Hangat betul Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekarang dengan isu berkaitan Dong Zong ya. Nampaklah yang ramai rupa-rupanya yang masih sayang dan menaruh hati terhadap GAMIS. Sungguhpun begitu, saya dengan tetap tenang dan kekal selamba terus sahaja mahu menyebarkan ‘propaganda’ GAMIS; kali ini menerusi pertentangan mata bersama penyumbang Kata Pengantar bagi adikarya “30 Tahun GAMIS” yang berjudul “Kampus, Kemahasiswaan, dan Keperihalan Sosial” di Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Alam Melayu (ISTAC) tengah hari tadi saat alam sedang dilitupi semarak gerhana. Alhamdulillah, saya mewakili barisan kepemimpinan GAMIS ingin mengucapkan “jazakumullah al-khayr” buat Profesor Dato' Paduka Mohamad Abu Bakar, Penyandang Kursi Sultan Mizan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merangkap pengarang magnum opus “Mahasiswa Menggugat” (1973) atas kesudian menintakan secebis kata yang sungguh berharga bagi menyempurnakan penulisan naskhah “30 Tahun GAMIS” ini. Bukan sekadar itu. Malahan, Prof. Mohamad berbesar hati pula menerima hadiah karya yang tidak seberapa ini daripada kami buat simpanan dan koleksi kutubkhanah Prof.. Subhanallah! Kami kira, hal ini merupakan suatu penghargaan yang amat besar lagi bermakna buat kami para mantan dan pimpinan GAMIS dalam memastikan pembawaan idealisme mahasiswa Muslim ini berjaya menusup jauh ke tengah-tengah lubuk masyarakat. Semoga Allah senantiasa merahmati segala kerja buat ini demi Islam yang menjadi nadi kehidupan setiap daripada kita. Ha, Prof. Mohamad pun sudah memiliki buku ini. Kalian yang membaca hantaran ini tidak rasa tergugatkah? Ayuh dapatkan buku ini daripada kami hari ini juga! — AHMAD MUHAIMIN BIN AHMAD SAFARUDDIN Penyunting, Buku 30 Tahun GAMIS. #BukuGAMIS #JubliMutiaraGAMIS #GAMIS2019 #GAMIS2020 #MaraBersamaIslam #DemiIslamMahasiswaBangkit (International Institute Of Islamic Thought & Civilisation (ISTAC)) https://www.instagram.com/p/B6h8La-lyY_/?igshid=276yda9zpo14











