Dakwah bersama jemaah adalah dakwah yang paling efektif. Sebaliknya dakwah secara bersendirian akan kurang pengaruhnya dalam usaha menanamkan ajaran Islam pada umat manusia. Sebab ikhtiar perseorangan dengan cara sendiri tidak akan mampu memikul segala tugas dan tanggungjawab dakwah dan tidak akan berdaya melaksanakan segala tuntutan perjuangan dakwah dalam rangka membanteras segala kejahatan yang ada di muka bumi dan menghancurkan akar-akar jahiliyyah. Allah S.W.T mengisyaratkan dalam Al-Quran dengan firman-Nya:
“Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru pada kebaikan, menyuruh pada ma’aruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung.” (Ali Imran:104)
Dalam melaksanakan tugas, tidak semua orang harus melaksanakannya, dan tidak semua orang harus terlibat dalam semua kegiatan. Sebaiknya masing-masing mengambil posisinya sendiri. Dengan demikian dia mampu melaksanakan dengan baik sehingga akan tercapai objektif yang dikehendaki. Tetapi yang harus diperhatikan adalah hendaklah semua kegiatan berdasarkan pandangan jamaah dan berlandaskan atas keputusan yang jelas dan diakui oleh semua anggota.
Setiap anggota yang menjalankan aktiviti harus berlandaskan niat yang ikhlas, yaitu bertujuan semata-mata mencari keridhaan Allah. Ukuran keikhlasan anggota dapat dilihat dari sikapnya yang lebih suka bekerja secara diam-diam, daripada ramai-ramai kecuali apabila ramai-ramai itu merupakan tuntutan dakwah atau untuk dijadikan tauladan terhadap anggota yang lain.
Pengorganisasian dan pengelolaan organisasi yang rapi merupakan satu syarat terpenting untuk menjayakan cita-cita perjuangan organisasi mana-mana pun. Oleh sebab itu berorganisasi dengan baik merupakan kewajipan yang harus dilaksanakan dalam rangka mencapai cita-cita perjuangannya.
Perlu diketahui bahawa hakikat kepauhan pada pemimpin(yang kosisten pada
Islam) adalah sebagai kepatuhan kepada Allah. Namun jika seorang pemimpin menganjurkan pada hal-hal yang batil dan maksiat maka perintahnya tidak wajib ditaati.
Wasilah dakwah tidak boleh bertentangan dengan hukum Islam, kerana Islam
tidak membenarkan penggunaan kaedah yang salah dalam penerapan istilah ‘Tujuan
menghalalkan cara. Islam sama sekali tidak membenarkan jika mencapai tujuan yang
suci ditempuh dengan cara yang kotor.
Marhalah dakwah ialah kerangka dasar dan strategi jamaah dengan melalui pengkajian yang mendalam tentang sejauh mana kekuatan dan kemampuan jamaah. Jika jamaah tersebut masih dalam proses pembentukan atau dalam berbagai segi masih serba lemah, ia harus bergerak dengan diam-diam dan kecil-kecilan. Tetapi bila jamaah itu sudah kuat dan teguh serta mempunyai pengaruh yang besar, maka ia dapat bergerak secara terbuka dan lantang jika situasi dan kondisinya telah menyakinkan.
Khaifiat Dakwah(Pendekatan Dakwah)
Dalam berdakwah dapt saja menggunakan berbagai pendekatan, dan yang
1. Dakwah fardhiyah dan Pendekatan Peribadi
4. Berkomunikasi dengan Ahli Ibadah
5. Akhlak Da’i
Pendekatan dakwah melalui akhlak da’i dengan qudwah(contoh atau teladan) yang baik, bersih, mesra, ramah, senang didekati, sikap sofan, dihormati dan disegani, pendiam dan serius, sedikit tertawa dan senda gurau, tidak berbolak-balik, halus budi bahasa, tidak suka mencampuri urusan orang lain, menjauhi ucapan-ucapan kotor, kasar dan keji, semua ciri-ciri tersebut merupakan faktor penting untuk menarik kepercayaan orang yang didakwah.
Dalam mengkaji dan menyusun strategi menghindari bahaya itu harus teliti dan objektif, kerana kekeliruan dalam menentukan taktik dan strategi, baik sedikit atau banyak akan merosakkan jamaah atau organisasi. Misalnya kalau bersikap terlalu penakut akan mengakibatkan kebekuan dan sikap negatif. Akhirnya mereka menjadi tukang angguk,
manusia bingung, pecinta kebendaan dan kemewahan serta takut mati syahid. Akan tetapi sebaliknya jika bersikap terlalu berani secara membabi buta akan menjerumuskan organisasi ke dalam bahaya dan melumpuhkan kegiatan. Oleh kerana itu dalam menentukan khittah dan strategi bergantung pada perhitungan sejauhmana kerosakan yang ada dan sejauhmana kekuatan organisasi serta di tahap mana organisasi itu berada. Di samping itu perlu juga dibuat perkiraan antara keburukan yang akan dihadapi dengan kebaikan yang akan diperolehi.
Beberapa hal ini akan dapat menyembuhkan anggota yang dihinggapi penyakit futur, lemah semangat, malas, lesu dan bosan.
a. Menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dengan disertai perasaan tunduk dan sujud, serta menghidupkan hatinya denagan keimananseraya memohon kepada Allah agar ditetapkan dalam perjuangan dakwah. Dan ini hendaklah diulang malam dan siang
b. Biasakan diri dengan mengingati mati dan memikirkan tentang mati. Selalu bersyukur kepada Allah kerana ditakdirkan menjadi kader Ikhwan, sebab dalam jamaah Ikhwan bererti mengikuti Rasulullah s.a.w dalam dakwahnya dan menggalakkan dirinya untuk mendapatkan keridhaan Allah SWT.
c. Kebosanan, kemalasan,kelesuan dan futur kadangkala bersumber dari godaan syaitan yang meracuni hati anggota. Dan syaitan itu seperti pencuri yang disekitar hati orang mukmin yang berdakwah dijalan Allah. Syaitan mencuri keimanan mereka dan meracuninya agar berhenti berdakwah. Hati yang kosong dari iman yang sebenarnya menjadikan pemiliknya tidak mahu bergerak dan berjuang untuk Islam. Dan itu bererti syaitan telah mencapai maksudnya dan tidak perlu lagi mengambil perhatian dan mengekorinya.
d. Syaitan mempunyai berbagai cara penipuan. Bagi anggota cukup menyadari akan bahaya syaitan terhadap orang-orang yang beriman seperti yang telah digambarkan oleh Allah kepada kita agar kita memohon perlindungan-Nya dari bencana dan godaan syaitan serta tipu dayanya yang terkutuk.
e. Jika seorang anggota merasakan dalam dirinya perasaan lesu atau lemah semangat untuk terus bergerak, maka hendaklah ia menyadari bahawa keadaan seperti itu merupakan hasutan syaitan yang mengganggunya dari bergerak aktif. Dan syaitan itu amat membenci orang-orang yang bergerak aktif dan selalu mencoba untuk melengahkan anggota gerakan dari perjuangan walaupun sedetik.
f. Apabila seseorang anggotanya dihinggapi penyakit bosan dan futur, maka peliharalah lidahnya dan perbanyakkan zikir, kerana syaitan kdang-kadang mendorongnya untuk membicarakan hal-hal yang batil, kemudian mendorongnya untuk berbicara tentang tindakan jamaah yang tidak baik, dasar dan strateginya yang tidak tepat dan sebagainya yang mengakibatkan dia terjerumus dalam jurang dosa. Jika sifat demikian dilakukan terus, maka hatinya akan semakin keras dan bertambah sukar untuk diubati.
g. Jika seseorang anggota merasakan suatu kebosanan dan kelemahan dalam bergerak, maka segerlah ia melakukan amlan-amalan taqwa bagi dirinya;seperti menghafal ayat-ayat al-Quran, melakukan solat sunat beberapa rakaat secara bersendirian di rumah, atau bersedekah kepada fakir miskin, bergaul dan berbicara dengan orang-orang yang soleh atau berkunjung pada orang-orang yang teguh pendiriannya, komitmen dan aktif. Ini akan mempengaruhi terhadap jiwa anggota tersebut, kerana bergaul dengan orang-orang yang soleh, mengunjungi anggota yang komit, akan menjadi aktif kembali dan merasa ringan terhadap semua beban yang dipikulnya.