Pagi ni kak Jida nak share sikit dari buku yang kak Jida baru baca; "Motivasi daripada Hadith Nabi" tentang pentingnya niat yang baik. . . Walaupun ramai kita dah tahu tentang ni, tapi sebagai peringatan semula, ada baiknya kita selami & hayati kembali kenapa memiliki niat yang baik tu sangat penting. . . Kita semua tahu kan bahawa dalam Islam, kalau kita berniat nak buat jahat, kita tak berdosa selagi kita belum betul-betul buat perkara jahat yang kita niatkan tu. Dan berbeza pula dengan niat yang baik. Kenapa? Sebab, kalau kita ada niat yang baik, ada niat nak buat kebaikan itu ini, itu dah cukup untuk buat kita dapat pahala. MashaAllah betapa pemurahnya Allah! Dan kalau kita buat betul-betul apa yang kita niatkan tadi tu, kita akan dapat lagi pahala, malah boleh jadi ia diberi ganjaran pahala berganda, antara 10 sehingga 700 kali ganda pahala niat tersebut. 😍😭 . . Jadi apa sebenarnya yang Tuhan nak kita faham dari ganjaran niat yang baik ni? Kenapa setakat niat nak buat baik pun dah boleh dapat pahala? Lagi mudah rupanya nak buat pahala dari buat dosa. Boleh jadi Allah mahu kita semua sentiasa perbanyakkan niat kebaikan di dalam hati. Samada kita buat atau tidak amalan yang kita dah niatkan tu, itu cerita lain. Yang penting kita kena sentiasa didik hati kita untuk terisi dengan perkara serta niat yang baik sahaja. . . Niat yang baik, fikiran yang positif, akan pastinya sentiasa beri kita hidup yang lebih baik, lebih bahagia serta hati yang lebih tenang. Setiap apa yang Allah & Nabi sollallahu alaihi wasallam anjurkan kita untuk buat, tak lain dan tak bukan adalah untuk kebaikan kita juga. . . Jadi mulai saat ini, apakata kita penuhkan je hati kita dengan sentiasa berniat untuk buat kebaikan. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita untuk dapatkan lebih pahala. InshaAllah bila hati terisi dengan yang baik-baik, Allah pun akan beri yang baik-baik untuk kita. ☺️🌷 . . #kakJidaBebel #goodMorning #selamatPagi #elsajidaBookSharing #elsajidaHadithSharing #instantShawKhaylaELsajida #khaylaBlueberryHill