, boleh menjamu mata terlebih dahulu, klik sahaja @Cendol_Abe_Li. (at Rantau Panjang)









