[Ulasan Buku] Ghospital oleh Dr. Kamarul Ariffin
Genre: Seram
Ringkasan buku: 30 kali kau tinjau kanan dan kiri 30 kali kau baca pelindung diri 30 kali kau tipu diri “aku berani” 30 kisah ini akan menyingkap indera yang kau tak pernah jelajahi, dan selami seram yang kau tak pernah kecapi.
Pandangan saya menegenai buku ini: Ghospital, gabungan daripada perkataan ghost (hantu) dan hospital. Tidak semua suka hospital. Saya bernasib baik kerana tidak pernah bermalam di hospital. Buku ini menceritakan pengalaman doktor sepanjang karier beliau di hospital. Mempunyai 48 bab, setiap bab menceritakan pengalaman yang berbeza. Namun, saya tidak merasakan bahawa semua pengalaman tersebut daripada seorang doktor sahaja, kerana terlalu banyak jabatan yang terlibat dalam penceritaan ini. Saya cuma mampu mengagak bahawa tidak semua pengalam dari Dr Kamarul.
Walaupun ini novel seram, tidaklah semua bab menceritakan perkara yang seram. Ini kerana Dr. Kamarul masih lagi meyelitkan beberapa bahagian yang lawak dan menyindir.
Bab kegemaran saya ada bab 39, iaitu Jabatan Forensik. Menceritakan bagaimana seorang doktor yang sedang melakukan pembedahan bedah siasat terhadap satu mayat yang tidak diketahui, ataupun dalam istilah lain, John Doe. Yang menyeramkan, apabila doktor tersebut selesai menangkap gambar, dia mendapati bahawa kamera masih lagi berfungsi. Lebih menyeramkan apabila doktor tersebut berlari keluar dari bilik bedah, dia ditemui pengsan oleh rakan sedoktor dengan keadaan bogel. Bertambah seram lagi, tatu dari badan John Doe telah berpindah ke badan doktor tersebut. Saya baca bahagian ini pada pukul 1 pagi. Bayangkan bertapa seram sejuknya saya waktu itu.
Penyampaian buku ini adalah bersahaja. Ini membuatkan saya senang membaca dan saya mampu menghabiskan buku ini dalam masa 2 hari. Oleh kerana saya mengikuti Dr. Kamarul di Twitter, saya tidak dapat melindungi perasaan curious saya, jadi saya bertanya kepada Dr. Kamarul mengenai apa yang saya terfikir apabila membaca buku ini. Adakah semuanya ceita seram ini berdasarkan kisah benar? Namun jawapan doktor tidak membantu saya langsung. Sampai sekarang saya tertanya mengenai perkara tersebut.
Berapa bagus buku ini: 5/5
Adakah berbaloi untuk membeli: Jika anda suka cerita seram, digalakkan untuk membeli dan membaca.
Pautan dari Goodreads: https://www.goodreads.com/book/show/36433184-ghostpital
Penafian: Semua pandangan mengenai buku ini adalah berdasarkan pandangan peribadi!










