Fiona teringat dalam cerita Jewel In The Palace, air rebusan kacang hijau ni digunakan untuk membuang racun dari badan heroin drama, Jang Geum. Kenapa bila makan perut kita kembung? Okay, tahu tak, kekacang ni ada sejenis gula nama oligosaccharide, yang tak boleh dihadam oleh usus kecil. Tapi di usus besar, bakteria yang menguraikan gula nilah yang menyebabkan proses penapaian terjadi. Sebab tu perut jadi kembung. Gas membiak dengan riangnya, yayyy! Dan kau akan kentut tanpa berhenti, termasuk mual macam ibu mengandung. Sebab tu, kalau perut tak tahan, jangan makan sayuran jenis kacang-kacang, atau kekacang tu sendiri. Ada tak cara nak hilangkan kembung lepas makan kacang hijau? Ada. 1. Rendam dulu semalaman untuk hilangkan gula tadi. Jangan pulak kau rendam sampai 3 hari, kecuali nak buat bedak sejuk ok. 2. Minum teh peppermint selepas makan kacang. Teh ni ada je di mana-mana supermarket. 3. Bersenam supaya penghadaman jadi lancar dan gas dalam perut dapat dikurangkan. Percayalah, bersenam buatkan kau kentut dan sendawa dengan riangnya seperti kanak-kanak ribena. 4. Kunyah lebih lama hingga cair makanan dalam mulut. Ingat, perut kita bukan tong sampah. So, feed it gently. 5. Kurangkan minuman berkafein dan manis. #knowledgeoftheday #duniaherbafiona #masturarashid #natural https://www.instagram.com/p/BsbrF6tBATD/?utm_source=ig_tumblr_share&igshid=l70xduungd60