Mendung
Langit mendung
Mungkin mahu hujan
Tapi kelihatan tidak juga
Cuma sekadar mendung
Atau mungkin malam hujannya.
Ataupun tidak juga
Langit mendung
Mungkin rindukan hujan
Tetapi hujan tak sudi untuk turun
Tidak mengapa wahai langit
Ada hati dibumi ini yang memahami mu
Mungkin esok hujan datang
Sabar ya.
Aku ada. Merenung mu dari sini. Dari bawah
Dibumi ini.
Aku ada. Walaupun kita jauh. Pandangan mata ku padamu dekat, wahai langit.
Langit mendung
Kamu yang bewarna kelabu, kusam dan juga kelam.
Jangan risau, ada yang menghargaimu.
Menatap indah redupmu di petang hari begini.
Siapa?
Aku
Langit mendung
Ketika warna mu biru, ramai yang ingin menatapmu
Ketika warna mu ungu, ramai yang ingin merakammu
Ketika warna mu jingga, ramai yang ingin menunggu mu
Namun kenapa, warna mu kelabu, tiada yang menanti mu.
Mungkin itu adat dunia.
Yang indah sahaja akan dipandang dan diberi perhatian.
Tidak mengapa langit, pasti ada. Ya pasti, pasti ada yang akan tetap menghargaimu
Kalau bukan saat ini
Mungkin esok
Mungkin nanti
Yang pasti, ada.
Terus yakin ya
Cuma masih menunggu waktu.
Langit mendung
Sudahlah
Itu sahaja
Tulisan kosongku
Ku hentikan dulu
Ku ingin sambung menemani mu
Me,langitmendung,611pm,7.11.19.
00005










