Fara Mendoza dedah perbualan Fizz Fairuz godanya melalui WeChat Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara...
Fara Mendoza dedah perbualan Fizz Fairuz godanya melalui WeChat
seen from United States
seen from Japan

seen from United States

seen from Germany
seen from United States
seen from Malaysia

seen from Canada

seen from Malaysia

seen from Germany
seen from China
seen from Spain

seen from Mexico
seen from Mexico

seen from Mexico
seen from Mexico
seen from Mexico
seen from Mexico
seen from Mexico
seen from Mexico
seen from Mexico
Fara Mendoza dedah perbualan Fizz Fairuz godanya melalui WeChat Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara...
Fara Mendoza dedah perbualan Fizz Fairuz godanya melalui WeChat
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/buzz/2015/02/17/fizz-potong-sendiri-tali-pusat-anak/
Fizz potong sendiri tali pusat anak
KUALA LUMPUR, 17 Februari:
Pasangan pelakon Fizz Fairuz dan Almy Nadia selamat dikurnia seorang bayi perempuan seberat 3.25kg, petang semalam.
Almy yang bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Setapak selamat melahirkan bayi berkenaan pada jam 6.49 petang secara normal.
Katanya, dia dimasukkan ke hospital sejak Sabtu lalu walaupun tarikh jangkaan bersalin adalah hampir dua minggu lagi.
“Kalau diikutkan saya dijangka bersalin pada 27 Februari ini. Kebetulan pula Fizz tidak terbabit dengan penggambaran, dapatlah dia menemani saya sepanjang di hospital.
“Dengan panduan doktor, Fizz memotong sendiri tali pusat bayi. Alhamdulillah bayi kami sihat dan mungkin petang ini kami dibenarkan pulang,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Katanya, selama tempoh berpantang beliau akan dijaga oleh ibunya selama 44 hari.
“Emak sudah berada dengan kami untuk jaga saya. Kalau ikutkan caranya, saya memang kena berpantang bersungguh-sungguh selama 44 hari. Emak juga tak benarkan kami berkongsi wajah anak kepada umum selagi belum tamat tempoh berpantang,” katanya.
Pasangan berkenaan bernikah pada 26 April tahun lalu.
Tanda Putera (2013)
Poster Tanda Putera (2013) baru terbit di http://posterfilem.com/tanda-putera-2013/
Bisikan Syaitan (2013)
Poster Bisikan Syaitan (2013) baru terbit di http://posterfilem.com/bisikan-syaitan-2013/
New Post has been published on
New Post has been published on http://www.hiburandansukan.iklan1malaysia.com/fizz-fairuz-pasang-bodyguard-atas-faktor-keselamatan/
Fizz Fairuz pasang Bodyguard Atas Faktor Keselamatan
Fizz fairuz mahu perbaiki semula hubungannya dengan Almy.
KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz terpaksa mengupah kira-kira empat orang pengawal peribadi sebagai langkah-langkah keselamatan ketika menghadiri acara-acara hiburan.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, memiliki pengawal peribadi membuatkan pergerakannya lebih mudah terutamanya apabila dikerumuni peminat ketika dia ingin mengejar masa untuk ke lokasi lain.
“Saya rasa lebih teratur pergerakan diri ini apabila mempunyai pengawal peribadi terutamanya ketika berada di majlis-majlis hiburan.
“Bagaimanapun saya tidak membawa mereka selalu, cuma ikut tempat yang bersesuaian sahaja.
“Tetapi, apabila di luar waktu kerja-kerja seni, mereka ini menjadi teman lepak pula,” katanya.
Almy Nadia
Tambah Fizz, dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang mempertikaikan sebab-sebab dia mengupah pengawal peribadi.
Sementara itu, selepas kontroversi pertunangannya dengan isteri orang pada 10 Februari lalu, Fizz juga mengakui dia dan aktres Almy Nadia kembali menjalinkan hubungan sebagai teman rapat semula.
Bagaimanapun dia enggan terburu-buru untuk lebih serius dalam perhubungannya bersama Almy, kerana ingin menjaga hati wanita itu yang pernah terluka gara-gara perbuatannya.
“Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu.
“Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya,” tutur pelakon filem Nur Kasih The Movie itu.
Dalam pada itu, beritahu Fizz, kesilapannya menduakan Almy, bertunang dengan wanita bernama Azlyn Maissiela Mohd Nazar dalam satu majlis rahsia di Kuantan, Pahang sebelum ini benar-benar memberi pengajaran kepadanya selain lebih menghargai erti perhubungan cinta yang pernah dilalui bersama Almy sepanjang tujuh tahun bersama.
* Sumber mStar Online
Pecah (2013)
Poster Pecah (2013) baru terbit di http://posterfilem.com/pecah-2013/
Gila-Gila Remaja 2 (2013)
Poster Gila-Gila Remaja 2 (2013) baru terbit di http://posterfilem.com/gila-gila-remaja-2-2013/
29 Februari (2012)
Poster 29 Februari (2012) baru terbit di http://posterfilem.com/29-februari-2012/