@adiwiraku [SPOILER ALERT] Terbitan: 2016 MasukPanggung: Mac'17 Pengarah: #ericong Bajet: RM600K (peruntukan peribadi pengarah) Penerbit: SOL Pictures "Filem wajib tonton buat semua guru, pelajar sekolah / universiti, ibu ayah & seisi keluarga" Personal rate: 4.5 / 5 ⭐️ Kalau tanya mana lagi 0.5, sbb buat abam menangis tgk citer ni...Surga yg Tak Dirindukan menyayat hati based on rekayasa penulis, Adiwiraku far out better sebab dikisahkn dari realiti kehidupan majoriti kita pandang sblh mata. Genre: Drama, Adaptasi Kisah Benar, Pendidikan "Sakit itu sementara, kegemilangan itu selamanya" [Pasukan Choral Speaking SMK Pantai Tunggal] "Mengajar itu bkn sekadar kerja, tapi kehidupan" [Cikgu Cheryl Fernando] "Pelajar2 dari keluarga yg baik, dtg ke sekolah utk menuntut ilmu manakala pelajar2 dari keluarga yg susah, dtg ke sekolah utk dikasihi cikgu" [Cikgu Cheryl] Nota peribadi: Jujur, antara filem Malaysia yg layak berada dlm liganya tsendiri sbg model ikutan, tak tau nak habaq lagu mana kalau filem seumpama ini tak diberi anugerah. Filem sarat mesej cabaran realiti kehidupan pelajar sekolah menengah luar bandar & kisah keluarga mereka yg serba susah. Kesemua watak ditonjolkan dgn baik dimana semuanya bfokus kpd watak utama iaitu Cikgu Cheryl Fernando (beretnik India) dibantu Cikgu Constant (Cina) (keduanya guru Bahasa Inggeris yg berusaha semaksimum mungkin bantu pelajar SMK Pantai Tunggal yg bkeyakinan diri, bsemangat waja & kuat hadapi ujian persis Kumpulan Adiwira). Hampir kesemua wtk dilakonkan individu sbnr dgn baik. Semuanya semulajadi & bkn 'superficial'. Mesej didik masyarakat agar lbh prihatin kpd pmasalahan realiti & utk ubah mentaliti mbeza2kan sekolah bandar & 'sekolah kampung' harus dipuji. Skrip 'choral speaking' btemakan kelestarian sosial & alam sekitar was just nice. Kita tak perlukan Batman, Spiderman utk buat perubahan tapi kitalah ejen perubahan. Peranan guru bkn sekadar dlm ruang bilik darjah tp guru sejati akan korbankn masa, wang, tenaga demi anak didiknya. Skrip mdidik, lagu & kesan bunyi 'just nice', sinematografi fit within its plot & title. A job well-done. Pantai Tunggai sgt cantik Watak feberet: Iqbal, Kemboja, Alia, Khairi (at Kuala Lumpur, Malaysia)
















