Sejarah.
SOALAN OBJEKTIF
1.
*Berperanan sebagai tempat berdagang
*Berperanan sebagai pelabuhan pembekal
*Contoh Kedah Tua dan Srivijaya
Maklumat di atas merujuk kepada
A. pelabuhan eksport
B. pelabuhan entreport
C. pelabuhan kerajaan
D. pelabuhan pembekal
2. Unsur mitos merupakan elemen penting dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Apakah kepentingan unsur tersebut?
A. Memperkukuh kedudukan pemerintah
B. Mendaulatkan sistem perundangan
C. Mengiktiraf golongan pendeta
D. Mengekalkan warisan tradisi
3.
• Naagarakertagama
•Hikayat PendawaLima
Senarai di atas merujuk kepada hasil kesusasteraan di Asia Tenggara. Apakah yang dapat disimpulkan berkaitan dengan hasil kesusasteraan tersebut?
A. Dipengaruhi unsur India
B. Ditulis golongan pendeta
C. Diminati para bangsawan
D. Dijadikan dasar perundangan
4. Monumen di negara kita yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak di bawah Akta Benda Purba 1976. Siapakah pegawai yang dipertanggungjawabkan terhadap benda-benda purba tersebut?
A. Pengarah Arkib Negara
B. Ketua Pengarah Muzium Negara
C. Pengarah Jabatan Arkeologi Malaysia
D. Ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
5.
KONSEP DERHAKA
Konsep derhaka digunakan untuk menjelaskan hubungan antara raja dengan rakyat. Apakah
implikasinya?
A. Rakyat mesti taat setia dan tidak boleh menentang Raja
B. Raja amat digeruni dan tidak boleh berdamping dengan rakyat
C. Perintah raja adalah titah yang tidak boleh diingkari dan dibantah
D. Hubungan antara rakyat dengan raja umpama seorang anak dengan bapa
6. Jadual di bawah berkaitan dengan sejarah awal perkembangan Islam di Makkah.
Tarikh: 6 Ogos 610 Masihi bersamaan 17 Ramadhan
Tempat: Gua Hirak
Peristiwa: Allah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW
Apakah kesan peristiwa tersebut?
A. Zaman Jahiliah berakhir
B. Pelbagai kaum bersatu
C. Negara bangsa diasaskan
D. Sistem khalifah dilaksanakan
7.Pada 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadan, Nabi Muhammad SAW telah menerima wahyu pertama.
Apakah implikasi peristiwa di atas?
I Kalendar Islam mula digunakan
II Menjadi asas pembentukan tamadun umat Islam
III Menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dan Zaman Islam
IV Dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah (Bab 4 m.s. 107)
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
8. Nabi Muhammad s.a.w. diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya. Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?
A. Penyebaran Islam di Makkah
B. Perbalahan antara kaum dielakkan
C. Perkembangan perdagangan di Makkah
D. Perlantikan pemimpin dari kalangan orang Islam
9. Abu Lahab, bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang paling kuat menentang ajaran Islam yang disampaikan oleh baginda. Siapakah yang memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Abu Lahab?
A. Arwa binti Harb
B. Zaid bin Harithah
C. Abu Bakar al-Siddiq
D. Khadijah binti Khuwailid
10.
Pemimpin 1: Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita sebagai pemimpin.
Pemimpin 2: Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita.
Dialog di atas mungkin berlaku antara pemimpin
Quraisy di Makkah. Apakah kesannya terhadap Nabi
Muhammad s.a.w.?
A. Penyebaran Islam tersekat
B. Perjanjian damai dimeterai
C. Penghijrahan baginda ke Habsyah
D. Pemulauan terhadap keluarga baginda













