New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/bisnes/2015/03/05/genting-cadang-beli-crystal-cruise/
Genting cadang beli Crystal Cruise
Genting Group meluaskan lagi peniagaan mereka dengan cadangan membeli kapal persiaran mewah Crystal Cruise daripada pemiliknya sebuah syarikat gergasi Jepun, Nippon Yusen Kabushiki Kaisha (NYK) dengan harga AS$550 juta (RM2 bilion).
Perjanjian pembelian itu akan menambah portfolio perniagaan Genting, termasuk 28 peratus Norwegian Cruise Line Holding yang berpangkalan di Miami, Amerika Syarikat.
Syarikat utama Norwegian Cruise Line, pada musim luruh tahun lalu membeli syarikat termasuk kapal persiaran utama Oceania Cruises dan kapal persiaran mewah Regent Seven Seas.
Genting memiliki sepenuhnya kapal-kapal persiaran utama Asia, Star Cruise.
Pembelian dari syarikat utama Crystal, NYK dijangka selesai pada suku kedua 2015, menurut kenyataan. Dalam perjanjian berkenaan, Genting Hong Kong, subsidiari Genting Group akan membayar US$550 juta secara tunai atau US$276,000 untuk setiap bahagian bawah.
Genting bercadang menambah dua lagi kapal persiaran Crystal, di mana sekarang ini ia mempunyai dua kapal. Kapal-kapal persiaran Crystal terkenal dengan perkhidmatan makan malam berkualiti tinggi dan pernah memenangi beberapa anugerah industri dan perkhidmatan.
“Kapal Persiaran Crystals menawarkan pelancongan mewah dan standard perkhidmatan yang dipandang tinggi oleh syarikat kapal persiaran lain,” kata pengerusi, ketua pegawai eksekutif Genting Hong Kong, Tan Sri Lim Kok Thay dalam satu kenyataan.
“Kumpulan pengurusan dan kru sedia ada akan terus menguruskan kapal persiaran Crystal. Genting akan menyediakan sumber kewangan dan kepakaran dalam membina kapal baru dengan rekaan inovasi yang akan meningkatkan standard tinggi dalam kapal persiaran mewah.
“Pembelian ini akan membolehkan kumpulan Genting mengambil kesempatan di atas permintaan meningkat dalam pasaran berjenama dan memaksimumkan pendapatan dan keuntungan melalui penambahan kapal ketiga untuk jenama Crystal Cruise,” he said.
Crystal Cruise ditubuhkan pada 1988 dan kini beroperasi dengan dua kapal mewah – Crystal Symphony dan Crystal Serenity.
Pelayaran Crystal Serenity mengambil masa 110 hari, setiap tahun.