AMEEN SUMAMEEN ❤️
Don't forget to read SURAH KAHAF.. It's SUNNAH 😊

seen from Australia

seen from Australia
seen from China

seen from Russia
seen from United States
seen from China
seen from United States

seen from United States

seen from Russia

seen from United States
seen from Australia

seen from Malaysia

seen from Türkiye
seen from China

seen from Netherlands

seen from Australia
seen from United States

seen from China
seen from Poland

seen from Spain
AMEEN SUMAMEEN ❤️
Don't forget to read SURAH KAHAF.. It's SUNNAH 😊
Assalamualaikum sahabah; sila kongsi-
KHUTBAH JUMAAT HARI INI 23 FEB 2018 / 7 JAMADILAKHIR 1439H
GARIS PANDUAN ISLAM DALAM MENDIDIK ANAK
Di antara nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada kita adalah nikmat hidup berumah tangga dan kemudiannya dikurniakan dengan anak-anak kesayangan. Anak-anak adalah nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang cukup besar bagi pasangan yang bergelar suami dan isteri. Setiap nikmat yang dianugerahkan kepada kita, pasti terdapat ujian disampingnya. Begitulah juga dengan nikmat kurniaan anak.
Terdapat sebuah kisah di dalam al-Quran. Kisah yang kita sering baca dan dengar. Ia berkaitan Nabi Musa a.s. dan seorang hamba Allah, yang menurut ulama tafsir adalah Nabi Khidir a.s.. Melalui kisah tersebut Allah s.w.t. memberi pengajaran penting kepada setiap mereka yang bergelar ibu dan ayah, sebagai usaha mereka bagi kesejahteraan anak-anak. Semoga dimudahkan semua urusan kita Sekeluarga.
English ***
ISLAMIC GUIDANCE IN RAISING CHILDREN
Among the bestowal of Allah s.w.t. to us is the pleasure of having a family and to be later granted with beautiful children. Children are one of Allah’s biggest gifts to every husband and wife. Nevertheless, every bestowal that we receive, will certainly be accompanied with tests and challenges; and so will be the gift of having children.
The khutbah will shed light on an episode from the Quran that we often recite and hear. It is about Prophet Musa a.s. and a servant of Allah, of whom the religious scholars identified as the Prophet Khidhir a.s. Through this episode, Allah s.w.t. offers guidance to all parents, particularly, in their pursuit of providing and achieving well-being for their children.”
Pls share thanks
Assalamuailakum sahabah; sila kongsi-
KHUTBAH JUMAAT HARI INI 7 ZULKAEDAH 1439H
20 JULY 2018M
PERHATIKAN ADAB
DALAM BERTANYA
Bertanya soal merupakan antara kunci ilmu pengetahuan. Dengan bertanya, ia merupakan jalan terpenting dalam mengetahui dan memahami sesuatu perkara. Kepentingan bertanya telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan hadith Baginda s.a.w.
Dalam keghairahan kita mengajukan pertanyaan, di situ terdapat adab-adab yang perlu kita perhatikan dalam bertanya soal. Seperti contoh, hendaklah kita mengajukan pertanyaan kepada yang ahlinya. Ketahuilah dengan bertanya kepada ahlinya kita sebenarnya sedang menjalankan perintah Allah.
Setentunya bagi mereka yang menerima soalan, perlu juga memerhatikan adab yang tertentu. Seperti contoh, kepentingan mengetahui latar belakang orang yang bertanya. Jawapan bagi sesuatu soalan mungkin jelas bagi anda, tetapi tanpa mengambil kira latar belakang individu tersebut, jawapan yang anda berikan mungkin tidak membawa kemanfaatan bagi dirinya. Semoga dimudahkan semua urusan kita Sekeluarga.
***English
THE ETIQUETTES OF ENQUIRING
To ask and question are among the keys to attain knowledge. By asking questions we would better understand and comprehend a particular matter. Its importance has been highlighted in the Quran and various Prophetic narrations.
In our haste to enquire and ask questions, let us first familiarize ourselves with the right etiquettes that we ought to follow. For example, to enquire from those who are knowledgeable in the matter. Be known that by enquiring directly from a knowledgeable person in a particular matter, we would have performed an act of worship.
It is without doubt that one who answers questions, will also be required to adhere to similar etiquettes. Among which we need to know, is the background of the enquirer. An answer may seem apparent to us but should we fail to consider the enquirer’s situation, it may be deemed oblivious or even useless in the eyes of the enquirer.”
Pls share thanks
Assalamualaikum Sahabah; sila kongsi-
KHUTBAH JUMAAT HARI INI 16 RAMADHAN 1439H / 1 JUN 2018
PANDUAN AL-QURAN BAGI KEHIDUPAN MUKMIN
Tujuan di sebalik berita-berita gembira dan amaran-amaran di dalam Al-Quran, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memupuk ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Secara lumrahnya manusia akan terdorong untuk melaksanakan sesuatu jika dijanjikan dengan ganjaran yang besar dan baik. Manakala jika kita menghayati ancaman yang terkandung, pastinya ia membuat diri ini merasa gerun untuk melakukannya.
Ketahuilah saudaraku, untuk memahami isikandung ayat-ayat suci Al-Quran adalah satu tuntutan agama. Maka pastikan kita meraih pemahaman yang tepat serta benar akan maksud ayat-ayat tersebut. Sebahagian maklumat yang berkaitan dengan agama ini, agak mudah untuk kita fahami, seperti fadilat amalan-amalan yang tertentu. Akan tetapi terdapat pula sebahagian teks agama, yang tidak cukup hanya dibaca terjemahannya sahaja untuk meraih kefahaman yang tepat berkaitannya. Ia memerlukan kepada penjelasan lanjut, bahkan seseorang memerlukan kepada panduan, untuk memahami latarbelakang, konteks serta hikmah yang terkandung. Semoga diberkati kehidupan dengan Al Quran.
English ***
QURANIC GUIDELINES FOR THE LIFE OF A BELIEVER
The purpose behind the promise of reward and punishment in the Quran is to imbed taqwa in Allah s.w.t. As humans, we feel motivated to perform when promised with a bountiful reward. Similarly, if we heed the warnings mentioned in the Quran, we will be fearful of committing sinful acts.
It is a religious obligation for Muslims to understand the verses of the Quran. As such, it is imperative that we obtain the correct understanding of its verses. Some verses may be relatively easy to comprehend, for example the benefits of certain deeds and actions. However, there are religious texts whereby simply reading its translation without proper knowledge and understanding is insufficient. Such texts require guidance in order to explain and further comprehend the background, context, and wisdom behind each text.”
Pls share thanks
Assalamualaikum semua
KHUTBAH JUMAAT HARI INI 26 Rejab 1439H / 13 APRIL 2018.
MENGHAYATI PERISTIWA ISRA' MIKRAJ
Kaum Muslimin akan mengingati peristiwa bersejarah Isra’ Mikraj pada tanggal 27 Rejab. Yang lebih istimewa lagi pada peristiwa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dijemput oleh Allah sebagai tetamu terhormat, yang dikenali dengan peristiwa ‘Isra’ Mikraj’.
Jemputan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. menerusi Isra’ Mikraj, di antaranya bertujuan untuk menggembirakan hati Baginda, sekian lama berdakwah, Nabi tetap tabah menghadapi sebarang tentangan dan hambatan yang bertubi-tubi. Meneguhkan lagi keimanan, beristikamah dan hasil pengorbanan Baginda pada penghujungnya akan memperolehi kemenangan di dunia dan akhirat.
Apabila kita mengenang semula peristiwa Isra’ Mikraj, ianya tidak akan sesekali lopong daripada iktibar-iktibar yang boleh dijadikan sebagai tauladan. Semoga dimudahkan semua urusan kita Sekeluarga.
English ***
REFLECTING UPON THE EVENT OF ISRA ’ MIKRA
The month of Rejab is one of the holiest months in Islam which demands our respect, we are thus highly encouraged to increase practicing good deeds towards ourselves and others. It is during this blessed month; will Muslims recall the historical event known as Isra’ Mikraj which falls on the 27th of Rejab.
Among the reasons of Isra Mikraj, was to bring joy to Rasulullah s.a.w. and commend him for his efforts, perseverance and patience in doing dakwah to his people. His steadfastness and sacrifices would give rise to success in this world and the hereafter.
When we ponder upon the story of Isra’ Mikraj, there is always something about it that we can learn and benefit from.”
Pls share thanks
Assalamualaikum Sahabah; sila kongsi-
KHUTBAH JUMAAT HARI INI 19 REJAB 1439H / 6 APRIL 2018
MEMERHATIKAN HUBUNGAN KITA BERSAMA AL-QURAN
Saudara, pernahkah terlintas di fikiran kita, kali terakhir kita meluangkan masa untuk Al-Quran? Sebagai seorang Mukmin, kita telah diwajibkan untuk beriman dengan kitab suci Al-Quran. Ia merupakan wahyu ilahi yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk dijadikan petunjuk, pedoman dan pelajaran yang membentuk asas keimanan seorang Mukmin.
Dalam memerhatikan hubungan kita bersama Al-Quran, adalah penting untuk kita memahami bahawa tujuan Al-Quran diturunkan itu sebenarnya menjangkaui lebih daripada bacaan dan lantunan merdu yang dikumandangkan. Bahkan bacaan dan lantunan Al-Quran harus disertakan dengan pemahaman dan penghayatan agar ia mengungkap pesanan-pesanan yang tersirat. Semoga dimudahkan semua urusanrusan kita Sekeluarga.
English ***
PRESERVING OUR RELATIONSHIP WITH THE QURAN
Let us recall the last instance we spared a moment for the Quran, how often do we read its noble verses and chapters? As a Mukmin (believer), it is obligatory upon us to believe in the Quran. The Quran is a divine revelation sent from Allah s.w.t to the Prophet Muhammad s.a.w. to serve as a guide that shapes the foundation of a believer’s faith (iman).
It is thus crucial that we recognise the objective of the Quran, which extends beyond its melodious recitation to incorporate a deep sense of understanding on the advice and lessons contained within.”
Pls share thanks
Assalamualaikum Sahabah; sila kongsi-
KHUTBAH JUMAAT HARI INI 12 REJAB 1439H / 30 MARCH 2018
PENGAJARAN DARIPADA SURAH AL HUJURAT, KETULUSAN IMAN
Iman adalah sesuatu yang paling berharga bagi seorang Muslim. Iman menjadikan hidup kita terpandu dan terarah, kerana dengan iman kita menyedari asal usul kewujudan kita dan matlamat terakhir kehidupan yang hendak kita tuju. Iman menyediakan kita laluan hidup yang jelas dan lurus, sehingga kita tidak lemas dalam kegelapan tercari-cari arah tujuan yang tidak pasti.
Iman tidak hanya terikat pada ungkapan lisan dan tuturan kata semata-mata. Iman juga bukanlah sesuatu yang diukur daripada zahir penampilan dan sebagainya. Akan tetapi iman itu menuntut kita untuk menyemai kepercayaan yang utuh kepada Allah s.w.t. di dalam hati, pada waktu yang sama menterjemahkan keimanan melalui amalan dan perbuatan. Semoga dimudahkan semua urusan kita sekeluarga.
English ***
LESSONS FROM SURAH AL-HUJURAT, SINCERITY OF FAITH.
Faith is extremely valuable to a Muslim. Faith ensures that our lives are guided in a meaningful direction. Through iman, we are made conscious on the nature of our origins and the ultimate goal that we are striving towards. Iman paves us a straight and clear path in life, ensuring that we do not drown in darkness whilst struggling to find purpose.
Faith or iman, is not merely a verbal expression nor is it measured from one’s outward appearance. However, iman requires our hearts to have an unwavering and steadfast belief in Allah s.w.t. Such conviction should then be reflected in our deeds and actions.” Pls share thanks